TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Thursday, June 28, 2012

Cuti-cuti Malaysia : Teluk Batik, Lumut, Perak


Pantai yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat pelancongan menarik.
Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa sahaja yang memandang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak. Kawasan pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di bukit-bukit yang terdapat di sekelilingnya. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah lebih kurang 60 ekar persegi manakala panjang pantainya adalah 1 km.

Bagi keluarga yang memerlukan penginapan, terdapat juga hotel resort, chalet dan mini chalet untuk disewa dengan harga bersesuai. Antaranya Teluk Batik Resort, Virgo Batik Resort, Marina Cove Resort, Chalet Kanangan Pak Man dan sebagainya.  




Antara kemudahan yang terdapat di sekitar Teluk Batik & Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung :-
* Muzium Siput
* Tapak perkhemahan (Camping site)
* Taman permainan kanak-kanak (Children's playground)
* Chalet (Chalet)
* Kedai cenderamata (Souveniour shops)
* Kedai makan
* Wakaf Rehat
* Bangku & Kerusi rehat (Rest chairs)
* Tandas & Bilik persalinan (Changing rooms)

 
Muzium Siput yang sentiasa menanti kunjungan para pelancong.



Sunday, June 17, 2012

Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad


Buku "A Doctor In The House" versi Bahasa Melayu dilancarkan pada 30 April lalu selepas hampir setahun dua bulan versi bahasa Inggeris dipasarkan. 

Bertajuk "Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad", buku tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM59.90. Bagi kawasan Alor Setar Buku ini boleh di beli Popular Books sekitar Alor Setar iaitu di Tesco Alor Setar, City Plaza serta Pafific dengan potongan harga 20% bagi Ahli Popular Books. 

Memoir setebal 996 muka surat tersebut diterbitkan MPH Group Publishing mengandungi catatan cukup terperinci dan menyeluruh, menyelusuri sejarah hidup Dr Mahathir daripada kecil sehinggalah kepada kejayaannya membangunkan negara.



Tajuk : Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad
Penulis : Tun Dr Mahathir Mohamad
Penerbit  : MPH Group Publishing
Tarikh terbitan : 30-APR-2012
Kategori (utama) : Biografi & Memoir
Kategori (sub) : Sejarah & Politik

Harga : RM59.90

SINOPSIS
Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan.

Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad.

Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden.


BIODATA PENULIS
Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia.

Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas.

Di setiap persimpangan yang dilaluinya, Dr Mahathir menulis semula hukum dan peraturan. Autobiografi ini menjadi jendela bagi mengintai cara luar biasa beliau berfikir dan bagaimana pemikiran beliau dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, daripada Perang Dunia Kedua dan Perjanjian MacMichael kepada kemerdekaan, perindustrian serta pembentukan Malaysia moden, krisis politik dan kewangan pada akhir 1990-an, serta cabaran abad baru.

Buku ini mendedahkan ciri-ciri yang sebelum ini tidak diketahui mengenai seorang insan yang tidak suka menonjolkan diri, tetapi akhirnya menjadi negarawan yang berani. Buku ini menceritakan politik Malaysia moden melalui kaca mata salah seorang daripada pengukirnya yang agung. Ia bukan untuk meminta pengampunan atau percubaan mempertahankan diri, tetapi pengisahan yang tegas, menambat perhatian dan menarik mengenai bagaimana serta mengapa Dr Mahathir mencatat begitu banyak kejayaan dalam masa yang singkat. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.


Topoi Enterprise : Membekal Ayam Kampung



Topoi Enterprise
Kampung Bukit Buluh, Mukim Pedu, 
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.

