TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Wednesday, January 4, 2012

Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar


SEJARAH SEKOLAH

Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar, Kampong Pokok Machang, Mukim Padang Temak, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman telah ditubuhkanpada 18.05.1999 dengan inisiatif beberapa orang anak kampung di kawasan ini.

Tujuan pembinaan adalah menyedari pentingnya pendidikan dan pendekatan serta penghayatan Al-Quran dalam masyarakat pada masa kini.Selain itu, untuk memberi pendidikan Al-Quran dengan mendalam kepada para pelajar agar mereka menjadi insan yang sempurna dan berhemah tinggi, serta menyemai sikap tanggungjawab di dalam hal ehwal umat pada masa sekarang.

Keluasan tanah yang diwakafkan adalah kira-kira 7 relung yang bernombor lot 1973,1950,26511. Terdapat 2 deretan bangunan, sebuah surau dan kantin. Bangunan ini dibangunkan secara beransur-ansur dengan bantuan sumbangan orang ramai. Padamasa kini Madrasah ini mempunyai 2 orang guru tenaga mengajardan 20 orang pelajar.Madrasah ini ditadbir oleh mudir Abu Bakar bin Maidin.


Demi untuk melihat sekolah ini terus memberi sumbangan kepada masyarakat pihak lembaga tadbir memohon kepada tuan/puan untuk sama-sama menghulurkan sumbangan dan menyokong sekadar yang terdaya. Sumbangan dan sokongan tuan/puan moga diberi ganjaran berlipatganda dari Allah SWT di akhirat kelak.

Sumbangan yang diberikan adalah untuk kegunaan umum seperti pembangunan madrasah tahfiz serta untuk pelbagai aktiviti harian.

Sumbangan yang dihulur boleh disalurkan ke
Akaun Bank BSN  Al-Wadiah
No Akaun : 02100-41-00000103-1


Untuk maklumat lanjut sila layari Laman Blog 
Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...