TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Monday, February 27, 2012

Pesta Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Padang Terap 2012


Pesta Bola Sepak 
9 Sebelah Tertutup Padang Terap 2012
"Juara Antara Juara"

Tarikh :  8, 9 & 10 Mac 2012
Pendaftaran : RM50.00

HADIAH
Pertama : RM5,000.00,
Ke-2 : RM3,000.00,
Ke-3 : RM2,000.00,
Ke-4 : RM 1,000.00
Ke-5 Hingga Ke-10 : RM 300.00

Pelbagai Hadiah Cabutan Bertuah 
Untuk Borang Dan Pendaftaran Sila Hadir Ke Pejabat Adun Kuala Nerang

Monday, February 20, 2012

Punca-punca Yang Menyebabkan Komputer Anda Menjadi Lembab

Beberapa panduan asas punca-punca yang menyebabkan komputer anda menjadi lembab. Antaranya ialah :-

1. Processor memang dah lembab.
Processor menunjukkn berapa pantas kerja yangg boleh dilakukan bagi sesebuah komputer. Kalau processor dah lembab, tak guna buat benda lain lagi nak bagi laju. Oleh tu pemilihan kepala komputer (processor) ni penting masa mula-mula kita nak beli pc ataupun laptop.

2.Ram kecil.
Ram adalah memory storage yang benarkan berapa banyak memori dipindahkan dalam satu masa. Maknanya kalau capacity ram tu kecil pemindahan data pun jadi perlahan. Pemilihan ram dan processor mestilah selari. Processor yang tingi perlukan ram yg besar. Oleh tu upgrade la ram anda semaksimum yang processor anda mampu support.

3. Malware / Virus.
Virus adalah musuh utama pengguna internet. Virus mengganggu sistem windows dan jadikan komputer kita lembab. Cara yg terbaik untuk elakkan virus adalah update antivirus anda setiap hari. Scan juga komputer anda setiap hari. Tak kira jenama antivirus apa yg anda pakai, gunalah versi “Internet Security” supaya protection tu lebih. Dan jangan guna free version punya. Keluar duit sikit utk full protection kan lebih berbaloi-baloi.

4. Running antivirus/program.
Komputer akan menjadi slow semasa kita scan degann antivirus. Elakkan menggunakan komputer semasa scanning in progress. Begitu juga dengan program-program yang lain yang sedang running. Tak payah pelik sekiranya komputer anda menjadi kura-kura semasa antivirus atau program lain tengah berjalan

5. Terlalu banyak program.
Install software yg terlalu banyak pon boleh jadikan komputer jadi perlahan. Lebih-lebih lagi kalau saiz software tu besar-besar belaka. 'Instal' lah software yang anda rasakan perlu sahaja. Remove software yang dah tak digunakan.


6. Data dah serabut.
Menggunakan komputer untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan data-data dalam komputer bertambah setiap masa. Cache, cookies, history, registry, junk file yg dah tak diperlukan perlu di 'remove'. Data-data yang berlambak perlu disusun. Maintenance untuk tingkatkan performance komputer anda diperlukan. Solutionnya, anda boleh gunakan software pt Tuneup Utilities, Diskeeper, Registry Mechanic,  CCleaner dan lain2 lagi. Ataupun anda boleh buat defragmentation secara manual utk penyusunan data-data.


Mungkin juga ada sebab-sebab lain lagi yang boleh buatkan komputer kita jadi slow. Tapi kalau laptop kita slow, rujuk dulu kat atas ni sebelum buat spekulasi benda-benda lain. Komputer slow tak bermaksud terus kena format. Kita perlu amalkan punca kat atas tu, maintenance laptop selalu. Kerap format komputer pon boleh merosakkan hardisk. Oleh tu seboleh-bolehnya kita kurangkan format komputer ni. Semak point-point kat atas tu dulu. Kalau dah lembab jugak barulah format.