Anuar Ibrahim (Topoi)
019 498 5753


Pembekal Ayam Kampung dll


Elyas Enterprise : Membekal Telur Itik


ELYAS ENTERPRISE
Kampung Mani 'C', Mukim Belimbing Kanan, 
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 017-411 8581 Office : 04-7865 029 
Email : aliasceo@yahoo.com

Kami membekal Telur Itik Segar dari Ladang

Sinar Kenangan Enterprise : Sewa PA Sistem & Van


Sinar Kenangan Enterprise
Kampung Bagan, Naka,
06350 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Hubungi :-
Azme - 013-4073567, Izam - 013-4011531

Kami menyediakan Perkhidmatan :-
* Sewa Van serta Pemandu
* Sewa PA System
* Live Band Mutiara Enterprise




Saturday, June 9, 2012

Cuti-cuti Malaysia : Kompleks Sejarah Pasir Salak


Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak ini adalah salah satu destinasi pelancongan di Negeri Perak Darul Ridzuan. Kompleks Sejarah Pasir Salak ini terletak di kawasan Kg. Gajah, Daerah Perah Tengah. 

Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingati kita betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen bagi negara Malaysia. Kompleks Sejarah Pasir Salak juga akan dijadikan sebagai sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan yang bermanfaat kepada masyarakat seluruhnya.


Pembinaan Kompleks Sejarah Pasir Salak ini juga bertujuan untuk memperingati generasi-generasi muda akan peristiwa Pasir Salak pada tahun 1875 yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak serta memperingati akan jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara. Di samping dengan ciri-ciri sejarah kompleks ini juga sebagai bertujuan untuk pengumpulan bahan-bahan sejarah yang ada di Kompleks Sejarah Pasir Salak ini, pastinya juga menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk mengunjunginya.


Terowong Sejarah
Terowong Sejarah Kompleks Sejarah Pasir Salak merupakan sebuah bangunan muzium yang utama didirikan di kompleks ini. Bangunan yang panjangnya 157 kaki x 115 kaki lebar ini memuatkan 42 diorama-diorama episod sejarah perjuangan patriotisma dan nasionalisma anak watan Negeri Perak khususnya dan hubungkaitnya dengan perkembangan sejarah Malaysia amnya. Dalam perkembangan sejarah negara, diorama-diorama ini bermula dengan episod senario penempatan awal Kuala Selinsing, Perak yang wujud pada tahun 200 sebelum masihi hingga 1000 masihi.Kemudian diikuti dengan kemunculan Nila Pahlawan, Sang Nila Utama dan Krishna Pandita di Bukit Siguntang yang mana keturunan ini menjadi Raja di Temasik ( Singapura ), Pengasas Kesultanan Melaka dan Perak. Seterusnya diorama ini menceritakan mengenai bagaimana Malaysia menghadapi kuasa penjajah Portugis, Belanda, British, Jepun dan British sekali lagi, episod perjuangan penentangan serta pencapaian kemerdekaan. Puncak perjuangan patriotisma ditunjukkan dalam diorama life size seperti episod Perjanjian Pangkor dan pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British yang pertama di Negeri Perak. 

Dalam perkembangan perjuangan sejarah Malaysia yang bersepadu ini, setiap negeri-negeri di Malaysia telah terlibat dalam perjuangan patriotisma dan nasionalisma . Episod-episod ini ditunjukkan juga di dalam 13 diorama yang terakhir di dalam Terowong Sejarah Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Di bahagian tinggat bawah terowong sejarah ini memaparkan sejata melayu iaitu keris. Keris melayu adalah antara barangan yang dijadikan bahan pameran untuk para pelancong dan pengunjung yang hadir. Selain itu, pelbagai lagi barangan disediakan untuk dijadikan barangan pameran.


Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sekitar kompleks itu, bolehlah menginap di Pasir Salak Resort yang terletak  bersebelahan Kompleks Sejarah Pasir Salak.  Pasir Salak Resort yang terletak di tepi sungai perak ini menawarkan 50 chalet yang cukup indah untuk para pengunjung. Pengunjung berpeluang melihat keindahan Sungai Perak di samping menyaksikan matahari matahari terbit dan terbenam dari ruang balkoni chalet



Sunday, June 3, 2012

The Carnivall Sungai Petani (Water Park)


The Carnivall adalah sebuah tempat taman tema air @ water park yang terletak di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. The Carnivall adalah salah satu destinasi percutian keluarga bersama anak-anak dimusim cuti sekolah.





