Merupakan kawasan perlancongan kedua terpenting di  Daerah Padang Terap selepas Tasik Pedu. Kawasan ini sesuai untuk  aktiviti riadah dan perkelahan. Deruan air sungai yang mengundang  kedamaian adalah tarikan utama pengunjung kesini. Selain itu, lokasinya  yang berhampiran dengan Bandar Kuala Nerang merupakan salah satu faktor  utama kedatangan pengunjung kesini. Lokasinya hanya kira-kira 11  kilometer sahaja dari Kuala Nerang. Antara kemudahan yang terdapat di  sini adalah tapak perkhemahan dan kem, kawasan untuk aktiviti riadah,  dewan minda untuk kemudahan kem, surau, dan tandas awam.
Juga  disediakan kawasan bagi aktiviti lasak seperti laluan meredah hutan,  laluan basikal bukit, laluan motorsikal lasak dan laluan kereta lasak.  Disini juga pernah dianjurkan pelbagai aktiviti. Antaranya, perlumbaan  motorsikal lasak, klinik 4x4, 4x4 Royal Kedah Challenge, Sukma dan  sebagainya lagi. Kawasan ini juga merupakan kawasan hutan simpan semula  jadi yang menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi. Oleh itu, ia  bersusuaian dengan pencinta alam yang ingin mencari khazanah alam dan  kedamaian disini. Oleh kerana kawasannya yang bersesuaian dan strategik  serta pelbagai kemudahan disediakan, ia telah menjadi daya tarikan utama  pengunjung kesini.






0 comments:
Post a Comment