TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Saturday, September 3, 2011

Pondok Inabah Remaja 1 Malaysia


Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia
Jabal Suf, Kg Paya
Mukim Padang Temak
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Email : jabalsuf@yahoo.com
Tel : 04-7823996
Fax : 04-7823997



Latar Belakang Pondok Inabah Remaja 1 Malaysia.
Pondok Remaja Inabah merupakan sebuah institusi pusat untuk aktiviti Tarikat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah yang berpangkalan di Pondok Pesantren Suryalaya, Indonesia. Terdapat tiga cawangan di Malaysia, iaitu di Kuala Nerang, Kedah, Terengganu, dan Sabah.
Pondok Remaja Inabah Kuala Nerang, Kedah diterajui oleh Pak Guru Hj. Mohd Zuki Assyuja’ b. Shafie yang mula ditubuhkan pada tahun 1980 bertempat di rumah belaiu sendiri kg. Pulau Bidin, Langgar, Alor Star, Kedah. Kemudian pada tahun 1996 berpindah ke Kg. Paya, Mukim Padang Temak, Kuala Nerang, Kedah.
Pada tahun 1991 menjadi Pusat Lanjutan PEMADAM Kebangsaan dan mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Pemulihan Dadah Persendirian daripada Agensi AntiDadah Kebangsaan pada tahun 1998.

Surau Pondok Remaja Inabah sebagai tempat aktiviti rawatan dan pemulihan

Kaedah dan Konsep Rawatan dan Pemulihan
Secara umumnya kaedah rawatan melalui pendekatan Tarikat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah. Setiap mereka yang mula masuk di sini akan menjalani tiga kaedah rawatan utama iaitu 1. Mandi 2. Solat 3. Zikir.
Menekankan konsep pembinaan serta bimbingan rohani dan jasmani, Ma’rifatullah (mengenal Allah), dan Taubat.
Pengisian dalam Rawatan dan Pemulihan terdiri dari: Talqin dan Bai’h (janji), Zikir, Solat (Fardhu dan Sunat), Khotaman (secara mingguan), dan Manaqiban (bulanan)

Peta Lokasi Ke Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia

34 comments:

Smart Caliph Summer Camp said...

Assalamu'alaikum wbt.

Ilaahi anta maqsuudhi, wa ridhookamatluubhi, aqtinii mahabbataka wa maqrifataka.. ( Ya Allah, hanya Engkau yang ku maksudkan, dan keredhoanmulah yang ku cari, berikanlah kepadaku supaya aku mampu untuk mencintai-Mu dan maqrifah kepada-Mu)..

tuan puan yang dimuliakan Allah swt.

Saya terpanggil untuk memberi barang sedikit maklumat mengenai Pondok Remaja Inabah (1) Malaysia, Jabal Suf, Kg. Paya, mukim padang temak, 06300 kuala nerang kedah. no telefon 04-7823996 (pej 10am-5pm),

Pengetua/ pendiri Pondok ini ialah Al- Mukarrom Pak Guru Hj. Mohd Zuki As- Syuja' bin Shafie (ADK.,BKM) dan Ketua Tadbir ialah Pn. Intan Sakinah.

Maksud inabah itu sendiri yang membawa erti 'kembali' iaitu faktor tunjang kepada semua permasalahan kita di dunia ini adalah kerana kita " tidak kembali kepada Allah".. yg mana menjadikan diri kita kosong, hati kita gelap dan keras tak menerima hidayah Allah.. " uniibuu illallah".. Kembali Kepada Allah..

Tiada kekerasan atau penderaan fizikal mahupun mental dikenakan kepada pelatih (anak bina), semuanya dilayan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang. membuatkan mereka yg pernah masuk ke pusat serenti/penjara/dsb merasakan diri mereka lebih bernilai disini.

Kaedah rawatan Islam sepenuhnya disini tanpa Metadhon.. Bermula dengan mandi taubat pada jam 3.30 pagi, disambung dengan qiyamullail,zikir,khataman doa-doa,solat- solat sunat.... inilah yang pernah baginda nabi Muhammad SAW perturunkan buat semua umat-umatnya yang mana kita sendiri mungkin terlupa atau terlalu sibuk hingga tiada masa untuk melaksanakannya..

Anda semua patut meluangkan masa barang 2-3 hari datang dan melalui sendiri riadhah ibadah seharian disini dan rasakan sendiri nikmat apabila kita semua KEMBALI KEPADA ALLAH....uniiiiibuu illallah.. Masyaa Allah.. itulah pengalaman yang tak dapat diceritakan..kerana ianya hanya dapat dirasakan bagi sesiapa yang benar-benar ikhlas melaksanakannya.