Saturday, May 26, 2012

Program Karnival Pekerjaan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2012 & Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS)

Tarikh : 26 & 27 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Perkarangan Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, Kedah


Adakah Anda Sedang Mencari Kerja??
Pelbagai Peluang Kerja Menanti Anda!!!

Sila Bawa Bersama :-
* Kad Pengenalan
* Sijil-sijil Kelayakan
* Resume Terkini
* Berpakaian Kemas & Sopan

Cepat Sebelum Terlambat!!

Aktiviti :-
* Pertunjukan dan Persembahan Basikal Fixie & BMX
* Persembahan Band Akustika
* Wayang Kulit Seri Asun
* Persembahan Tarian "Q-Daz Dance"
* Persembahan Artis Ezad Exist
* Persembahan Artis Kebudayaan Negeri Kedah
* Persembahan Tarian Kebudayaan Negeri Kedah
* Pelbagai Hadia-hadiah Cabutan Bertuah.

Anjuran : Penyelaras Parlimen Padang Terap

Wednesday, May 9, 2012

Pameran dan Pertunjukan Ular Di Muzium Kedah (6 Mei 2012 - 6 Jun 2012)



PAMERAN  DAN PERTUNJUKAN ULAR : BISA  BERBISA
06 MEI 2012 HINGGA 30 JUN  2012



Kerapkali pasti ada sahaja kaitan misteri apabila bercerita tentang ular. Bagaimana ia bergerak pantas walaupun tanpa sebarang kaki yang mampu membawanya jauh ke merata-rata tempat? Bagaimana ia boleh membunuh mangsa dengan hanya sekali patukan dalam sekelip mata? Bagaimana ia boleh menelan mangsa yang jauh beberapa kali lebih besar dari saiz rahangnya?

Ular mempunyai banyak tarikan walaupun sangat ditakuti. Realitinya, hanya segelintir spesis  ular sahaja yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa manusia. Saintis mengkelaskan lebih 3000 spesis ular dalam 18 famili. Setiap family memiliki ciri umum yang tersendiri. Family Colubridae ini tidak beracun berbanding family elipidae dan veripidae yang dikenali sebagai family yang sangat berbisa. Ular Tedung merupakan ular paling berbisa manakala Ular Kapak mudah dikenali kerana kepalanya yang berbentuk segi tiga. Family Ular Boa dan Sawa pula tidak berbisa dan membunuh dengan cara menjerut. Ular Air pula membiak di laut dan lebih banyak menghabiskan masa dalam air berbanding di darat.

Terdapat banyak lagi aspek menarik tentang kehidupan ular, iaitu dari perbezaan rekabentuk, perlakuan, sistem  pertahanan diri, habitat dan lain-lain lagi. Apa yang dipaparkan dalam pameran ini diharap akan menggambarkan tentang informasi dan pengetahuan tentang haiwan yang diberi nama ULAR ini.

Sebelum ini, pameran ini telah diadakan di tiga buah muzium iaitu Muzium Negara, Muzium Negeri Kelantan dan Muzium Negeri Perak. Pameran ini telah berjaya menarik begitu ramai pengunjung ke muzium tersebut.

Sehubungan dengan itu, Muzium Negeri Kedah juga berharap dengan adanya pameran seperti ini, akan dapat menarik lebih ramai pengunjung mengunjungi Muzium Negeri Kedah bagi tempoh tersebut.

