TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Sunday, December 18, 2016

Muat Turun Kalender 2017

Muat Turun Kalender Kedah 2017

e-Kalender Kedah 2017 ini hasil rekagrafik oleh NBA Explorer Supplier, yang lebih Islamik & lebih bercirikan kemelayuan, di mana sebelum ini kita banyak menggunakan Kalender Kuda Cina.
Anda boleh hubungi saya sekiranya tuan / puan inginkan Kalender Sendiri yang mempunyai gambar sendiri ataupun gambar produk-produk perniagaan tuan puan. Anda boleh masukan sehingga 55 keping gambar produk-produk tuan/puan untuk tujuan promosi. Dan anda boleh share e-Kalender 2017 anda kepada para pelanggan Anda.

Kalender ini dalam bentuk Soft Copy dalam format pdf & jpeg. Tuan/Puan boleh hubungi saya 013-5336302. Harga e-Kalender 2017 milik sendiri adalah RM50 (Sofcopy dlm format pdf & jpeg)

Anda boleh muat turun Kalender Kedah 2017 (format Jpeg) ini secara PERCUMA, anda boleh PM tepi @ WhatsApp 0135336302 (untuk format pdf)














Untuk muat turun e-Kalender Kedah 2017 secara percuma dalam format PDF, sila klik 

Monday, December 12, 2016

Selamat Pulang ke Negeri Kedah Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah


12 Disimber 2016 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1438H, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah berangkat pulang ke Negeri Kedah sempena tamat tempoh lima tahun penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Seri Paduka berdua diberi sambutan meriah penuh istiadat diraja dengan kehadiran tetamu kehormat dan lebih 15,000 rakyat jelata.

Pesawat khas yang membawa baginda berdua selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini tepat 11.45 pagi ini. Sebelum itu pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11 pagi, diiringi tiga pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM.

Ketibaan baginda berdua diiringi Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid selaku menteri pengiring dan isteri Datin Seri Noraini Abdullah, serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Mahmud.


Baginda berdua kemudiannya disambut Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, serta anggota jemaah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudiannya berangkat ke Pentas Diraja bersama-sama Tunku Sallehuddin yang juga Tunku Temenggong Kedah, sebelum kawalan kehormat mempersembahkan 'Hormat Diraja'.

Sejurus selepas itu, lagu Negaraku dimainkan, disusuli 21 das tembakan meriam oleh Rejimen ke-tiga Artileri Diraja sebagai tanda kepulangan baginda berdua, sebelum bendera Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikibarkan.

Tuanku Abdul Halim turut berkenan memeriksa barisan Kawalan Kehormat Utama dari Batalion ke-6, Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Sultan Abdul Halim, Jitra yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota.

Sohibus Samahah Mufti Kedah Datuk Syeikh Baderuddin Ahmad kemudiannya membaca doa bagi memohon keberkatan majlis.

Sekali lagi, kawalan kehormat mempersembahkan 'Hormat DiRaja' dan selepas itu, lagu Negaraku dimainkan, baginda berdua berangkat turun dari pentas diraja dan bersalaman dengan para tetamu.

Baginda berdua yang kemudiannya diarak menaiki kereta khas dari LTSAH ke Istana Anak Bukit turut berkenan melambai kepada rakyat jelata yang menunggu di sepanjang jalan sejauh 4.7 kilometer dari Kepala Batas hingga ke Anak Bukit.

Ketibaan baginda berdua di Istana Anak Bukit turut disambut barisan Dato' Bergelar Negeri Kedah dan diiringi paluan nobat dari pintu gerbang istana sehingga ke tempat letak kereta.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian berkenan menyampaikan cenderahati kepada menteri-menteri dan kakitangan pengiring dari Kuala Lumpur sebelum berangkat ke majlis santapan diraja di Istana Anak Bukit yang dihadiri kira-kira 200 tetamu kehormat.

Tuanku Abdul Halim mencatat sejarah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Kali pertama ialah sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 21 Sept, 1970 sehingga 20 Sept, 1975 dan kali kedua pada 13 Dis, 2011 hingga hari ini.

Baginda akan digantikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Saturday, December 10, 2016

Takrifan Halal - JAKIM


Takrifan Halal
Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai : 

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf
Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan. 

Hukum Syarak
Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu. 

Logo Halal
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi: 
* bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
* perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
* diikuti tulisan rumi “HALAL”;
* bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
* dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. 

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut: 

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan: 

* bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;

* tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan

* tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
Sumber :- JAKIM

Thursday, December 8, 2016

Dapatkan e-Kalender 2017 milik sendiri


e-Kalender 2017 ini hasil rekagrafik oleh tangan sendiri yang lebih Islamik & lebih bercirikan kemelayuan, di mana sebelum ini kita banyak menggunakan Kalender Kuda Cina.

Anda boleh dapatkan e-Kalender 2017 ini secara PERCUMA, anda boleh PM tepi.

Anda boleh hubungi saya sekiranya tuan / puan inginkan Kalender Sendiri yang mempunyai gambar sendiri ataupun gambar produk-produk perniagaan tuan puan. Anda boleh masukan sehingga 55 keping gambar produk-produk tuan / puan untuk tujuan promosi. Dan anda boleh share e-Kalender 2017 Anda kepada para pelanggan Anda.