Rata- rata penghuni di Inabah (1) malaysia ini berumur dari 18 hingga 60 tahun.. yang bujang,yg berkahwin,yang dah beranak cucu.. semua dikumpulkan disini dan semuanya melalui rutin hidup yang sama disini. tempoh rawatan selama 6 bulan untuk permulaan sebenarnya tidak mencukupi untuk dijadikan benteng ampuh untuk meneruskan hidup diluar yang penuh dengan ujian jika kita tidak benar- benar bersedia dan beriltizam untuk berubah..

Semuanya bermula dari "HATI" kita..

Sabda Baginda nabi Muhammad Saw.. " Didalam jasad anak Adam itu terdapat segumpal darah, jika baik darah itu, maka baiklah seluruhnya dan jika buruk darah itu maka buruklah seluruhnya,,ia adalah HATI"..

inabah adalah sebuah 'bengkel' pembersihan hati yang rosak..

rata-rata yang berjaya, kerana mereka sememangnya mempunyai tekad yang tinggi untuk berubah menjadi lebih baik.. jika yang menolak..maka pelbagai masalah akan terjadi dalam hidup mereka.. inilah akibatnya jika memilih untuk jauh dari Allah sedangkan Inabah itu adalah tempat untuk membawa kita dekat kepada Allah, mengenali Allah, mencintai Allah..

InsyaAllah.. ramai yang sudah nampak akan hasilnya, JAKIM sendiri telah turun padang ke inabah untuk melihat sendiri kejayaan disini. Pihak IPTA/IPTS telah banyak membuat lawatan sambil belajar di Inabah dan banyak program-program pembangunan insan telah dianjurkan di Inabah bermula dari peringkat sekolah rendah, menengah,remaja,mahasiswa, golongan pekerja, hatta ustaz/imam sekalipun turut serta dalam program disini.. Kesannya telah ramai yang kembali.. kembali menemui jalan yang nyata..

"PEJAMKAN MATA, DIAMKAN BIBIR YANG BERKATA-KATA, RENUNGKAN SEDALAM-DALAMNYA, DIMANA KITA SEBENARNYA, APA YANG INGIN KITA CARI DALAM HIDUP INI,DAN APAKAH KESUDAHANNYA NANTI.... MAKA TANYALAH SECEBIS IMAN DIDALAM HATI ITU.. MUDAH- MUDAHAN ALLAH MEMBERI CAHAYA PETUNJUK KEPADA KITA SEMUA.. INSYAALLAH.."

nur said...

Assalamualaikum...boleh sya dapatkan maklumat pondok inabah sabah....ataupun no.telepon, alamat@ peta. sangat memerlukan
smoga Allah pemudahkan

wahida said...

mcm na nak antaq adik p ni..nak brain wash dh xmampu

Unknown said...

Alhamdulillah.salam pada semua.sy bekas penuntut dan anak murid pd Pak guru.2005 sy dihantar oleh ibubapa kerana trlibat dlm dadah dan jenayah.boleh dikatakan sy umpama 'binatang' pd wktu itu.Dan Alhmdulillah selepas mempelajari methoda sprti mandi taubat,dzikrullah(1000×)slpas solat wajib-dzikir khofi & jahar + kelas agama + solat2 sunat di'wajib' kan/ 7 bulan.kini sy alhamdulillah syukur pd Allah s.w.t bg balik status ' manusia' pd sy.hngga mnjad warga dan ummah yg produktif.

Unknown said...

Alhamdulillah.salam pada semua.sy bekas penuntut dan anak murid pd Pak guru.2005 sy dihantar oleh ibubapa kerana trlibat dlm dadah dan jenayah.boleh dikatakan sy umpama 'binatang' pd wktu itu.Dan Alhmdulillah selepas mempelajari methoda sprti mandi taubat,dzikrullah(1000×)slpas solat wajib-dzikir khofi & jahar + kelas agama + solat2 sunat di'wajib' kan/ 7 bulan.kini sy alhamdulillah syukur pd Allah s.w.t bg balik status ' manusia' pd sy.hngga mnjad warga dan ummah yg produktif.

AMAT said...

Asalamualaikum, says Dari Sabah, boleh says tahu no tel Inabah di Semporna Sabah, sebab says nak hantar anak saya me pusat tersebut. Kerjasama than amat says harapkan.
Sekian wassalam.

AMAT said...

Asalamualaikum, says Dari Sabah, boleh says tahu no tel Inabah di Semporna Sabah, sebab says nak hantar anak saya me pusat tersebut. Kerjasama than amat says harapkan.
Sekian wassalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.