HARGA TIKET   
i.            Dewasa                                             - RM4.00
ii.            Kanak-kanak  (6-12 tahun)                 - RM2.00
iii.           Pelajar sekolah beruniform (Menengah dan Rendah)   - RM2.00

* Harga Tiket potongan sehingga 25% sebelum 30 April 2012 – boleh didapati di Muzium Negeri Kedah Darul Aman

PENGISIAN PAMERAN
a.    Maklumat bertulis
-  Jenis dan keluarga ular.
- Anatomi ular – lihat di mana letaknya hati, jantung, hempedu, aesofagus paru-paru dan lain dalam seekor ular.
-  Cerita lagenda ular dalam mitos dan kepercayaan.
-  Ular untuk perubatan.
-  Cara merawat bisa ular dan pertolongan cemas.
-  Gejala dan tanda patukan ular.
- Cara menghalang ular memasuki rumah dan anda pasti teruja dengan gambar-gambar menarik yang dipamerkan.
b.    Pameran ular dari 130 spesis dalam kotak berkaca
c.    Gadis bersama 100 ekor ular berbisa sepanjang pameran ini diadakan
d.    Pertunjukkan Ular.
-  Pertunjukan ini akan dikendalikan oleh Encik Hussinenee bin Dastagia, penjinak ular yang terkenal di mana bakat dan seni menjinakkan ular ini telah diwarisi oleh beliau dan keluarga dari turun temurun. Allahyarham bapa beliau Dastagia bin Husini adalah penjinak ular yang sangat terkenal dan telah memecahkan rekod Guiness book of Record.
e.    Sesi bergambar dengan Ular.
-  Bergambar sambil dililiti ular sawa Burma (Burmese Python) atau albino molorus sepanjang 8 kaki.

AKTIVITI SAMPINGAN
Sepanjang pameran berlangsung aktiviti-aktiviti sampingan juga  akan diadakan di kawasan luar bangunan Muzium. Bagi memeriahkan lagi pameran ini serta untuk menarik minat pelawat ke Muzium Negeri Kedah, pelbagai aktiviti akan dilakukan. Diantara aktiviti yang dicadangkan seperti :-
 -          Dam Ular Gergasi
-          Permainan Video Game
-          Kuiz
-          Sukaneka kanak-kanak tadika
-          Mewarna kanak-kanak
-          Gerai-gerai Jualan
-          Dan lain-lain.


Monday, May 7, 2012

Budak Maut Digilis Traktor (Harian Metro : Isnin, 7 Mei 2012)



KUALA NERANG: “Pada Khamis lalu, dia berlawak dengan rakan sekolah memakai lilitan di kepala seolah-olah jenazah dikafankan,” kata Yusof Awang, 59, datuk saudara kepada Muhammad Fariz Najmi Norizan, 9, yang maut selepas digilis traktor pembajak sawah di Kampung Kubang Palas, di sini, kelmarin.
Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Muhammad Fariz mengikut bapa saudaranya, Habibullah Halim, 30-an, yang memandu jentera itu untuk membajak sawah berhampiran rumahnya dan dia dikatakan duduk di sebelah tempat duduk pemandu.

Selepas membajak tidak sampai 30 meter, Habibullah tersedar arwah tiada di sebelah.

Apabila dia memandang ke belakang arwah dilihat sudah terbaring dengan badannya disaluti lumpur serta berlumuran darah.



Friday, April 13, 2012

Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke 14 Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke 14 pada 11 April 2012. Istiadat pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Pertabalan kali ini turut melakar sejarah kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. 

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84. 
Upacara pertabalan ini yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut dirakamkan oleh National Geographic Channel dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk penerbitan dokumentari bagi siaran di persada antarabangsa. 

Dokumentari pertabalan kali ini menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya.


Monday, April 9, 2012

WHAMPOA TRADE SDN. BHD.

PEMBORONG BAJA PERTANIAN
"Baja Bermutu Tinggi Berkualiti Import"


WAKTU OPERASI :
9.00 pagi - 6.00 petang (Sabtu - Khamis)
Tutup : Jummat / Cuti Umum

WHAMPOA TRADE SDN. BHD.
Cawangan Kuala Nerang
Kampung Sg. Kecik, Jalan Padang Sanai
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

Sila hubungi :
En. Ramli 017-4822 488
EN. Azizan : 019-4727 869
Hanie : 014-2315 405
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...