Pages

Thursday, February 24, 2011

Download Peta Minda Sains


Laman Web Peta Minda Sains ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru serta murid bagi lebih memahami Sains Sekolah Rendah. Semua peta minda ini berbentuk E-Book. "E-Book" atau buku elektronik bukanlah satu buku berbentuk fizikal. Buku elektronik adalah buku dalam bentuk digital atau fail komputer dalam format PDF. Ia hanya boleh dibuka dan dicetak oleh program Acrobat Reader.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri. Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Peta minda juga lebih memudahkan anak-anak murid serta anak-anak anda mempelajari, menghafal dan menyemak pelajaran sains sebagai persedian sebelum menduduki peperiksaan UPSR.
Sila klik ke PETA MINDA SAINS

Contoh Peta Minda Sains
*Sila klik pada gambar di atas bagi membesarkan saiz.

No comments:

Post a Comment