Sunday, April 24, 2011

Charok Batang Padi

SEJARAH :
Charok Batang Padi dikenali sejak tahun 60-an lagi. Menurut pendapat masyarakat dahulu kala, di kawasan Empangan Pedu, terdapat beberapa carok. Salah satu Caroknya adalah Charok Batang padi yang berhampiran dengan perkampungan melayu di kawasan Munggajah. Tetapi Perkampungan yang wujud pada ketika itu, telah terhapus dek ditelan oleh air Empangan Pedu, Bukti wujudnya perkampungan di kawasan tersebut ialah suatu ketika dulu, air diempangan surut, dan pada ketika itu, penduduk Kampung terlihat beberapa buah kubur di dasar empangan tersebut. Itu menunjukkan bahawa perkampungan tersebut wujud. Selepas dari kejadian itu, nama Carok tersebut dikekalkan dengan nama “Charok Batang Padi”. Kini carok tesebut dijadikan kawasan rehat dan memancing yang popular di Daerah Padang Terap.

LOKASI :
Kawasan rehat berhampiran (R&R) TEKIH.27 km dari Pekan Kuala Nerang, Jalan Pedu Lake Resort.

KEMUDAHAN :
-    Anjung rehat yang selesa
-    Tandas


Sumber : www.mdpt.gov.my

1 comments:

Pen Biru said...

salam. tuan mohon share gambar . sy sdg kumpul info mengenai tempat menarik di seluruh kedah untuk Discover Kedah., sebgai tanda terima kasih, sy akan masukkan link blog tuan di blog sy.sekiranya ada bantahan, mohon tuan maklumkan sy melalui ruangan komen di blog sy www.penbiru.com. jazakallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...