Pages

Monday, August 27, 2018

Sumbangan Anak-anak Yatim & Faqir Miskin : Pusat Rawatan Amal

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu saya mohon maaf banyak-banyak jika kedatangan nota ini mengganggu tuan puan.

Saya ustazah fadzila, salah seorang Tenaga Pengajar & Penjaga daripada Pusat Jagaan Anak-anak yatim, faqir miskin Pusat Rawatan Amal sedang mencari hamba-hamba Allah yg berkemampuan dan sudi utk membantu kami menyediakan dana utk menyiapkan Asrama yg menempatkan 210 orang anak-anak yatim dan fakir miskin yang sekarang masih berjalan dengan Agak perlahan kerana kekurangan Dana. 

Kos yg diperlukan lagi untuk menyiapkan prasarana Asrama A untuk menempatkan pelajar perempuan  dalam RM40 ribu lagi. Manakala bangunan Asrama B untuk pelajar lelaki belum ubah suai apa-apa lagi. 

Pada masa sama, kami juga mencari dana untuk belanja makan minum harian 210 orang anak-anak di sini. Jadi, kami memang mengharapkan sangat-sangat jika ada hamba-hamba Allah yg pemurah menaja makan anak-anak ini. Jika dapat menaja makan setiap hari, kami amat bersyukur dan berterima kasih sangat-sangat. Semoga Allah swt sahajalah yang Terbaik membalas budi baik para penyumbang. Semoga orang-orang yang berhati mulia yang ini sentiasa dalam rahmat Allah swt dan dilimpah ruahkan lagi rezeki mereka. Amiinn

BANTULAH ANAK2 DI SINI... DATANGLAH ZIARAH MEREKA. 

Alamat :
959 - 972 Off Jalan Zamrud 6,
Taman Pekan Baru, Sg. Petani, Kedah.

Kami amat2 memerlukan bantuan segera kerana sekarang anak-anak ini menumpang tinggal di rumah cikgu-cikgu ,ustaz, ustazah sebanyak 8 buah rumah dan amat tidak selesa.

Sabda Rasulullah SAW : 
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya” (Hadis Riwayat Muslim)

Sebarang Pertanyaan hubungi : Tabibah Ustazah Fadzila 011-59549040

ATAU

Bank-in terus ke akaun rasmi madrasah, Pusat Rawatan Amal :-

PUSAT RAWATAN AMAL
Maybank :  5021 7500 2459

Selepas bank-in @ transfer saya mohon sangat-sangat agar maklumkan kepada  kami untuk direkodkan dalam buku catitan madrasah. 

Moga-moga berkat Sedekah tuan yang seikhlas hati beri makan anak-anak yatim faqir miskin di Pusat Rawatan Amal ini, maka mengalirlah pahala berterusan yang membantu kehidupan di alam kubur sehinggalah ke Syurga. Amiinnn


No comments:

Post a Comment