
Juga disediakan kawasan bagi aktiviti lasak seperti laluan meredah hutan, laluan basikal bukit, laluan motorsikal lasak dan laluan kereta lasak. Disini juga pernah dianjurkan pelbagai aktiviti. Antaranya, perlumbaan motorsikal lasak, klinik 4x4, 4x4 Royal Kedah Challenge, Sukma dan sebagainya lagi. Kawasan ini juga merupakan kawasan hutan simpan semula jadi yang menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi. Oleh itu, ia bersusuaian dengan pencinta alam yang ingin mencari khazanah alam dan kedamaian disini. Oleh kerana kawasannya yang bersesuaian dan strategik serta pelbagai kemudahan disediakan, ia telah menjadi daya tarikan utama pengunjung kesini.
0 comments:
Post a Comment