TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Monday, March 19, 2012

RELA Padang Terap

Pejabat RELA Daerah Padang Terap
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 04-7866308   Fax : 04-7866308
Portal RELA Padang Terap : www.facebook.com/relapadangterap


Sejarah RELA
Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
Tenaga sukarelawan digembleng sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia.  Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan.
Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan.
Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah  Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 ( Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005.
Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990."...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago.  It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country.  RELA also signifies the goverment commitment to harness the people support through voluntary means, both during peace time or otherwise...".

Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan  lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara,  pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.


Fungsi RELA
Perkhidmatan teras RELA adalah berlandaskan kepada konsep 4K:
-Memastikan keselamatan setempat
-Memastikan keamanan setempat
-Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat
-Memastikan keharmonian masyarakat setempat

Fungsi dan tugas RELA
-'Mata dan telinga' kerajaan dalam aspek keselamatan, sosio ekonomi, pembangunan dan sebagainya.
-Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.
-Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
-Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
-Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...