TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Friday, May 30, 2014

Taman Cendana, Kuala Nerang, Kedah.

Taman Cendana, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

Peta Lokasi Taman Cendana, Kuala Nerang

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru
Kepada Seluruh Guru Malaysia
" Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi "

Tanggal 16 Mei setiap tahun pastinya sering diingati oleh mereka yang bergelar pelajar & guru. Hari guru adalah yang istimewa untuk meraikan jasa dan pengorbanan seorang guru yang mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Bagi tahun 2014 tema hari guru adalah "Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi" yang telah dipersetujui oleh Menteri Pendidikan Malaysia sebagai tema sambutan Hari Guru kali ke 43.
Pada sambutan hari guru pastinya anak murid dan pelajar akan memberi hadiah atau kad ucapan “Selamat Hari Guru” kepada guru yang mendidik mereka sebagai balasan mendidik mereka selama ini tanpa jemu

Terima Kasih Cikgu

Wednesday, May 14, 2014

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong


KEJOHANAN BOLA SEPAK
9 SEBELAH TERBUKA
SEMPENA HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA
YANG DI-PERTUAN AGONG

TARIKH :
7 & 8 JUN 2014 (SABTU & AHAD)

TEMPAT :
PADANG MINI STADIUM KELADI
PADANG SMK KULUM
PADANG SM TUNKU PANGLIMA BESAR

YURAN PENYERTAAN : RM350

HADIAH
JUARA : RM10,000 + PIALA + MEDAL
KEDUA : RM5,000 + PIALA + MEDAL
KETIGA : RM2,000 + PIALA + MEDAL
KEEMPAT : RM1,000
KE-5 hingga KE-8 : RM350

TARIKH TUTUP : 1 JUN 2014


UNTUK PENYERTAAN, SILA RUJUK :
Facebook AKDD ENTERPRISE
Atau hubungi :
Paksu 019-4756698
Zahari 013-4562040

Penganjur Utama bersama :
PEJABAT BELIA DAN SUKAN KULIM

Borang Penyertaan :
Borang 1                         Borang 2
 * Sila klik pada borang di atas (Facebook AKDD)

Monday, May 5, 2014

Kedah Aman Makmur "Bicycle Fun Ride" 2014 (17 Mei 2014)


Sukacita dimaklumkan bahawa Pemuda UMNO Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah, Majlis Belia Negeri Kedah dan Persatuan Berbasikal Negeri Kedah akan menganjurkan program riadah berbasikal yang diberi nama Kedah Aman Makmur "Bicycle Fun Ride".

Program ini akan berlangsung selama 1 hari iaitu pada 17hb Mei 2014. Acara kayuhan ini akan bermula di Bangunan UMNO Bahagian Padang Terap, Daerah Kuala Nerang sehingga ke destinasi penamat di Jeti Carok Batang Padi, Tasek Pedu. 

Penyertaan adalah percuma dan beg cenderahati akan diberikan kepada setiap peserta. Pihak penganjur mensasarkan penyertaan seramai 5000 peserta dari seluruh negeri Kedah bagi memeriahkan lagi acara ini.

Bagi memeriahkan lagi acara ini sesi cabutan bertuah turut diadakan, pihak penganjur juga menyediakan jamuan makan tengahari berkonsepkan Kenduri Jamuan Rakyat kepada semua peserta dan majlis juga turut diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, Y.A.B Dato' Seri Haji Mukhriz Bin Tun Mahathir. 

Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan.
(Sila  right click mouse anda & Save Image As)

Borang penyertaan juga boleh diperolehi daripada Pejabat Sekretariat  di alamat : 
No. 184, Tingkat 2, Jalan Shahab 5,
Shahab Perdana, 05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman

atau dimuat turun melalui 

Sila lengkapkan dan email ke
kedahfunride@gmail.com atau faks ke 04-732 9541

Thursday, May 1, 2014

Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman


Menara Alor Setar merupakan menara telekomunikasi yang ke 19 tertinggi di dunia dan juga yang ke 2 tertinggi di Malaysia. Ketinggiannya 165.5 meter dan pembinaannya melibatkan kos sebanyak RM40 juta. Menara ini merupakan pusat pelancongan utama dan Mercutanda Kebanggaan Negeri Kedah Darul Aman.

Ruang pemerhati di Aras 88 Meter membolehkan pengunjung menikmati panorama Bandaraya Alor Setar. Di ruang ini juga terdapat 5 set teropong automatic, kaunter menjual cenderahati dan ais krim serta kemudahan pertukaran wang.

Menara Alor Star dengan rasminya telah membuka pintu kepada pelawat pada 14 ogos 1997 dan telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.



Panorama menghala ke Masjid Zahir & Jalan Putra  

 Panorama menghala ke Lebuhraya Darul Aman & Stadium Darul Aman

 Panorama menghala ke Bulatan Teluk Wanjah 


  Panorama menghala ke Jalan Tambang Badak & Menara Celcom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...