Rakan Setia Komuniti Cyber Kuala Nerang

Wednesday, May 22, 2013

Fix Error Enterprise



FIX  ERROR ENTERPRISE
No 25, Taman Sri Kenangan, Kuala Nerang, Kedah
Contact: 016-4608830  (Asraf Azami)

Kami Menyediakan Perkhidmatan Servis, Format, Upah Taip 
Dan Juga Membekal Aksesori Laptop, PC, Printer dan Telefon....

Friday, May 10, 2013

Datuk Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah ke-10


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Istana Anak Bukit pada 6 Mei 2013 lalu. Mukhriz, 49, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 itu dibuat selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad. BN menang dengan majoriti mudah selepas memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu PAS yang sebelum ini mentadbir kerajaan negeri selepas PRU 2008 hanya berjaya memenangi sembilan kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing memperoleh empat dan dua kerusi. Bagi kerusi Parlimen, BN menang di 10 daripada 15 kerusi sementara PAS mendapat satu kerusi dan PKR mendapat empat kerusi. Pada PRU 2008, Mukhriz menang buat kali pertama di kerusi Parlimen Jerlun dan diangkat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009.
Pada PRU13, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz  Mahathir (BN) meraih 13,165 undi menewaskan Abdul Ghani Ahmad (PAS) 11,024 dengan majoriti 2,141 undi.


"Alhamdulillah majlis pelantikan Menteri Besar Kedah berjalan lancar. Watikah pelantikan telah diserahkan kepada Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan mendapat perkenan Tunku Bendahara (Tunku Annuar). "Saya bersedia untuk menggalas cabaran sebaik mungkin," katanya

Pihak Komuniti Cyber Kuala Nerang mengucapkan tahniah buat Datuk Mukriz Mahathir di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah . Harapan kami rakyat Padang Terap/Kuala Nerang semoga Datuk Mukriz dapat menunaikan tanggungjawab dan Amanah Rakyat sebaik mungkin seterusnya bagi menggalas harapan dan cabaran mendatang.


Monday, May 6, 2013

Keputusan PRU 13 Padang Terap

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 Daerah Padang Terap

P007 PARLIMEN PADANG TERAP
Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid (BN) - 20 654 undi
Mohd Nasir Bin Zakaria (PAS) - 16, 212 undi
Muhamad Bazli Abdullah (BEBAS) - 243 undi
Majoriti : 4,442 undi

Jumlah  pengundi : 41 960
Peratusan kaum : 
Melayu : 92.28%, Cina : 1.33%, India  : 0.10%, Lain-Lain : 6.29%
Penyandang 2008 : MOHD. NASIR BIN ZAKARIA (PAS) – Majoriti : 369 Undi

DUN KUALA NERANG 
Badrol Hisham bin Hashim (BN) - 10,363 undi
Syed Ibrahim Syed Ibrahim (PAS) - 8366 undi
Ahmad bin Mad Daud (BEBAS) - 235 undi
Majoriti : 1,997 undi

Jumlah  pengundi : 21, 651
Peratusan kaum :
Melayu : 96.99%, Cina : 1.82%, India  : 0.14%, Lain-Lain : 1.06%
Penyandang 2008 : SYED SOBRI BIN SYED HASHIM (BN) – Majoriti : 805 Undi

DUN PEDU
Kama Noriah binti Ibrahim (BN) - 10,522 undi
Zamri bin Yusuf (PKR) - 7,562 undi
Majoriti : 2,960 undi

Jumlah  pengundi : 20, 309
Peratusan kaum :
Melayu : 87.27%, Cina : 0.82%, India  : 0.05%, Lain-Lain : 11.86%
Penyandang 2008 : MAHDZIR BINKHALID (BN) – Majoriti : 2733 Undi

Thursday, May 2, 2013

Tunaikan Tanggungjawab Sebagai Pengundi pada PRU13 nanti


Tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi besar maknanya di sebalik perkataan tunai tanggungjawab ini. Banyak perkara boleh dikaitkan dengan perkataan ini. Namun di sini saya ingin melemparkan sedikit pandangan mengenai tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat.


5 Mei 2013 adalah tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 di mana rakyat perlu mengundi dalam menentukan barisan kerajaan yang akan mewakili rakyat dan seterusnya memegang mandat dalam pentadbiran negara. Walaupun 1 undi dari setiap individu, undi kita tetap bermakna kerana undi kita boleh menentukan kemenangan& kekalahan seseorang calon seterusnya menentukan Parti yang bakal mentadbir Negara Malaysia yang kita cintai ini. Memandangkan undi dari setiap rakyat amat penting kerana undi itu menentukan barisan mana pilihan rakyat untuk mentadbir negara Malaysia, maka pemilihan wakil rakyat amat penting. Sekali tersilap merana selama 4-5 tahun untuk menunggu pilihanraya akan datang. Oleh itu sebagai rakyat, kita perlu bijak mentafsir semua manifesto dan janji-janji calon/parti pilihanraya agar memilih calon/parti yang benar-benar menunaikan janji kepada pengundinya dan bukan hanya janji-janji kosong sahaja.  Calon yang bakal kita pilih juga haruslah seorang yang mampu membawa satu perubahan dan kemajuan untuk kawasan kita supaya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat khususnya di kawasan Padang Terap.

