TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Friday, December 27, 2013

Menjual Barangan Buatan Tangan - Souvenir, Labu Air, Pasu Bunga (Norazira Zainon)

Membekal dan Menjual Barangan Buatan Tangan seperti 
Souvenir, Labu air, Pasu Bunga, Lampu Tidur, Kelopak Sireh, Bekas Telur, Bekas Garam & Minyak

NORAZIRA ZAINON
61C, Kampung Kuala Janing, Mukim Belimbing Kiri
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 019-5455 548



Sunday, December 15, 2013

Pesta Bola 8 Sebelah Piala YB Tuan Haji Badrol Hisham bin Hashim (Program Dari Rakyat Untuk Rakyat 2013)


Terima Kasih & Tahiniah buat YB Haji Badrol Hisham bin Hashim (ADUN Kuala Nerang) kerana merencanakan program yang cukup bermanafaat iaitu Program Dari Rakyat untuk Rakyat 2013 khas buat warga Padang Terap. 

Tahinah buat pasukan Momotaro FC (A) dari Kuala Nerang (berjersi berwarna kuning FBA) kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir pertandingan Bola Sepak 8 sebelah Piala YB Tuan Haji Badrol Hisyam bin Hashim (ADUN Kuala Nerang). Keputusan perlawanan berkesudahan seri 1 - 1, selepas penentuan sepakan penalti keputusan masih terikat 2 -2. 


Saturday, December 14, 2013

Restoran Sri Gedung

Restoran Sri Gedung
Jalan Hospital Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 012-4254330, 0143487650 (Man)

Restoran ini ada menyediakan pelbagai jenis makanan yang istimewa untuk santapan anda semua. Antara menu special yang amat menarik ialah Nasi Goreng Daging Burung Unta

Kedai beroperasi dari sekitar jam 3 petang hingga Lewat Malam.


Peta Lokasi Restoran Sri Gedung

Friday, November 29, 2013

Kolej Komuniti Padang Terap



KOLEJ KOMUNITI PADANG TERAP
Lot 1529, Taman Belimbing Indah
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-790 3811  Fax : 04-790 3812
Email : kkpdgterap@gmail.com



Peta ke Kolej Komuniti Padang Terap






Monday, November 25, 2013

Selera Kampung Kak Na (Simpang Hospital Kuala Nerang)

RESTORAN SELERA KAMPUNG KAK NA
Lot No 3, Simpang Tiga Hospital
Arked Bertam, 06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
Hubungi : 019-4051442 @ 019-5674466

Kedai Beroperasi di waktu Awal pagi hingga petang


Peta Lokasi
Selera Kampung Kak Na

Perkhidmatan Urutan Tradisional (Puan Laila)


* Urutan Selepas Bersalin
* Urutan Biasa
* Rawatan Tradisional
* Menyediakan Pil Akar Kayu
* Menyediakan Perkhidmatan Ke Rumah

Hubungi :
019-5799827 Puan Laila
Rumah PPRT, Kg Barokhas (Jalan Naka),
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

Tuesday, November 19, 2013

Ostrich Special (Nasi Goreng Daging Burung Unta)



OSTRICH SPECIAL
Nasi Goreng Daging Burung Unta
Harga : RM10.50

Gerai Ostrich Special terletak di Restoran Salim bersebelahan pagar Hospital Kuala Nerang.
Menu yang menarik dan amat mengiurkan....

Friday, October 11, 2013

STOKIS GAMAT EMAS KUALA NERANG (Sireh Unggul Enterprise)

STOKIS GAMAT EMAS KUALA NERANG


Sireh Unggul Enterprise
No 10, Tingkat 1, Kompleks Pekan Selasa,
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 012-4889703, 019-5517279



Tuesday, September 10, 2013

Lokasi Baru Kedai FBA Explorer Enterprise

Kedai Printing FBA Explorer Enterprise (Kompleks Pekan Selasa) telah berpindah ke Lokasi baru beralamat di 
NO. 6, ARKED MDPT SEBELAH MASJID, 
06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-7864341, 013-5336302, 019-5908565
Blog : http://printing2u.blogspot.com







Sunday, September 8, 2013

Pedu Jaya Enterprise


PEDU JAYA ENTERPRISE
KM 49, Jalan Ampangan Pedu
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

013-5342090 Kak Rose

Perkhidmatan :
* Mencuci Lantai
* Mencuci Karpet
* Mencuci Rumah & Pejabat
Polish Marble

Saturday, August 31, 2013

MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Hari ini 31 Ogos 2013 aku bangun dari tidur dan terfikir sejenak bahawa aku adalah seorang rakyat Malaysia yang berada di bumi tempat tumpahnya darahku. Amat bersyukur sekali kepada Allah swt kerana aku adalah insan bertuah yang berada disebuah negara aman dan makmur. Sebagai seorang rakyat malaysia kita harus bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan kepada kita kerana dilahirkan dibumi yang aman makmur yang mempunyai kemudahan pembangunan yang amat selesa untuk kita nikmati. Kita juga harus bersyukur kerana Allah swt telah menganugerahkan dan mengizinkan pemimpim-pemimpin terbaik bagi memerintah negara Malaysia yang kita cintai ini sehingga mencapai satu tahap yang amat membanggakan berbanding dengan negara merdeka lain. 