Tuesday, February 7, 2012

Sri Dobi



Perkhidmatan Semua Jenis Dobi
Dry Cleaning
Ironing

Waktu Operasi :-
9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tutup : Jumaat

SRI DOBI
No 17, Kompleks Pekan Selasa,
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 019-441 5583, 013-296 6078



Wednesday, January 11, 2012

GIATMARA Padang Terap

GIATMARA Padang Terap
Lot 3202, Batu 20 Jalan Kuala Nerang, 
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 04-7902020, 04-7902021 (F)



GIATMARA Padang Terap menawarkan kursus kemahiran kepada belia dan beliawanis yang berminat. Kursus-kursus yang ditawarkan :-


1) Fashion and Dressmaking 6 bulan
2) Hiasan Dalaman 6 bulan


Kelayakan memohon
- Bumiputera berumur 15 tahun ke atas
- Minat, boleh membaca dan menulis.
- Tamat darjah 6 atau mempunyai sijil persekolahan yang sesuai

Kemudahan yang disediakan
- Latihan percuma
- Elaun Rm200/sebulan
- Kemudahan menggunakan semua peralatan dan mesin semasa latihan
- Sijil GIATMARA dan Sijil Kemahiran Malaysia.


Peta ke Giat MARA Padang Terap
* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar

Friday, January 6, 2012

Pesona Bidadari - Saloon & Bridal


PESONA BIDADARI
No. 11, Tingkat 1, Kompleks Pekan Selasa,
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Tel : 017-5210590 / 017-4258670 / 04-7878554
http://pesonakedah.blogspot.com




PERKHIDMATAN KAMI :-
BRIDAL
* Solekan
* Pakej Pengantin
* Hantaran Pengantin
* Gubahan Bunga Baju Pengantin

SALOON
* Menggunting Rambut
* Mewarna Rambut
* Melurus Rambut
* Kerinting Rambut

Maklumat Lanjut Layari

Wednesday, January 4, 2012

Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar


SEJARAH SEKOLAH

Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar, Kampong Pokok Machang, Mukim Padang Temak, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman telah ditubuhkanpada 18.05.1999 dengan inisiatif beberapa orang anak kampung di kawasan ini.

Tujuan pembinaan adalah menyedari pentingnya pendidikan dan pendekatan serta penghayatan Al-Quran dalam masyarakat pada masa kini.Selain itu, untuk memberi pendidikan Al-Quran dengan mendalam kepada para pelajar agar mereka menjadi insan yang sempurna dan berhemah tinggi, serta menyemai sikap tanggungjawab di dalam hal ehwal umat pada masa sekarang.

Keluasan tanah yang diwakafkan adalah kira-kira 7 relung yang bernombor lot 1973,1950,26511. Terdapat 2 deretan bangunan, sebuah surau dan kantin. Bangunan ini dibangunkan secara beransur-ansur dengan bantuan sumbangan orang ramai. Padamasa kini Madrasah ini mempunyai 2 orang guru tenaga mengajardan 20 orang pelajar.Madrasah ini ditadbir oleh mudir Abu Bakar bin Maidin.


Demi untuk melihat sekolah ini terus memberi sumbangan kepada masyarakat pihak lembaga tadbir memohon kepada tuan/puan untuk sama-sama menghulurkan sumbangan dan menyokong sekadar yang terdaya. Sumbangan dan sokongan tuan/puan moga diberi ganjaran berlipatganda dari Allah SWT di akhirat kelak.

Sumbangan yang diberikan adalah untuk kegunaan umum seperti pembangunan madrasah tahfiz serta untuk pelbagai aktiviti harian.

