Beberapa panduan asas punca-punca yang menyebabkan komputer anda menjadi lembab. Antaranya ialah :-
1. Processor memang dah lembab.
Processor menunjukkn berapa pantas kerja yangg boleh dilakukan bagi sesebuah komputer. Kalau processor dah lembab, tak guna buat benda lain lagi nak bagi laju. Oleh tu pemilihan kepala komputer (processor) ni penting masa mula-mula kita nak beli pc ataupun laptop.
1. Processor memang dah lembab.
Processor menunjukkn berapa pantas kerja yangg boleh dilakukan bagi sesebuah komputer. Kalau processor dah lembab, tak guna buat benda lain lagi nak bagi laju. Oleh tu pemilihan kepala komputer (processor) ni penting masa mula-mula kita nak beli pc ataupun laptop.
2.Ram kecil.
Ram adalah memory storage yang benarkan berapa banyak memori dipindahkan dalam satu masa. Maknanya kalau capacity ram tu kecil pemindahan data pun jadi perlahan. Pemilihan ram dan processor mestilah selari. Processor yang tingi perlukan ram yg besar. Oleh tu upgrade la ram anda semaksimum yang processor anda mampu support.
3. Malware / Virus.
Virus adalah musuh utama pengguna internet. Virus mengganggu sistem windows dan jadikan komputer kita lembab. Cara yg terbaik untuk elakkan virus adalah update antivirus anda setiap hari. Scan juga komputer anda setiap hari. Tak kira jenama antivirus apa yg anda pakai, gunalah versi “Internet Security” supaya protection tu lebih. Dan jangan guna free version punya. Keluar duit sikit utk full protection kan lebih berbaloi-baloi.
4. Running antivirus/program.
Komputer akan menjadi slow semasa kita scan degann antivirus. Elakkan menggunakan komputer semasa scanning in progress. Begitu juga dengan program-program yang lain yang sedang running. Tak payah pelik sekiranya komputer anda menjadi kura-kura semasa antivirus atau program lain tengah berjalan
5. Terlalu banyak program.
Install software yg terlalu banyak pon boleh jadikan komputer jadi perlahan. Lebih-lebih lagi kalau saiz software tu besar-besar belaka. 'Instal' lah software yang anda rasakan perlu sahaja. Remove software yang dah tak digunakan.
6. Data dah serabut.
Menggunakan komputer untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan data-data dalam komputer bertambah setiap masa. Cache, cookies, history, registry, junk file yg dah tak diperlukan perlu di 'remove'. Data-data yang berlambak perlu disusun. Maintenance untuk tingkatkan performance komputer anda diperlukan. Solutionnya, anda boleh gunakan software pt Tuneup Utilities, Diskeeper, Registry Mechanic, CCleaner dan lain2 lagi. Ataupun anda boleh buat defragmentation secara manual utk penyusunan data-data.
Mungkin juga ada sebab-sebab lain lagi yang boleh buatkan komputer kita jadi slow. Tapi kalau laptop kita slow, rujuk dulu kat atas ni sebelum buat spekulasi benda-benda lain. Komputer slow tak bermaksud terus kena format. Kita perlu amalkan punca kat atas tu, maintenance laptop selalu. Kerap format komputer pon boleh merosakkan hardisk. Oleh tu seboleh-bolehnya kita kurangkan format komputer ni. Semak point-point kat atas tu dulu. Kalau dah lembab jugak barulah format.
No comments:
Post a Comment