Kalender ini dalam bentuk Soft Copy dalam format pdf & jpeg. Tuan Puan Boleh hubungi saya 013-5336302

Harga e-Kalender 2017 milik sendiri adalah RM50 (Sofcopy dlm format pdf & jpeg)



Wednesday, November 30, 2016

Resepi Ikan Taucu


BAHAN
Ikan Goreng
Bawang kecik 2biji
Bawang putih 3biji
Halia 2inci
Cili api 3biji
Minyak masak 1 senduk nasi
Taucu Cap Bilal 2 senduk
Air
Asam keping
Cili hijau 4 biji (dibelah 2)
Bawang besar 1biji (potong bulat)




CARA-CARA MEMASAK
1.Tumbuk bawang kecik, bawang putih, halia dan cili api smpai lumat kemudian tumiskan dgn sediki minyak hingga naik bau.

2. Masukkan taucu dan tumis sekejap sahaja, kemudian masukkan air dan tunggu hingga kuah mendidih.

3. Masukkan ikan goreng, asam keping dan tunggu mendidih sekali lagi, kemudian masukkan cili hijau dan bawang besar. Seimbangkan rasa kuah dgn sedikit sahaja garam jika perlu. Siap.

P/s: jgn masukkan garam sebab taucu tu dah masin.. melainkan jika perlu.

Ini pinggan Abahnya bila lauk dah masak...

Tuesday, November 29, 2016

Pusat Internet 1 Malaysia, Belimbing Kanan

 Pusat Internet 1 Malaysia, Belimbing Kanan
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman



Monday, November 14, 2016

Masjid Jamek Istiqlal Kariah Pulau Kijang, Kuala Nerang Kedah

Masjid Jamek Istiqlal Pulau Kijang, 
Kuala Nerang, Kedah Darul Aman


Masjid Jamek Istiqlal Pulau Kijang siap dibina pada Oktober 2016 dan majlis penyerahan masjid pada 27 Oktober 2016 lalu. Pada Jumaat 28 Oktober 2016 adalah Solat Jumaat pertama di Masjid Istiqlal ini.

Kedudukan Masjid : 6.237851, 100.593588

Saturday, November 5, 2016

Penyerahan Masjid Baru Kariah Pulau Kijang Kuala Nerang Parlimen Padang Terap, Kedah


Pada 27 Oktober 2016 satu sesi Penyerahan Masjid Baru Kariah Pulau Kijang, Kuala Nerang, Kedah telah berlangsung, di mana penyerahan tersebut telah dihadiri oleh Y.B Dato' Sri Diraja Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Padang Terap bersama ADUN Pedu Puan Kama Noriah binti Ibrahim. Y.B Dato' Sri Diraja Mahdzir bin Khalid berpuas hati dengan kualiti serta kos pembinaan masjid ini yang dapat menampung jemaah seramai 2500 dalam satu masa. 

Anggaran kos pembinaan keseluruhan adalah sebanyak RM3.2 juta. Acara kemuncak adalah gimik penyerahan tongkat sebagai tanda simbolik penyerahan masjid oleh pihak kontraktor iaitu SIFF United Engineering Sdn Bhd kepada Pegawai Kemajuan Negeri dan seterusnya penyerahan kepada pemilik iaitu Majlis Agama Islam Negeri kedah.





Tuesday, November 1, 2016

Kedah Juara TM Piala Malaysia 2016

Kedah menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, pada 30 Oktober 2016 (Ahad).

Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan susulan sepakan pemain Selangor, Rizal Fahmi terkena palang.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan. Namun kedua-dua pasukan masih menemui jalan buntu untuk menambah jaringan sehingga tamat perlawanan di masa tambahan.

Terdahulu, Mohd Rizal juga membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa kedua hasil jaringannya pada minit ke-51. Namun pemain Selangor Ahmad Hazwan Bakri berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-60.

Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia.




Thursday, August 11, 2016

LAKSAM KUALA NERANG


LAKSAM KUALA NERANG
No. 41, Taman Belimbing Indah, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 019-4580914 / 011-20599181

Friday, August 5, 2016

Tuan Guru Dato’ Haji Ahmad bin Haji Muhammad Nor (Pak Teh Mad)

Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Noor merupakan pengasas Madrasah Ahmadiah. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1925 di Kampung Tanjung Padang Terap Kanan,merupakan anak keempat daripada 12 orang adik beradik.

Beliau mendapat pendidikan awal pada tahun 1333 Hijrah di Sekolah Melayu Padang Terap sehingga darjah empat. Melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Madrasah Sa’adah Ad-Daroin, Merbok,Bidong,Kedah dari tahun 1935 hingga 1937,iaitu hingga tamat tingkatan empat. 

