TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Wednesday, March 28, 2012

Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2012


Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap telah dijayakan pada 25, 26 & 27 Mac 2012 di Stadium Darul Aman. SMK Dato' Syed Ahmad muncul Johan Keseluruhan bagi Kategori Sekolah Menengah dengan mengumpul 227 Mata dengan kutipan 26 Pingat Emas, 19 Perak & 12 Gangsa.
Manakala Sekolah Kebangsaan Naka muncul Johan Keseluruhan bagi Kategori Sekolah Rendah dengan 76 Mata dan mendapat kutipan 8 Pingat Emas, 5 Perak & 10 Gangsa.

 Muhammad Hanif bin Muhamad Rufie (SMK Dato' Syed Ahmad) dinobatkan sebagai Olahragawan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2012 dengan pencapaian 4 Pingat Emas & 1 Pingat Gangsa.
Manakala Madihah binti Ideris dari SMK Padang Terap dinobatkan sebagai Olahragawati Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2012 dengan pencapaian 4 Pingat Emas & 1 Perak.





Senarai Penerima Anugerah
Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2012

a) Peserta Terbaik Kelas 3 (Lelaki)
Nama : Anas Farhan bin Ahmad Sukeri (SK Tandop Besar)
Pencapaian : 2 Emas (100M, 200M) & 2 Perak (4 x 100M, 4 x 200M)

b) Peserta Terbaik Kelas 3 (Perempuan)
Nama : Siti Nisrina Imtinan bt Ismail Tanjung (SKNaka)
Pencapaian : 4 Emas (100M, 200M, 4 x 100M, 4 x 200M)

c) Peserta Terbaik Kelas 2 (Lelaki)
Nama : Muhammad Hanif bin Muhamad Rufie (SMK Dato' Syed Ahmad)
Pencapaian : 4 Emas (100M Lompat Pagar, Lompat Tinggi, Lompat Jauh & 4 x 100M), 1 Gangsa (4 x 400M)

d) Peserta Terbaik Kelas 2 (Perempuan)
Nama : Madihah binti Ideris (SMK Padang Terap)
Pencapaian : 4 Emas (100M, 200M, 100M Lompat Pagar & 4 x 400M), 1 Perak (4 x 100M)

e) Peserta Terbaik Kelas 1 (Lelaki)
Nama : Ahmad Hakimey bin Ahmad Tajudin (SMK Kuala Nerang)
Pencapaian : 3 Emas (400M, 800M & 1500M), 1 Gangsa (4 x 400M)

f) Peserta Terbaik Kelas 1 (Perempuan)
Nama :Nur Afifah bt Ahmad Yazid (SMK Kuala Nerang)
Pencapaian : 4 Emas (100M Lompat Pagar, Lompat Tinggi, Lompat Jauh & 4 x 100M), 1 Gangsa (4 x 400M)

OLAHRAGAWAN KEJOHANAN
Nama : Muhammad Hanif bin Muhamad Rufie (SMK Dato' Syed Ahmad)
Pencapaian : 4 Emas (100M Lompat Pagar, Lompat Tinggi, Lompat Jauh & 4 x 100M), 1 Gangsa (4 x 400M)

OLAHRAGAWATI KEJOHANAN
Nama : Madihah binti Ideris (SMK Padang Terap)
Pencapaian : 4 Emas (100M, 200M, 100M Lompat Pagar & 4 x 400M), 1 Perak (4 x 100M)


Tuesday, March 27, 2012

Balai Bomba & Penyelamat Kuala Nerang


Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
No. Tel  : 04 - 786 7584      
No. Faks : 04 - 786 0439

Monday, March 19, 2012

RELA Padang Terap

Pejabat RELA Daerah Padang Terap
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 04-7866308   Fax : 04-7866308
Portal RELA Padang Terap : www.facebook.com/relapadangterap


Sejarah RELA
Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
Tenaga sukarelawan digembleng sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia.  Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan.
Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan.
Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah  Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 ( Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005.
Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990."...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago.  It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country.  RELA also signifies the goverment commitment to harness the people support through voluntary means, both during peace time or otherwise...".

Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan  lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara,  pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.


