TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Monday, October 5, 2015

Senarai Pasar Malam Kawasan Padang Terap


Pasar malam adalah salah satu keistimewaan di Malaysia. Hampir di seluruh Malaysia terdapat pasar malam yang menawarkan pelbagai barangan seperti ikan, ayam, sayur, buah-buahan, makanan, pakaian, barangan keperluan harian dan sebagainya. Pasar malam juga adalah tempat paling mudah dan murah untuk rakyat Malaysia mendapatkan pelbagai keperluan harian terutamanya bagi mereka yang tiada masa untuk ke pasaraya ataupun mereka yang pulang lewat dari kerja. Keistimewaan serta kemeriahan pasar malam bukan sahaja menarik pelanggan tempatan untuk berbelanja malahan mendapat perhatian dari para pelancong bagi merasai keunikan pasar malam. Secara tidak langsung pasar malam menjadi salah satu produk pelancongan khususnya bagi Malaysia. Disekitar kawasan Padang Terap,Kedah boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat pasar malam. 


Jadual & Lokasi Pasar Malam di sekitar Kawasan Padang Terap & Pokok Sena (Jalan Langgar).
* Pasar Malam Kg. Belukar Luas - Jumaat
* Pasar Malam Kg Bukit Nyamuk - Sabtu
* Pasar Malam Kilang Gula - Isnin & Khamis
* Pasar Malam Naka - Rabu
* Pasar Malam Taman Akasia - Rabu
* Pasar Malam Pedu - Selasa
* Pasar Malam Felcra Tualak - Khamis
* Pasar Malam Felcra Bukit Tampoi - Rabu
* Pasar Malam Kg Perik - Isnin
* Pasar Malam Felda Lubuk Merbau - Salasa
* Pasar Malam KEDA Pokok Sena - Selasa
* Pasar Malam Kebun 500 - Jumaat

Thursday, October 1, 2015

Oktober 2015 : Awal Muharram 1437H

Oktober 2015 (Zulhijjah 1436H / Muharram 1437H)

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Wednesday, September 30, 2015

Pasar Malam Taman Akasia



Pasar malam Taman Akasia ini bakal dibuka mulai Rabu 30 september 2015. Pasar malam Akasia ini adalah antara pasar malam yang paling dekat dengan kawasan Pekan Kuala Nerang. Terletak di kawasan Taman Akasia, Kuala Nerang.


Tuesday, September 29, 2015

Aman Central

Aman Central akan menjadi pusat membeli-belah terbesar di Alor Setar, Kedah. Terletak d tengah-tengah bandar, Aman Central terletak berhadapan Menara Alor Setar dan di sepanjang Lebuhraya Darul Aman yang sibuk. Sebuah syurga membeli-belah dengan 6 tingkat terapi runcit yang terdiri daripada persembahan terbaru dalam fesyen, kecantikan, hiburan, makanan & minuman, pawagam, bowling dan gimnasium yang semuanya terletak di satu tempat. Aman Central bersedia untuk menjadi hab gaya hidup baru di Alor Setar.



Terletak pada 7.03 ekar hartanah utama di Alor Setar, Kedah; Aman Central akan menjadi destinasi gaya hidup terbesar dan paling hangat di rantau ini terutama di utara Semenanjung Malaysia. Ia mempunyai kawasan binaan sebanyak 2 juta kaki persegi dan kawasan sewaan bersih sebanyak 800,000 kaki persegi tersebar di 6 tingkat dan kira-kira 330 lot runcit serta lebih daripada 1,700 tempat letak kereta.

Perayaan dan keseronokan akan menanti kerana Aman Central memperkenalkan dirinya dengan gabungan menarik kedai-kedai, 10 skrin pawagam, 30 lorong bowling, kedai-kedai makan dan perkhidmatan yang akan meningkatkan aktiviti membeli-belah di Aman Central.

Satu struktur pemilikan entiti Aman Central dan pengurusan profesional dengan pengalaman dalam menjalankan pusat membeli-belah lain yang berkembang maju di rantau ini menawarkan persekitaran runcit yang lebih menarik bagi pembeli dan peruncit tidak pernah dijumpai di mana-mana di persekitaran Alor Setar. Apa yang dinanti-nantikan Aman Central pasti akan membantu meningkatkan dan mengukuhkan status Alor Setar sebagai sebuah bandar yang santai dan keseronokan.

Tuesday, September 1, 2015

September 2015 - Hari Raya Haji


Bulan September 2015 (Zulkaedah & Zulhijjah 1436H). Antara tarikh & peristiwa penting sepanjang bulan september ini ialah :-

1. Hari Malaysia 2015 - 16 September 2015

2. Peperiksaan UPSR 2015 bagi murid tahun 6 sekolah rendah - 8, 9 & 10 September 2015

3. Cuti Sekolah (Cuti Pertengahan Penggal 2) - 18 Sept 2015 hingga 26 Sept 2015

4. Hari Raya Haji - 23 & 24 September 2015.
Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Sambutan Hari Kebangsaan 2015.... #SehatiSejiwa



#sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun 2015 ini. Tema #sehatisejiwa dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.

Mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. "Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja,


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2015

Saturday, August 22, 2015

Kedah Juara Liga Premier 2015


Sudah sekian lama para peminat Hijau Kuning dan seluruh Rakyat Kedah menanti Sang Helang Merah terbang tinggi ................

