Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka
Mukim Tekai, Pekan Naka, 06350 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 04-7851108 Faks : 04-7851269
E-mel : ikbn_naka@kbs.gov.my
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir. Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.
Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 15 IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Tambahan 6 buah IKBN lagi sedang diperingkat pembinaan dan dijangka membuat pengambilan pertama pada tahun 2011.
Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan kursus dalam pelbagai bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.
Matlamat penubuhan IKBN ialah :
- Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah.
- Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.
- Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.
IKBN / IKTBN menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan :-
> Latihan Kemahiran
> Kepimpinan dan Ketatanegaraan
> Keagamaan dan Kerohanian
> Keusahawanan
> Kawad
> Sukan dan Rekreasi
Senarai IKBN
1. IKBN Peretak, Selangor
2. IKBN Dusun Tua, Selangor
3. IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
4. IKBN Jitra, KEdah
5. IKTBN Sepang, Selangor
6. IKBN Seri Iskandar, Perak
7. IKBN Pagoh, Johor
8. IKBN Chembong, Negeri Sembilan
9. IKBN Alor Gajah, Melaka
10. IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
11. IKBN Bachok, Kelantan
12. IKBN Kuala Perlis, Perlis
13. IKBN Kinarut, Sabah
14. IKBN Miri, Sarawak
15. IKBN Temerloh, Pahang
16. IKBN Kemasik, Terengganu
17. IKBN Pekan, Pahang
18. IKBN Naka, Kedah
19. IKBN Bandar Penawar, Johor
20. IKBN Kuala Langat, Selangor
21. IKBN Tanah Merah, Kelantan
MyVi Auto UNTUK DISEWA
ReplyDeleteMonday, September 24, 2012
10:09 PM
MyVi dengan kapasiti 5 seater dan ruang kargo yang sangat luas serta selesa untuk perjalanan dekat dan jauh sedia untuk disewa. (Lokasi: Daerah Kubang Pasu & Padang Terap, Kedah)
CALL/SMS: 013 370 4926
EMEL: shakirchesoh@gmail.com
Dapatkan harga dahulu. Sila sms:
SHAKIR<> 05-07/02/2012<>PENANG
SPEC KERETA:
Jenis kereta :
Perodua MyVi
Transmisi :
Automatik
Kapasiti Enjin :
1300cc
Kapasiti penumpang :
5 orang (termasuk pemandu)
*Deposit RM50-Rm100 perlu dibayar sebelum tarikh. Bayaran penuh semasa ambil kenderaan.
*Extra caj (RM30-RM50) jika saya menghantar kereta luar daripada kawasan.
*nak runding harga? (call/sms dulu)
DOKUMEN:
1. Salinan IC
2. Salinan lesen memandu
3. Salinan bil/ api/astro (utk tujuan pengesahan alamat semasa)
Mintak takwim calendar ikbn naka sat payah cari tak jumpa nak plan tarikh aktiviti pun susah
ReplyDelete