Fungsi RELA
Perkhidmatan teras RELA adalah berlandaskan kepada konsep 4K:
-Memastikan keselamatan setempat
-Memastikan keamanan setempat
-Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat
-Memastikan keharmonian masyarakat setempat

Fungsi dan tugas RELA
-'Mata dan telinga' kerajaan dalam aspek keselamatan, sosio ekonomi, pembangunan dan sebagainya.
-Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.
-Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
-Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
-Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian

Sunday, March 18, 2012

Hijaukuning.com TV's Channel (HKCtv's Channel)


HKCtv's Chanel Youtube banyak memaparkan rangkuman perlawanan pasukan kesayangan kita Pasukan Kedah Darul Aman. Semua perlawanan liga super, piala FA dan sebagainya di muatnaik oleh HKC untuk tontonan peminat dan penyokong pasukan Kedah. HKCtv's Chanel Youtube juga merakamkan perlawanan penuh bagi setiap perlawanan yang melibatkan Pasukan Kedah.

Anda boleh berkunjung ke Youtube HKCtv – http://www.youtube.com/user/hijaukuningdotcomtv/videos

Memandangkan HKCtv beroperasi secara sukarela dan tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap, pihak HKCtv memohon jasa baik semua untuk menyumbang sama ada wang/peralatan bagi memastikan liputan yang lebih baik dapat diberikan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan sumbangan sila klik gambar di bawah.

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Nerang

Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap
Bangunan Zakat 39-A, Pekan Baru Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang,Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7860047,   Fax : 04-7858462
Email : syariah.pdgterap@kedah.gov.my


Kawasan Bidang Kuasa
Kuala Nerang, Padang Sanai, Felda Lubuk Tiang, Felda Lubuk Merbau, Naka, Tandop Besar, Durian Burung, Pedu, Kampung Bukit, Bukit Payang, Danglau, Sungai Siput, Perik, Bukit Tembaga, Kuala Pai, Apil, Batu 13 keatas, Nako Nambua.

Thursday, March 15, 2012

Pekan Nat Kuala Nerang

Pekan Nat Kuala Nerang adalah salah satu keunikan yang terdapat di Pekan Kuala Nerang. Pekan Nat Kuala Nerang ini beroperasi 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Selasa dan Sabtu. Pekan Nat ini mempunyai tarikan tersendiri dan menjadi tumpuan penduduk di sekitar Daerah Padang Terap. Sehingga hari ini dianggarkan terdapat 250 peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan di Pekan Nat Kuala Nerang.



Wednesday, March 14, 2012

Mahkamah Majistret Kuala Nerang

Mahkamah Majistret Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 04-7866628   Fax : 04-7868224



Tuesday, March 13, 2012

Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap

Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap
Jalan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
Blog : http://pkdpterap.blogspot.com
No. Tel : 04-7866094
No. Fax : 04-7864722

Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap 
Memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap, berkesan, samarata dan komprehensif dengan melaksanakan program kesihatan yang berkualiti melalui perancangan yang strategik selaras dengan dasar-dasar Kementerian Kesihatan Malaysia. Menyelia, memantau, mengawal dan menilai semua program dan akitviti berterusan serta menggalakkan inovasi dan anjakan paradigma untuk mencapai perkhidmatan kesihatan yang terbaik bagi seluruh penduduk dalam daerah Padang Terap. Menjalalankan penyelidikan yang berkala bagi tujuan memperkukuhkan perkhidmatan yang sediaada. Memberi pendidikan dan promosi kesihatan yang berkesan demi meningkatkan kualiti kehidupan dalam masyarakat.

Gani Char Koey Teow


Restoran Ghani Char Koey Teaw terletak di Gerai Makan Pekan Kuala Nerang iaitu di Hadapan Gelanggang Futsal Tajura Sport Centre. Ghani Char Koey Teaw beroperasi sebelah petang hingga pukul 2 pagi setiap hari. Restoran Ghani Char Koey Teaw Kuala Nerang adalah cawangan yang ketiga selain dari Restoran Ghani Char Koey Teaw Alor Setar dan Jitra.


Mak Lang Cafe

Kedai Makan Mak Lang Cafe terletak di sebelah Taman Awam Tunku Putra (Garden). Mak Lang Cafe menyediakan pelbagai menu serta beberapa Sajian Menu Istimewa.

