Dewan Komuniti yang dibina berdekatan dengan Dewan Tunku Putra, adalah hak milik Majlis Daerah Padang Terap. Ianya bertujuan memberi kemudahan kepada orang awam dan pertubuhan-pertubuhan kerajaan/swasta bagi mengadakan majlis seperti ceramah, mesyuarat, seminar, pameran dan sebagainya. Ianya mempunyai kemudahan seperti penghawa dingin. Dewan ini boleh memuatkan 100 orang bagi satu-satu majlis. Kadar sewa yang dikenakan untuk sebuah dewan ialah RM80 sehari, manakala kadar sewa mengikut jam ialah RM45 bagi sejam yang pertama dan jam berikutnya dikenakan RM5 sejam
Sumber : MDPT http://www.mdptk.gov.my
No comments:
Post a Comment