SEJARAH :
Asalnya mini muzium ini  hanya sebuah rumah  usang yang digunakan untuk pesawah dahulu kala berehat setelah penat  menanam padi. Setelah sekian lama peninggalan rumah tersebut diubahsuai  dan  dijadikan Mini Muzium Padi bagi mengingati sejarah penanaman padi  di kawasn tersebut. Pengubahsuaian tersebut dilakukan hasil dari  kejasama penduduk kampung disekitar itu. Pengasas Mini Muzium Padi  tersebut adalah En Hambali (JKKKP)  dan Penduduk Kampung Bendang Raja.  Pelbagai khazanah peninggalan orang dahulu telah disimpan di dalam  Muzium tersebut. Antaranya seperti, Alat Memancing Ikan, Pisau Pengerat  Padi, Ketok Kerbau, Senjata-Senjata lama, Pakaian Bangsawan, Ketam padi  dan sebagainya.
LOKASI :
Kawasan Sawah Padi di Kampung Bendang Raja, Jalan Puncak Janing.




0 comments:
Post a Comment