Menu Sajian Istimewa
Ko Teaw T'hng
Mak Lang Special
Char Hor Fun
Nasi Ayam
Nasi Ayam Goreng Tempura
Bihun Sup



Monday, March 12, 2012

Pesta Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Padang Terap 2012


Pesta Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Padang Terap 2012 telah dijayakan pada 8, 9 & 10 Mac 2012 di Mini Stadium Kuala Nerang. Tahniah buat ADUN Kuala Nerang YB Dato Syed Sobri bin Syed Hashim serta  Urusetia Pertandingan kerana berjaya menganjurkan kejohanan bola sepak terbesar di Daerah Padang Terap. Pertandingan ini berjaya menarik sebanyak 48 buah pasukan yang diundi dalam 12 kumpulan.
Pasukan MSFC A (Mini Stadium Football Club) telah menjadi "Juara Antara Juara" pada pertandingan kali ini sekaligus merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM 7,000.00 serta Piala Juara Antara Juara. Manakala Naib Johan disandang oleh Pasukan CRK Lampara yang menerima hadiah berjumlah RM5,000.00.

Keputusan Penuh 
JOHAN : MSFC A (Mini Stadium Football Club)
NAIB JOHAN : CRK Lampara FC
KETIGA & KEEMPAT : MSFC B & PKNK FC

Penjaring Terbanyak : Mohd Faizal Darus (MSFC A)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Mohd Roslan Shafiee (MSFC A)

Sebahagian dari pasukan yang menyertai Pesta Bola Sepak  9 Sebelah Tertutup Padang Terap 2012


Pemain Terbaik Perlawanan Akhir,  Mohd Roslan Shafiee (MSFC A)

Dua pasukan finalis Pesta Bola Sepak  9 Sebelah Tertutup Padang Terap 2012

Sunday, March 11, 2012

AL JABBAR WORLD BUSINES

AL JABBAR WORLD BUSINES
No 2, Tingkat Atas, Taman desa Sapura,
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Tel : 019-4729413, 019-5726559



Al Jabbar Group Sdn.Bhd adalah salah sebuah syarikat berasaskan kesihatan dimana ianya telah dibuka secara rasminya pada 5 August 2008. Perniagaan ini bermula dengan produk "Tonik Hati" oleh En.Mohd Kamaruzmaan Bin Che Hussain selaku Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group. Dengan berbekalkan 10 tahun pengalaman kendalian syarikat, Al Jabbar semakin kukuh sehingga mampu mengeluarkan sebuah mesin terapi dikenali sebagai Dr. Jism dan ianya mendapat sambutan luar biasa dikalangan rakyat malaysia juga di Brunei dan Indonesia.

Peninggalan hasil kajian mengenai alam semulajadi telah membentuk asas kepada operasi Al Jabbar. Teknologi canggih digunakan untuk membentuk gred farmaseutikal produk. Sebagai bukti bahawa Al Jabbar Group Sdn.Bhd berdedikasi untuk menyediakan produk herba yang berkualiti tinggi, syarikat telah dianugerahkan SIRIM QAS, Sijil Halal Produk, dan Sijil Kualiti Pengurusan Sistem.

sejak penubuhan, syarikat telah tertumpu didalam pembanggunan keselamatan, asli dan inovatif dimana ianya dapat membantu msyarakat bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat. Hari ini, produk Al Jabbar telah disokong oleh kebanyakkan pakar kesihatan dan doktor-doktor serata dunia. Pengguna di Malaysia, Indonesia, dan brunei kini telah bergantung kepada produk Al Jabbar bagi keperluan kesihatan mereka.

Saturday, March 3, 2012

SYAZA GAMAT EMAS ENTERPRISE



SYAZA GAMAT EMAS ENTERPRISE
H/P : 013-670 8332, 019-446 0698
 
Stokis
Kampung Lubuk Merbau
Mukim Pedu, Kuala Nerang
Kedah Darul Aman


Produk kesihatan yang kualiti keluaran Gamat Emas Sdn. Bhd.
Makanan tambahan berasaskan gamat yang dapat membantu memulih, menyembuhkan dan mencegah pelbagai jenis penyakit baru/lama dengan cara semulajadi cepat dan berkesan antaranya:
Alahan Kulit, Angin Ahmar, Asthma, Lelah, Batuk Berpanjangan, Batu Karang Ginjal, Batu Karang Hempedu, Berkhatan, Bersalin, Bronchiolitis, Buasir, Campak, Darah Tinggi, Gastrik, Gout, Gusi, Haid, Hati, Jantung, Jantung Berlubang, Jerawat, Jeragat, Kayap, Kelemumur, Migraine, Pening Kepala, Kejang Otot, Kencing Kotor, Kencing Manis, Keputihan, Kanser,  Keletihan, Kesuburan, Mati Pucuk, Kembung, Resdung, Ruam, Sakit Pinggang, Kurang Selera, Selulit, Selesema, Sendi, Senggugut, Strok, Telinga Bernanah, Tibroid, Tumit dll.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...