Saya pernah menghantar adik saya ke pondok inabah kedah kerana dia ketagihan rokok pada usia 20 tahun. Malangnya, adik saya dibuli oleh penghuni pusat inabah di kedah, dia ditendang, kepala ditolak, dipaksa membasuh baju si pembuli2. Dan pihak warden/penjaga tidak mengambil apa2 tindakan atau menolong apabila adik saya meminta tolong. Saya amat menyesal menghantar adik saya ke sana dan sekarang dia mengalami masalah trauma. Alhamdulillah ketagihan rokok sudah hilang tetapi trauma nya masih ada. Tolong prihatin dengan isu ini dan saya tak nak ada peserta lain yang kena seperti adik saya.

Komuniti Cyber Kuala Nerang said...

Pondok Remaja Inabah (1) Malaysia
Cuba hubungi : 04-7823996 (Waktu Pejabat 10.00 - 5.oo ptg)

Unknown said...

Saya dah hubungi no di atas tapi tiada siapa yg jawab

norhaniza said...

Assalam, saya ponda cuba hubungi no itu, tp x berjawab..

tanpanama said...

Assalamualaikum...boleh bagi no telefon untuk dihubungi?

Jamil Bin Sulaiman said...

Assalammualaikum, boleh tak beri no yang boleh dihubungi. Dah berkali-kali cuba tetapi tidak berjawab. saya cuba email pun tak boleh.

Unknown said...

Buli ni satu perbuatan yang ada unsure zalim dan jenayah. Perbuatan sedemikian walaupun terpenoid tidak boleh di pandang ringan. Islam sendiri menegah sebarang bentuk kezaliman tak kira kepada sesama manusia mai pun terhadap haiwan.
Jadi pihak pengurusan Inabah perlu tapi memberi response terhadap a Duan yg direjod dalam komentar ini.

FIKIRKAN DULU.. said...

Sya bru je lari dr tmpat ni...dh la DETOK duduk 14 hr tu kotor ngan panas sgt2,lubang angin pn xda..asrama pn kotar dan teruk sgt,x sesuai ngan duit yg kita bayar...keluarga 4 bln bru blh dtg jumpa,spatutny utk pulih sokongan keluarga paling penting...lg kerap keluarga dtg melawat kn lg bgus utk kepulihan kita...yg paling teruk,deposit yg hmpir 3000.00 tu INABAH xkn pulangkn walau separuh pn jika kita rsa x sesuai nk duduk situ...nmpak sgt duit tu yg INABAH pentingkn...dh la deposit dkt 3000.00,bln kna byr lg 800...tp tmpat tinggal dan makanan yg disedia kn lbh teruk dr penjara atau pusat....wahai INABAH,bwak2 la brtaubat,duit bkn blh bwak mati pn...ZIKIR tu jgn la smpai menjerit2,kita menghadap ALLAH tu,sopan la sikit...itu yg paling sy x blh terima....
SEKIAN,TERIMA KASIH..

FIKIRKAN DULU.. said...

Sya bru je lari dr tmpat ni...dh la DETOK duduk 14 hr tu kotor ngan panas sgt2,lubang angin pn xda..asrama pn kotar dan teruk sgt,x sesuai ngan duit yg kita bayar...keluarga 4 bln bru blh dtg jumpa,spatutny utk pulih sokongan keluarga paling penting...lg kerap keluarga dtg melawat kn lg bgus utk kepulihan kita...yg paling teruk,deposit yg hmpir 3000.00 tu INABAH xkn pulangkn walau separuh pn jika kita rsa x sesuai nk duduk situ...nmpak sgt duit tu yg INABAH pentingkn...dh la deposit dkt 3000.00,bln kna byr lg 800...tp tmpat tinggal dan makanan yg disedia kn lbh teruk dr penjara atau pusat....wahai INABAH,bwak2 la brtaubat,duit bkn blh bwak mati pn...ZIKIR tu jgn la smpai menjerit2,kita menghadap ALLAH tu,sopan la sikit...itu yg paling sy x blh terima....
SEKIAN,TERIMA KASIH..

PEMBEKAL HERBA UTARA (PEMBARA) said...

Herba Rawatan Dadah dll. Hubungi Lebai Mad (pengkaji herba) +6 013 340 9895 (wasap/sms 24 jam).

Unknown said...

Sy bru dpat thu abg sy melarikan dri...bersma seorang kwan dr tumpat kelantan...ia nya berlku pd hri khamis...phak inabah bru prsan dlm pkol 11 pm msa tu abg sy bersma kwan nye tu xde..skrng x thu abg dkt mna..ngn duit xde..lri shelai spggang..mak sy sgt sdih dpt brte abg buat mcm tu..erm x thu la mcm mna keadaan die skng ni..smpai hti die bt mcm tu..bru dduk nk msk 2 bln kt sna..boleh sy thu x..grup untuk mnta tolong skranya trnmpk abg sy tu kt area kedah..untuk sy post gbr ke atau boleh updte sttus sy dlm grup tu..klau ad boleh bgthu x..sbb sy nk join grup tu

buhayuha said...