Adalah amat penting sebagai rakyat untuk memberikan sokongan kepada mana-mana pilihan parti yang menjadi undi di dalam pilihanraya. Namun masih ada segelintir rakyat bersikap acuh tidak acuh dengan pilihanraya dan ada juga yang berpendapat yang buat apa nak kisahkan dengan pilihanraya kerana bukan untungkan diri mereka tetapi hanya menguntungkan wakil rakyat itu. Ada juga berpendapat kalau tidak pergi mengundi hanya 1 undi sahaja yang kurang. Dan ada juga yang malas dan tidak kisah mengenai pilihanraya sehingga tidak turun mengundi serta masih ada yang layak mengundi tidak mendaftarkan diri di SPR.

Bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Padang Terap, sedarlah kerana ini tanggungjawab anda dalam menentukan pemimpin kita di Malaysia. Tindakan anda hanya mementingkan diri sendiri akan memberikan impak kepada keputusan pilhanraya. INGAT.. tanggungjawab sebagai rakyat yang menentukan proses pemilihan kerajaan di sesebuah negara demokrasi. Tanpa sokongan rakyat, tiada parti ataupun mana-mana individu akan dapat mandat sebagai kerajaan dan juga wakil rakyat.
Semoga pilihanraya Umum pada 5 Mei 2013 ini berjalan dengan lancar, aman dan makmur.
UNDI ADALAH RAHSIA... JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PENGUNDI..

Friday, April 26, 2013

Tun Dr Mahathir bin Mohamad di Kuala Nerang


25 Mei 2013 Masyarakat Padang Terap amat bertuah kerana Seorang Negarawan Ulung iaitu Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah hadir ke Pekan Kuala Nerang.  Beliau hadir dan berucap di Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Padang Terap di Dataran Putra Kuala Nerang.

Sedang memberi hadiah kepada Tun Dr Mahathir

Selepas selesai majlis, Admin sempat bersalaman dengan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan sempat menghadiahkan sehelai baju tshirt “I Love Kuala Nerang” berwarna hitam bersaiz L buat Tun Dr. Mahathir yang dikasihi. 

Tun Dr Mahathir sedang melihat hadiah yang dihadiahkan oleh seorang rakyat biasa sambil disaksikan oleh Dato' Mahdzir bin Khalid.

 Tun Dr Mahathir senyum sambil mengucapkan terima kasih

 Baju i Love Kuala Nerang yang sempat Admin hadiahkan buat Tun Dr M

Segala Jasa dan sumbangan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1981 hingga 2003 amat hargai oleh seluruh warga Padang Terap khususnya. Admin Blog Komuniti Cyber Kuala Nerang dan Seluruh Warga Padang Terap mengucapkan jutaan terima kasih buat Tun Dr. Mahathir kerana sudi hadir ke Pekan Kuala Nerang

Cuma Admin agak kecewa kerana tidak sempat nak minta Tandatangan Tun pada buku "Doktor Umun : Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad".

Thursday, April 11, 2013

D'Herbs Healthy Marketing - Yatie


D'HERBS HEALTHY MARKETING

ROSMIZAWATI BINTI CHE TEH (YATIE)
013-5847911
No 80A, Kampung Belukar Luas
06300 Kuala Nerang, Alor Setar
Kedah Darul Aman

Sunday, April 7, 2013

Mahaaz Gold Collection

MAHAAZ GOLD COLLECTION
Batu 19, Kampung Bukit, Jalan Naka,
06350 Naka, Alor Setar, Kedah Darul Aman 

Menjual & Menbeli Emas Perhiasan dan Pelaburan
Membeli Emas Terpakai & Surat Pajak Gadai / Ar-rahnu
 



Saturday, March 23, 2013

Cemara Homestay


Cemara Homestay
No 12, Taman Cemara, 06300 Kuala Nerang, 
Kedah Darul Aman

Hubungi :
Kak Nab  017-484 6310, Rizal 019-244 7978, Siti 019-444 2933


Peta Ke Cemara Homestay
* Sila klik pada peta bagi membesarkan saiz peta

Saturday, March 9, 2013

Kejohanan Balapan & Padang MSSD Padang Terap Kali ke-5 Tahun 2013

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap Tahun 2013 telah dilansungkan pada 7, 8 dan 9 Mac 2012 di SMK Tunku Anum, Jitra, Kedah. Bagi Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Kebangsaan Naka berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas apabila muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap 2013 dengan pungutan pingat 11 Emas dan 3 Perak. Manakala Sekolah Kebangsaan Perik muncul Naib Johan Keseluruhan dengan Jumlah 7 kutipan pingat (2 Emas, 5 Perak & 2 Gangsa).


SENARAI KUTIPAN PINGAT
(SEKOLAH RENDAH)
* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar


Manakala SMK Dato' Syed Ahmad muncul Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah menengah dengan 54 pungutan pingat keseluruhan (22 Emas, 16 Perak dan 16 Gangsa).
Manakala SMK Naka muncul Naib Johan Keseluruhan dengan 34 jumlah kutipan pingat (11 Emas, 11 Perak & 12 Gangsa).

SENARAI KUTIPAN PINGAT
(SEKOLAH MENENGAH)
* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar


Friday, March 1, 2013

Saloon & Butik Pengantin (Pesona Bidadari)


Pesona Bidadari
Saloon & Butik Pengantin
No 11, Tingkat 1, Kompleks Pekan Selasa, 
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

SALMAH AZIZ
0175254096
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...