TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Monday, August 20, 2018

I am HENNA ARTIST

HENNA ARTIST
013-430 6483

Saturday, August 18, 2018

Tempahan BANNER harga MURAH

Tempahan BANNER harga MURAH 
sempena pembelian Mesin Banner.

Harga PROMOSI dari RM1.50 - RM2.50 
sekaki persegi
FREE DESIGN

* Cetakan Indoor / Outdoor
* 6 Colour Printing

Cetakan indoor untuk material :-
# Tarpaulin (Banner)
# Synthetic Paper
# Waterproof White Sticker
# Tranparent Sticker
NBA EXPLORER SUPPLIER
No. 6, Arked Ketapang 2, Sebelah Masjid Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
www.printing2u.blogspot.my
013-5336302

Monday, July 23, 2018

AZAM DONUT (KN AZAM ENTERPRISE)

AZAM DONUT
KN AZAM ENTERPRISE
No 2, Jalan Pedu, Bukit Gedung
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
010-2315671


Thursday, June 21, 2018

Kompleks Pejabat Agama Islam & Mahkamah Rendah Syariah Daerah Padang Terap

Kompleks Pejabat Agama Islam & Mahkamah Rendah Syariah Daerah Padang Terap mula diduduki April 2018. Kompleks ini terletak berdepan pagar Utama Hospital Kuala Nerang.

Sunday, May 13, 2018

Kerisik Asli


KERISIK ASLI
KELAPA DAN MINYAK
100% Asli

Untuk tempahan hubungi :-
019-7773503

Saturday, May 12, 2018

Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah


Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengangkat sumpah taat setia sebagai Menteri Besar Kedah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehudin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 11 Mei 2018.

Ini bermakna ia merupakan angkat sumpah kali kedua bagi Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah ketika pertama kalinya bersama Barisan Nasional selepas menawan negeri itu daripada kuasa Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013.

Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh


Tarikh bersejarah Khamis 10 Mei, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh selepas 15 tahun meninggalkan pentas politik. Tun M mencipta sejarah negara sebagai Perdana Menteri yang dilantik buat kali kedua mengikut sistem demokrasi dan Perlembagaan Malaysia. Malah, usia Tun M yang mencecah 93 tahun pada tahun ini menjadi perdana menteri tertua dalam sejarah Malaysia dan dunia.

Beliau sebelum ini dikenali ramai sebagai sebagai Perdana Menteri keempat Malaysia yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun iaitu bermula tahun 1981 sehingga tahun 2003.

Tun Mahathir, lelaki yang mempunyai aura hebat ini dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Kejayaan Tun M kembali memimpin negara juga bersejarah apabila beliau sendiri menjadi watak penting dalam Pakatan Harapan berjaya menggantikan parti Barisan Nasional yang memerintah sejak mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Pengerusi Pakatan Harapan itu mengetuai gabungan parti komponen terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Amanah, Warisan dan DAP membentuk kerajaan selepas menang majoriti 122 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Sebagai rakyat Malaysia saya sangat berbangga mempunyai Tun M seorang pemimpin yang sangat hebat, menjadi Perdana Menteri Malaysia 2 kali dalam sejarah. Semoga Tun Mahathir dapat memikul amanah yang dimandatkan dengan penuh tanggungjawab untuk menerajui negara Malaysia yang dicintai. Semoga Tun M diberikan kesihatan yang baik dan dipangjangkan umur.

Keputusan PRU14 kawasan Padang Terap.

P07 PADANG TERAP
Jumlah Pengundi Berdaftar : 45,790
Peratusan Kaum : Melayu ; 92.1%, Cina ; 1.4%, India ; 0.2%, Lain-lain ; 6.2%
Jumlah Mengundi : 38,923
Peratus Mengundi : 83%

N07 KUALA NERANG
Jumlah Pengundi Berdaftar : 23,632
Peratusan Kaum : Melayu ; 97%, Cina ; 1.6%, India ; 0.2%, Lain-lain ; 1.2%
Jumlah Mengundi : 19,993
Peratus Mengundi : 83% 


 N08 PEDU
Jumlah Pengundi Berdaftar : 22,158
Peratusan Kaum : Melayu ; 87%, Cina ; 1.2%, India ; 0.13%, Lain-lain ; 11.7%
Jumlah Mengundi : 18,930
Peratus Mengundi : 84% 



Wednesday, November 29, 2017

Peladang e-Mart (EFZ Kuala Nerang)

Peladang e-Mart mula dibuka pada 25.11.2017 terletak di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Nerang, sebaris dengan Bank Rakyat & Kedai Chin Hin Motor. Peladang e-mart ini dimiliki oleh EFZ Kuala Nerang.

Yana Hot Bakery & Cafe


YANA HOT BAKERY AND CAFE
Kompleks Marsawa, 06300 Kuala Nerang, Kedah
011-40776049

Menjual :-
Wastern Food, Roti, Kek, Bahulu, Meruku

Tuesday, November 28, 2017

Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017.

Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017 Peringkat Kebangsaan berjaya dilaksanakan pada Hari Ahad 26 November 2017 bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Sebanyak 26 buah pasukan dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis menyertai kejohanan sulong bawah 10 tahun ini. Kejohanan ini dikelolakan oleh Akademi Bola Sepak SK Padang Terap, Pejabat Parlimen Padang Terap dan Akedemi B12 Padang Terap.

Pasukan The Fighter dari AT Perlis muncul Johan setelah menundukan pasukan Kenari Kid Langkawi KV melalui penentuan penalti setelah kedua pasukan terikat 0-0 selepas masa permainan tamat. Tahniah dan terima kasih buat semua pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak B10 Piala Menteri Pendidikan 2017 ini.

Tahniah juga buat jurulatih, pemain dan pengurusan pasukan Akademi Bola Sepak SK Padang Terap (KN Kiara Junior A & KN Kiara Junior B) yang berjaya layak ke peringkat suku akhir.

Terima kasih tak terhingga buat semua Jawatankuasa Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2017 yang bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan ini.

Sekalung penghargaan kepada YB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia), yang hadih untuk perasmian penutup dan penyampaian hadiah. Turut hadir YB Dato Hj Badrol Hisham (ADUN K.Nerang merangkap Naib Presiden KFA), Coach Lagenda Kedah Dato' Ahmad Shafiee, Pegawai Daerah Padang Terap, En. Lazit bin Ahmad Ketua Unit Sukan JPN Kedah & En. Abdul Rahman Timbalan PPD Padang Terap serta pegawai-pegawai PPD yang bersama-sama hadir memeriahkan program.

Pihak pengelola sangat menghargai semua pihak yang membantu menyumbang dalam menjayakan kejohanan ini, antaranya Pejabat Parlimen Padang Terap, KN Kiara Enterprise, Atan Barokhas, NBA Explorer Supplier & Caltex Kuala Nerang dan Ganding Jaya Enterprise (Pengusaha Kantin SKPT).






YB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia sanggup meredah hujan dan padang yang becak berselut untuk menyaksikan perlawanan Akhir Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017.

Padang Terap Dihatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...