Tema sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-56 yang bakal disambut pada 31 Ogos ini amat menarik sekali kerana sejak kebelakangan ini rakyat amat begitu resah gelisah dengan kemelut yang melanda negara akibat terhakisnya perasaan hormat menghormati antara sesama sendiri.

Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku kena pada masanya sebagai memberi peringatan dan iktibar bahawa tiada siapa yang akan mempertahankan maruah negara kecuali rakyat Malaysia sendiri. Jika diteliti tema tersebut ia membawa maksud untuk menyemai sifat perpaduan yang berpaksikan kepada ungkapan patriotik dan kesatuan negara bangsa. Malaysiaku Berdaulat juga membawa maksud bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Negara kita Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum serta mempunyai Sistem Institusi Diraja Berperlembagaan. Setiap warganegara Malaysia semestinya menghormati undang-undang dan perlembagaan Negara yang kita cintai ini demi kesinambungan keamanan dan kesejahteraan untuk generasi mendatang.

Jika di imbas sambutan kemerdekaan tahun peristiwa di mana sambutan Hari Kemerdekaan dicemari oleh kerana perbezaan ideologi politik seperti yang telah menimpa pada tahun lepas. Terdapat segelintir kelompok masyarakat yang tidak mahu turut serta merayakan sambutan kemerdekaan kerana tidak sehaluan fahaman politik dan fenomena keengganan menyambut kemerdekaan kali ke-55 tahun lepas sudah mencapai tahap merunsingkan. Mempertikaikan logo, tema dan lagu kemerdekaan walaupun dianggap satu isu remeh dan agak lucu, tetapi hakikatnya adalah satu usaha untuk memperkecilkan dan seterusnya merosakkan sambutan kemerdekaan yang telah disusun pada ketika itu.

Mengambil pendekatan untuk tidak mahu turut serta dalam acara sambutan kemerdekaan akan hanya memberi modal politik yang cetek dalam jangka masa pendek. Tetapi apa yang lebih membimbangkan lagi adalah ia bakal memberi kesan kepada aspirasi negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka.

Tanah Tumpahnya Darahku membawa maksud yang begitu dalam dan penuh bermakna. Sebab itu tema sambutan kali ini boleh dirangkumi kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara yang amat begitu kritikal untuk dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia.

Pada hari yang mulia ini ada baiknya rakyat Malaysia tidak kira anutan agama, bangsa atau fahaman ideologi politik menilai kembali tahap patriotisme dalam diri kita atau dengan lebih mudah di mana letaknya jati diri kita sebagai warganegara Malaysia.


Ketika kemuncaknya peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini, majoriti rakyat telah mempamerkan semangat patriotik dan jati diri yang agak tinggi dengan memberi sokongan padu kepada anggota polis dan tentera yang dikatakan bersabung nyawa berhadapan dengan pengganas. Jika sebelum ini mungkin ada segelintir yang sangsi dengan kekentalan jiwa rakyat Malaysia apabila berhadapan dengan isu yang berkait rapat dengan kemerdekaan dan kedaulatan negara, sudah pasti akan membuat tafsiran bahawa jika berdepan dengan ancaman, rakyat Malaysia akan bersatu teguh di belakang pemerintah.

Tidak dapat dihindari bahawa terdapat rakyat Malaysia yang merasa begitu selesa dengan keadaan aman pada masa sekarang sehingga langsung alpa dengan patriotisme mereka. Mungkin ada yang merasakan apa perlu menunjukkan semangat patriotik pada Bulan Kemerdekaan kerana negara bukannya berada di rantau yang penuh dengan ancaman. Lagi pun, ada yang berpendapat Hari Kemerdekaan sudah menjadi perkara lazim kerana disambut pada setiap tahun.

Akhir kata bersamalah kita menyambut dan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda bahawa kita adalah Rakyat Malaysia yang sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan serta bersifat patriotik mempertahankan maruah negara seterusnya mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi bersama-sama ini. 


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56

MERDEKA!  MERDEKA!  MERDEKA!

Monday, August 26, 2013

Kedai Emas Dan Permata Akmal


KEDAI EMAS DAN PERMATA AKMAL
No 6, Tingkat Bawah, Kompleks Pekan Selasa
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 019-4788240

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...