TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Showing posts with label Pusat Pengajian. Show all posts
Showing posts with label Pusat Pengajian. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Kolej Komuniti Padang Terap



KOLEJ KOMUNITI PADANG TERAP
Lot 1529, Taman Belimbing Indah
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-790 3811  Fax : 04-790 3812
Email : kkpdgterap@gmail.com



Peta ke Kolej Komuniti Padang Terap






Wednesday, January 11, 2012

GIATMARA Padang Terap

GIATMARA Padang Terap
Lot 3202, Batu 20 Jalan Kuala Nerang, 
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 04-7902020, 04-7902021 (F)



GIATMARA Padang Terap menawarkan kursus kemahiran kepada belia dan beliawanis yang berminat. Kursus-kursus yang ditawarkan :-


1) Fashion and Dressmaking 6 bulan
2) Hiasan Dalaman 6 bulan


Kelayakan memohon
- Bumiputera berumur 15 tahun ke atas
- Minat, boleh membaca dan menulis.
- Tamat darjah 6 atau mempunyai sijil persekolahan yang sesuai

Kemudahan yang disediakan
- Latihan percuma
- Elaun Rm200/sebulan
- Kemudahan menggunakan semua peralatan dan mesin semasa latihan
- Sijil GIATMARA dan Sijil Kemahiran Malaysia.


Peta ke Giat MARA Padang Terap
* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar

Wednesday, November 2, 2011

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka
Mukim Tekai, Pekan Naka, 06350 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 04-7851108 Faks : 04-7851269
E-mel : ikbn_naka@kbs.gov.my


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir. Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.
Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 15 IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Tambahan 6 buah IKBN lagi sedang diperingkat pembinaan dan dijangka membuat pengambilan pertama pada tahun 2011.
Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan kursus dalam pelbagai bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.
Matlamat penubuhan IKBN ialah :
- Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah. 
- Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.
- Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.
IKBN / IKTBN menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan :-
> Latihan Kemahiran 
> Kepimpinan dan Ketatanegaraan 
> Keagamaan dan Kerohanian 
> Keusahawanan 
> Kawad 
> Sukan dan Rekreasi

Peta ke IKBN Naka

* Sila klik pada peta bagi membesarkan saiz peta.

Senarai IKBN
1. IKBN Peretak, Selangor
2. IKBN Dusun Tua, Selangor
3. IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
4. IKBN Jitra, KEdah
5. IKTBN Sepang, Selangor
6. IKBN Seri Iskandar, Perak
7. IKBN Pagoh, Johor
8. IKBN Chembong, Negeri Sembilan
9. IKBN Alor Gajah, Melaka
10. IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
11. IKBN Bachok, Kelantan
12. IKBN Kuala Perlis, Perlis
13. IKBN Kinarut, Sabah
14. IKBN Miri, Sarawak
15. IKBN Temerloh, Pahang
16. IKBN Kemasik, Terengganu
17. IKBN Pekan, Pahang
18. IKBN Naka, Kedah
19. IKBN Bandar Penawar, Johor
20. IKBN Kuala Langat, Selangor
21. IKBN Tanah Merah, Kelantan

Saturday, January 15, 2011

Kolej Mara Kuala Nerang


Latar Belakang
Kolej MARA Kuala Nerang memulakan operasi dan misi utamanya dalam mendidik anak bangsa bermula pada 1 Disember 1994. Pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM16 juta di dalam kawasan seluas 36 ekar yang terdiri daripada blok pentadbiran, blok akademik dan blok asrama. Pada asal pembinaan kolej ini, ia menggunakan peruntukan MRSM walaupun nama rasminya adalah Kolej MARA.

Kolej MARA Kuala Nerang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darulaman. Kolej ini dinamakan "Kuala Nerang" kerana lokasinya yang berhampiran dengan pekan Kuala Nerang iaitu pekan utama daerah Padang Terap. Pada asalnya kolej ini mempunyai sebuah blok pentadbiran yang bersambung terus dengan dua (2) blok akademik utama iaitu blok akademik Utara (kini dikenali sebagai Cemerlang) dan Selatan (kini dikenali sebagai Gemilang), Recreation Center (kini dikenali sebagai Dataran Usahawan), dewan selera, tiga (3) blok asrama iaitu blok L (kini dikenali sebagai Iman), blok P (kini dikenali sebagai Ikhlas) dan blok Q (kini dikenali sebagai Ikhsan), dua (2) unit rumah sebuah/banglow (kini salah satunya didiami oleh ketua warden), dua (2) unit kuarters guru semi-D, Dewan Badlishah, Pondok Pengawal, Perpustakaan dan surau.

Peta Lokasi Ke Kolej MARA Kuala Nerang

Alamat :
Kolej MARA Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
No. Telefon : 
04-7867250, 04-7867255
No. Faks : 
04-7867254
Laman Web :  

Email : kmkn@mara.gov.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...