Kedah Era Awal 1990an vs Kedah Era 2007/2008
Pasukan Kedah Era awal 90an (1992-1994) ini merupakan pasukan yang  berjaya menjuarai Piala Malaysia buat kali ke 2 pada tahun 1993 dan  menjadi Naib Juara Piala Malaysia pada tahun 1992. Pasukan kedah pada  waktu itu juga berjaya merangkaul kejuaraan Liga Division 2 tahun 1992  & menjuarai Liga Division 1 tahun 1993. Pasukan Kedah pada masa ini  dibarisi oleh Azmi Mahmud, Radhi Mat Din, Norazam Ishak, Mohd Ramli, K.Ravichandran  dan lain-lain serta diperkuatkan lagi oleh 3 orang pemain import yang  cukup hebat iaitu Olubunmi Adigun (Nigeria), Peter Nieketien (Nigeria)  & Tibor Szaban (Slovakia).
Pasukan Kedah mencipta sejarah  menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1990 setelah  berjaya menewaskan pasukan Singapura (3-1) di Stadium Merdeka, Kuala  Lumpur.

Pasukan Bola Sepak Kedah Era 2007/2008 terus melakar sejarah baru dalam  arena bola sepak tempatan di mana berjaya mempertahankan koleksi tiga  gelaran iaitu Juara liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat musim  kedua berturut-turut. Pasukan Kedah pada waktu ini dibarisi oleh ramai  pemain muda yang memiliki semangat juang yang tinggi. Antaranya ialah  Badrol Bahtiar, Khyril Muhymeen, Thiru, Fauzi (Pak Long), Shafizan,  Victor, Sabree Abu dan lain-lain.
Pasukan Kedah juga diperkuatkan  oleh gandingan mantap 3 orang pemain import yang cukup berpengalaman.  Dua permata hitam dari Saint Vincent and the Grenadines iaitu Marlon  Alex James & Cornelius Bernard Huggins serta pemain tengah yang  licik Nelson San Martin dari Chile.
Kejayaan seperti ini amat  ditagih oleh peminat Bola Sepak Kedah pada masa ini. Para peminat amat mengharapkan Pasukan  Bola Sepak Kedah dapat menjelma semula Zaman Kegemilangan Bola Sepak  Kedah.
"Pulun Kedah Pulun"