Salam daa yana.. betul ke...saya baru nak hantar abg saya...

Anonymous said...

Tulah saya pun.baru nak hantar adik lelaki sya

azman041169@gmail.com said...

Assalamualaikum..sy azman dr selangor ingin tahu bagaimana dan dgn siapa sy boleh berhubung dan cara daftar (anak 25 thn) syarat kemasukkan dn yuran yg dikenakan terimakasih.

NOR'AISHAH WASIM said...

ramai yg ckap tempat ini bagus dan betul2 memberi kesan yg baik pd penghunj fisitu...stayement ni pulak mcmna ye???

Unknown said...

Assalammualaikum, boleh saya dapatkan nombor telefon pusat ini... Saya adalah bekas anak bina di sini.. Dan saya ingin masuk balik... Nama saya zafrin zaharin bin abdul manaff

Gadis Scorpion💕 said...

Assalamualaikum. Sy nk contact dgn kawan nama hafizi amir. Macam mana ye..

Pejalan said...

Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia
Jabal Suf, Kg Paya
Mukim Padang Temak
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Email : jabalsuf@yahoo.com
Tel : 04-7823996
Fax : 04-7823997

Pejalan said...

Jika sesuatu terjadi.. maka lihatlah dgn pandangan yg lebih luas.. bukan mudah nk jinakkan harimau apatah lg nk jinak manusia yg punya akal dan nafsu.. lg la susah. Bak kata pepatah bukan susah nk jd susah dan bukan senang nk jd senang.. kaedah yg dilakukan adalah mencari redha Allah kan hidayah milik Allah.. tmpt ni bukan pusat Serenti ya dipagar dgn pagar tinggi dan kerawat tajam2 tu..supaya penghuni x dpt lari. Ini lebih kepada dakwah tarbiah hati.. jadi jika berlaku org yg lari tu maka nafsu belum sempat lg ditundukkan.. jiwanya memberontak.. soga dia dpt kembali ke pangkal jalan..

Unknown said...

Indah khabar dr rupa..

zarex life said...

Assalamualaikum , sy baru hantar adik sy berusia 30thn ke pusat tersebut pd 7/3/2020 yg berpusat di Kuala Nerang . Berdasarkan comment2 yg sy baca , semuanya yg lama2 2016 2017 pd ketika itu keadaan pusat pemulihan tersebut adalah bangunan yg LAMA . Sy sendiri pergi daftar adik sy di pusat pemulihan tersebut pada 3/3/2020 . Terus terang sy cakap tempatnya sungguh cantik , luas ,masjid yg besar ,asrama yg selesa (tgk dari luar) , ada pondok security di pintu besar dan di kelilingi oleh hutan pokok getah . Kawasannya sgt sunyi dan jauh dr dunia luar . Sy sempat juga melihat anak2 bina yg sedang bermain ping pong dan menontoton tv di kantin (kalau sy tak salah la samada itu kantin atau tidak) . Mereka sgt akrab . Ada juga yg saya baca di comment2 di atas memgatakan ada yg lari . Pd saya itu semua terpulang pada anak2 tersebut . Kalau nawaitu mereka untuk berubah , perkara2 tersebut mereka tak kan buat . Kita sebagai waris anak2 tersebut , hanya mampu berdoa agar mereka berubah .

Unknown said...

ass nom wasup tak utk contact

Unknown said...

Salam tuan, boleh bg emel atau no fon. Saya perlu contact tuan segera.

MOHD NIZAM SAHAD said...

Saya baru melawat pada 26 Julai 2020, sempat berbual dengan pak guru. Saya setuju dengan pandangan bukan mudah nak menjinakkan harimau, tetapi ia tidak mustahil dengan pertolongan Allah. Salah satu pendekatan ialah membawa penagih kembali kepada Allah. Kita berusaha Allah menentukan. Menghantar ke sana, iringilah dengan doa supaya pelatih berubah. Jika anda harapkan kejayaan 100 peratus itu mungkin tampak mustahil. Dalam setandan kelapa ada juga buahnya yg rosak dan gugur. Tapi insya Allah dengan solat dan zikir dan pertolongan Allah, harimau yang liar dan ganas atau pelatih yang terjerumus ke kancah dadah pasti dapat dikembalikan kepada fitrah.

misz blasz said...

betul ya.. terima kasih.. risau jgk kalau lansung xboleh melawat.. bayaran mcm mn ya?

Unknown said...

Assalamualaikum, mohon maaf saya nak mintak no.telefon untuk wassup.terima kasih.

Unknown said...

Salam.. Boleh saya dapatkan nombor telefon ustaz zuki nie..

Fai
01111581879

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...