Setelah mengikut pengajian di beberapa buah pondok di Negeri Kedah ini, beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke Timur Tengah iaitu Madrasah Al- Sayuti, Mekah Al-Mukarramah selama lebih 10 dan berjaya mendapat Syahadah Al-`Ali dalam bidang Syariah Islamiah. Setelah kembali ke tanah air pada tahun 1961, beliau menubuhkan Madrasah Al-Ahmadiah Al-Solehiah Al-Islamiah. 

Perjalanan sekolah yang bermula secara sistem pondok, telah bertukar corak apabila pendaftaran sekolah ini diluluskan dengan rasminya pada 17 November 1986 dengan nama Madrasah Al Ahmadiah Al-Solehiah Al Islamiah.

Cetusan idea penubuhan sekolah yang lahir daripada kesedaran dan keinginan untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan serta memartabatkan ilmu, ternyata mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat. 

Bermula dengan sebuah bangunan kayu yang sederhana, sekolah ini berkembang dari masa ke semasa hasil muafakat masyarakat setempat serta bantuan daripada Pejabat Zakat Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan lain-lain. 

Pada tahun 1975 ,pelajar Sekolah Menengah Agama Ahmadiah buat pertama kalinya menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) disamping turut mengorak langkah menduduki peperiksaan-peperiksaan yang lain seperti SPM,STPM,SMRA,STA dan sebagainya.

Pada tahun 2003, di atas faktor keperluan semasa, pihak Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan rundingan dengan Lembaga Pengurusan Sekolah untuk mengambil alih Sek Men Agama Ahmadiah dan menjadikannya sekolah bantuan penuh kerajaan negeri. Hasil perbincangan dan rundingan, akhinya pada bulan Ogos 2003, Sek Men Agama Ahmadiah dengan rasminya diambil alih oleh Lembaga Maktab Mahmud sebagai cawangannya dengan nama Maktab Mahmud Padang Terap.

Tuan Guru Dato' Haji Ahmad Bin Haji Mohammad Nor, Ulama yang terkenal di Kedah semalam telah menerima Anugerah Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato' sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah. 

 Bersama Menteri Besar Kedah (Dato' Mukriz Tun Mahathir)

Biodata Tuan Guru :

Nama : Haji Ahmad bin Haji Muhammad Nor ( Pak Teh Mad )

Kelahiran :
Beliau dilahirkan pada malam jumaat 14 Syaaban 1328 bersamaa dengan 14 Mac 1925 di Kampung Bukit Sebelah,Kariah Padang Gelenggang, Padang Terap, Kedah.

Pendidikan :
-SekolahKebangsaan Padang Terap ( 1931 - 1935 )
-Pondok Merbok, Bedong Kedah (sehingga tahun 1940): Pondok Tuan Guru Mursyid di Raja Haji Abdurrahman bin Haji Abdullah (Tuan Guru Haji Abdurrahman Merbok) .
-Pondok Mogoi (sehingga tahun 1943) : Pondok Tuan Guru Haji Saad bin Lebai Awang
-Pondok Gajah Mati, Pendang (sehingga tahun 1947) :

Beliau berguru kepada Tuan Guru Pak Chu Him dan Tuan Guru Sheikh Abdul Qadir Al Mandili, Makkah al-Mukarramah ( bermukim di Mekah selama 10 tahun ) :

Di antara guru-guru beliau di Makmah ialah :
● Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir Al Fathani ( Pak Da Eil : pengarang Kitab Bakurah Al Amani ).
● Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al Mandili.
● Sheikh Daud Kelantan.
● Syeikh Afnan Al Jawi
● Syeikh Sulaiman Al Jawi,
● Syeikh Zakaria Bila
● Syeikh Hassan Al Masyath
● Sayyid Alawi al-Maliki dan lain-lain lagi.

Rumahtangga :
Pak Teh Mad mendirikan rumahtangga dengan anak gurunya sendiri Pak Chu Him iaitu Hajah Wan Solehah Binti Haji Wan Ibrahim Al-Fattani (Pak Chu Him). Pernikahannya diakadkan sendiri oleh Tuan Guru Pak Da Eil di Mekah.

Kembali ke tanah air :
Pada awal tahun 60an Pak Teh kembali ke tanah air dan mengasaskan sekolah Pondok Ahmadiah, Padang Nyior, Padang Terap,Kedah di atas tanah seluas 8 relung. Pondok beliau berkembang maju hingga terdapat 180 buah pondok ( 30 pondok pelajar putera,40 pondok pelajar puteri dan 90 pondok warga emas )

Sempat Admin bergambar dengan Tuan Guru Pak Teh Mad sewaktu Majlis Sambutan Aidilfitri SK Padang Terap 2016 (12 Julai 2016).

Sumber :
Facebook : Mohd Hazri

Sunday, June 5, 2016

Waktu Imsak & Berbuka Puasa bagi Negeri Kedah 1437 H / 2016 M

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1436H / 2015M BAGI SELURUH NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Zon 1 : Kota Setar, Kubang Pasu & Pokok Sena
Zon 2 : Pendang, Kuala Muda & Yan
Zon 3 : Padang Terap & Sik
Zon 4 : Baling
Zon 5 : Kulim & Bandar Bharu
Zon 6 : Langkawi
Zon 7 : Puncak Gunung Jerai












































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...