TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Thursday, February 24, 2011

Download Peta Minda Sains


Laman Web Peta Minda Sains ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru serta murid bagi lebih memahami Sains Sekolah Rendah. Semua peta minda ini berbentuk E-Book. "E-Book" atau buku elektronik bukanlah satu buku berbentuk fizikal. Buku elektronik adalah buku dalam bentuk digital atau fail komputer dalam format PDF. Ia hanya boleh dibuka dan dicetak oleh program Acrobat Reader.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri. Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Peta minda juga lebih memudahkan anak-anak murid serta anak-anak anda mempelajari, menghafal dan menyemak pelajaran sains sebagai persedian sebelum menduduki peperiksaan UPSR.
Sila klik ke PETA MINDA SAINS

Contoh Peta Minda Sains
*Sila klik pada gambar di atas bagi membesarkan saiz.

Saturday, February 12, 2011

Download Soalan SPM


BankSoalanSPM.com menyediakan banyak soalan & skema jawapan SPM untuk dijadikan sebagai bahan rujukan penting kepada guru-guru, ibubapa dan terutama para pelajar yang akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Ia juga merupakan persediaan awal kepada pelajar Tingkatan 3, 4 & 5.

Sehingga kini BankSoalanSPM.com telah menyediakan lebih 790 set soalan SPM dari pelbagai negeri-negeri di Malaysia. Sebuah laman web yang mengandungi koleksi terbesar di Malaysia yang seumpamanya. BankSoalanSPM.com sentiasa berusaha meningkatkan kualiti & kuantiti set soalan & skema jawapan SPM dari masa ke masa bagi memberi seberapa banyak pendedahan kepada pelajar berhubung dengan gaya soalan SPM sebenar. Semua koleksi soalan tersebut dapat dimuat turun secara PERCUMA tanpa had.

Bagi mendapatkan skema jawapan anda perlu membeli Kad Akses bagi memuat turun Skema Jawapan dari laman Web Banksoalan.com. Kad Akses tersebut berharga RM15. Kad tersebut boleh dibeli secara tunai di Kaunter Pusat Internet FBA, No 1-8, Kompleks Pekan Selasa, Kuala Nerang Kedah. Bagi membeli kad akses tersebut secara online sila klik ke PEMBELIAN & PEMBAYARAN

BankSoalanSPM juga memberi peluang bagi menjana pendapatan sampingan. Agen Daerah di sekitar Negeri Kedah diperlukan, sekiranya berminat untuk menjadi Agen Negeri Kedah sila hubungi di Web Bank Soalan SPM. Sila Klik ke AGEN BANK SOALAN SPM

Mini Stadium Kuala Nerang

Mini Stadium adalah sebuah stadium terbuka untuk permainan bola sepak khususnya. Di samping itu, ia juga boleh digunakan untuk majlis keramaian seperti perhimpunan dan perbarisan pada Hari Kebangsaan, ceramah, pameran, pertunjukan pentas dan lain-lain.

Thursday, February 10, 2011

Kuala Nerang Sport Centre


Kuala Nerang Sport Centre dibina adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan dan galakan kepada orang ramai bergiat di dalam bidang sukan, terutamanya futsal. Kuala Nerang Sport Centre ini di uruskan oleh Tajura Sport Centre. Permainan lain yang disediakan di sini ialah Ping pong, Karom, Catur, Gim dan Dat. Kadar bayaran yang dikenakan adalah mengikut jam. Kemudahan ini terletak di dalam kawasan Pekan Kuala Nerang bersebelahan Pasar Kuala Nerang.

Sumber : MDPT http://www.mdptk.gov.my

Wednesday, February 9, 2011

Dewan Naka


Penubuhan Dewan Naka yang terletak di dalam Pekan Naka adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pertubuhan-pertubuhan kerajaan/swasta dan orang ramai khususnya penduduk Naka dan yang berdekatan dengannya bagi mengadakan majlis keramaian seperti ceramah, seminar, mesyuarat, pameran, pertunjukan pentas, majlis perkahwinan dan sebagainya. Dewan Naka juga mempunyai 2 buah gelanggang untuk permainan badminton dan sepak takraw. Dewan ini boleh memuatkan 100 orang bagi satu-satu majlis. Kadar sewa yang dikenakan untuk sebuah dewan ialah RM100 sehari. Manakala untuk 1 gelanggang, dikenakan sebanyak RM5 sejam.

Sumber : MDPT http://www.mdptk.gov.my

Tuesday, February 8, 2011

Dataran Putra Kuala Nerang



Dataran Putra yang terletak di dalam Pekan Kuala Nerang bertujuan memberi kemudahan untuk mengadakan majlis atau acara yang memerlukan kawasan terbuka. Contohnya seperti majlis ceramah, senamrobik, ekspo perniagaan dan sebagainya. Sewa yang dikenakan untuk satu dataran ialah RM300 sehari. Manakala untuk satu kanopi, sewa dikenakan sebanyak RM50.

Sumber : MDPT  http://www.mdptk.gov.my

Dewan Komuniti


Dewan Komuniti yang dibina berdekatan dengan Dewan Tunku Putra, adalah hak milik  Majlis Daerah Padang Terap. Ianya bertujuan memberi kemudahan kepada orang awam dan pertubuhan-pertubuhan kerajaan/swasta bagi mengadakan majlis seperti ceramah, mesyuarat, seminar, pameran dan sebagainya. Ianya mempunyai kemudahan seperti penghawa dingin. Dewan ini boleh memuatkan 100 orang bagi satu-satu majlis. Kadar sewa yang dikenakan untuk sebuah dewan ialah RM80 sehari, manakala kadar sewa mengikut jam ialah RM45 bagi sejam yang pertama dan jam berikutnya dikenakan RM5 sejam

 Sumber : MDPT http://www.mdptk.gov.my

Monday, February 7, 2011

Peta Kuala Nerang (Google Earth)

* Untuk membesarkan saiz peta sila klik pada pada peta di atas.

Sunday, February 6, 2011

KN Nutrition Club


Mempunyai MASALAH KESIHATAN?
* Berlebihan Berat Badan, Kolestrol, Migrain, Penyakit Jantung, Rambut Gugur, Gaut, Strok, Sakit Sendi, Kurang Berat Badan, Masalah Tekanan Darah, Masalah Penghadaman, Sembelit, Diabetis, Kanser, Masalah Buah Pinggang, Osteo Porosis, Kurang Tenaga, Masalah Hati, Fibroid, Gastrik.

Kami ada solusi untuk mengubah hidup anda atau orang yang anda sayang.


KN Nutrition Club
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
Hubungi :-
019-448 5449, 013-254 7776 (Mahizal Azim)
019-561 6588 (Rosimah Saad)

Zalilah Beauty & Slimming


Rawatan Muka, Resdung & Sauna
serta Perkhidmatan Pelansingan Badan

 
Zalilah Beauty & Slimming
No 9, Tingkat 1, Kompleks Pekan Selasa,
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
Tel : 019-4442950, 017-4374483

Tabung Haji

Tabung Haji
Lot 10, Pekan Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman
Tel : (04) 7596 975
Fax : (04) 7594 221

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...