Dengan berakhirnya penantian tiga tahun di Liga Premier, maka perlawanan terakhir malam tadi menjadi malam bersejarah di mana pasukan Kedah akan kembali ke saingan liga elit Malaysia pada tahun depan.

Pasukan Kedah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim 2015 apabila menewaskan DRB-Hicom FC 5-1 pada perlawanan akhir saingan Liga yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil

Kemenangan tiga mata berharga itu membolehkan Kedah kekal selaku pendahulu liga dengan 48 mata sekali gus layak beraksi dalam saingan Liga Super musim 2016 dan menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana 2015

Tahniah buat Pasukan Bola Sepak Kedah kerana telah menjuarai Liga Premeir 2015, dengan mengumpul 48 mata hasil dari 14 kemenangan, seri 6 kali dan kalah 2 kali sepanjang kempen Liga perdana 2015.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjulang trofi Liga Perdana bersama pemain Kedah, Sandro Da Silva selepas tamat perlawanan terakhir dengan DRB-Hicom di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


 Tahniah jua buat seluruh peminat setia Hijau Kuning yang sentiasa memberi sokongan terhadap Pasukan Bola Sepak Kedah.

Tahniah buat Pasukan Hijau Kuning atas Kejuaraan Liga Perdana 2015
Ikhlas Daripada : Blog Komuniti Cyber Kuala Nerang

Thursday, August 13, 2015

Tahniah YB Dato' Seri Mahawangsa Dato' Seri Diraja Haji Mahzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia)


Sekalung Penghargaan dan Tahniah 

Kepada

YB Dato' Seri Mahawangsa Dato' Seri Diraja Haji Mahzir bin Khalid 

atas perlantikan sebagi

Menteri Pendidikan Malaysia

Artis Managment & DJ Group



Artis Managment & DJ Group
017-5978716 - Rashidi (Edy)

Wednesday, July 1, 2015

Julai 2015 - Ramadhan kian berlalu & Syawal bakal menjelma


Bulan Julai 2015, Ramadhan kian berlalu dan Syawal bakal menjelma.....

Ramadhan kian berlalu...
Semoga amalan kita pada Ramadhan ini lebih baik daripada ramadhan yang lalu...

Ramadhan kian berlalu...
Adakah kita masih dikurniakan kudrat dan hayat untuk bertemu pada Ramadhan yang akan datang?
Hanya Allah yang tahu...

Ramadhan kian berlalu...
HambaMu ini berharap ibadat kami kepadaMu tidak terputus..
Ya Allah, terimalah amalan hambaMu yang fakir ini..
Moga kami sempat berjumpa Ramadhan yang akan datang.

Ramadhan kian berlalu...
semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua,
semoga keampunanNya meliputi kita semua,
dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang yang
dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah),
amin ya rabbal alamin.



Ramadan  kian berlalu.... Syawal bakal menjelma. Dengan kedatangan Eidul Fitri ini bermakna hari kemenangan umat Islam, perlu disambut dengan rasa gembira dan bersyukur di atas kemenangan iman menakluki nafsu dalam bulan Ramadan. Eid bermakna hari kejayaan dan Fitri bermakna fitrah iaitu nurani yang bersih.

Hari lebaran membuka ruang untuk bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan, kasih sayang dan berlemah lembut sesama Mukmin.

Sambutlah Eidul Fitri dengan sederhana. Sederhana dalam makanan dan perhiasan. Yang meriah ialah hati kerana iman yang diperolehi.

Saturday, June 27, 2015

Malaysia ke Perlawanan Akhir Ibercup 2015 kategori B13

 
Pasukan Bola Sepak NFDP Malaysia ke Perlawanan Akhir Ibercup 2015 kategori B13. Penjaga gol Malaysia B13, Sikh Izhan Nazrel menyelamatkan tendangan penalti terakhir Sevilla FC B13, sekaligus membawa Malaysia B13 ke perlawanan akhir untuk bertemu pasukan Sporting Lisbon B13, esok jam 1230 waktu Sepanyol.

Perlawanan sepenuh masa tamat dengan jaringan 0-0, namun Malaysia B13 ke final setelah tewaskan Sevilla FC B13 dengan jaringan penalti 7-6.


NFDP Malaysia Juara Kumpulan D

Keputusan Suku & Separuh Akhir Iber Cup 2015 U13


Tahniah buat Pasukan NFDP Malaysia, semoga terus berjaya. Seluruh Rakyat Malaysia mengharapkan generasi ini membawa sinar baru dalam sukan bola sepak Malaysia di masa depan, seterusnya memartabatkan bola sepak di peringkat antarabangsa. Malaysia Boleh!


Wednesday, June 24, 2015

Majlis Daerah Padang Terap (MDPT)


Merupakan sebuah agensi pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab merancang, mengawal dan menggalakkan kemajuan seluruh kawasan Padang Terap selaras dengan dasar , objektif, strategi serta program Kerajaan Persekutuan , Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah. Kawasan perkhidmatan majlis Daerah padang Terap meliputi sebahagian daripada Padang Terap yang merangkumi Kuala Nerang, Naka, Pedu, Padang Sanai dan pintu masuk Malaysia, Thailand iaitu Durian Burung.

Majlis Daerah Padang Terap ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap. Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.


Majlis Daerah Padang Terap
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7866 328     Fax : 04-7866 639
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...