Sumbangan yang dihulur boleh disalurkan ke
Akaun Bank BSN  Al-Wadiah
No Akaun : 02100-41-00000103-1


Untuk maklumat lanjut sila layari Laman Blog 
Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar

Saturday, December 17, 2011

Printing Kuala Nerang (FBA Explorer Enterprise)

Syarikat FBA Explorer Enterprise telah membuka kedai baru iaitu Kedai Printing berhampiran kedai lama FBA Internet Centre. Kedai baru ini beroperasi di alamat No 10, Tingkat 1, Kompleks Pekan Selasa, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di premis baru ini ialah :-
1. Rubber Stamp
2. Cetak Tshirt
3. Mug Printing
4. Button Badge
5. Name Tag & ID Card
6. Kad Undangan Perkahwinan
7. Hadiah dan Cenderamata
8. Corporate Uniform (Bersulam)
9. T'shirt & Jersi (Bercetak & Bersulam)
10. Cap (Bersulam)
10. Banner / Bunting






FBA Explorer Enterprise
No 10, Tingkat 1, Kompleks Pekan Selasa,
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
013-5336302, 019-5908565

Friday, December 16, 2011

Belimbing Indah Homestay


LOKASI
Terletak Pinggir Bandar Kuala Nerang. Terletak kira kira 27 km dari bandaraya Alor Setar dan 1 km dari Pekan Kuala Nerang. Juga Terletak kira kira 100 Meter dari Kolej Komuniti Padang Terap dan 4 km dari Kolej MARA Kuala Nerang.

ALAMAT
No 41, Taman Belimbing Indah
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel : 019-4580914
Blog : belimbingindah.blogspot.com


KEMUDAHAN HOMESTAY
• Mempunyai 4 bilik tidur
• Rumah dua tingkat
• Dua bilik air
• Bilik tidur berhawa dingin
• Kolam ikan hiasan berbumbung diruang rehat diluar rumah untuk merehatkan minda
• Tempat simpanan kereta berbumbung dan berpagar bersambung dengan ruang rehat di luar rumah.
• Kelengkapan dapur untuk kemudahan memasak dan peralatan pinggan mangkuk disediakan percuma
• Sebuah peti tv diruang tamu
• Ruang rehat diluar rumah yang luas untuk seisi keluarga bersantai disamping menikmati ketenangan air terjun buatan dikolam ikan hiasan yang bersekali dengan ruang rehat
• Kemudahan kedai makan yang banyak di persekitaran nya dan juga di pekan Kuala Nerang.
• Berhampiran dengan surau Taman Belimbing Indah.


 
 Untum maklumat lanjut sila layari

Wednesday, December 7, 2011

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia Kuala Nerang

 Karnival Jalur Lebar 1Malaysia Kuala Nerang

Tarikh : 10 & 11 Disember 2011
Masa : 9.00 pg - 11.00 mlm
Tempat : Dataran Putra Kuala Nerang

Kadar Sewa Booth RM250 untuk 2 hari.
Saiz Booth 10 kaki x 20 kaki.

Acara yang dijalankan sepanjang program tersebut :-
1. Pertandingan Web Kampung
2. PertandinganKampungku@Youtube
3. Pertandingan Kuiz ICT
4. Pertandingan Treasure Hunt
5. Bengkel Latihan Kemahiran ICT
6. Seminar Keselamatan Siber
7. Virtual Explorace
8. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
9. Bersama Maskot BB
10. Pameran Agensi Kerajaan
11. Pameran Produk ICT
12. Promosi Jalur Lebar
13. Booth Jualan & Promosi
14. Persembahan Wayang Kulit ICT
15. Majlis Kenduri Rakyat
16. Cabutan Bertuah

Wednesday, November 16, 2011

Jungle Resort

Junggle Resort Malaysia
Kampung Tanjung Piring
Nami Lama, 08210 Sik, Kedah, Malaysia 
ph: +6013-4221000
alt: +6013-4408000
Email : info@jungleresortmalaysia.com

Your luxury home in the Jungle Resort....




Wednesday, November 2, 2011

Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PADANG TERAP
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 04-7866207 / 04-7866412
Fax : 04-7867395
Web : http://ppdpadangterap.net
Email : peg.pel.daerah.ptp@gmail.com

Lokasi baru Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap yang mula diduduki pada pertengahan Tahun 2011 ini terletak bersebelahan SMK Kuala Nerang berdepan dengan Taman Bersatu Kuala Nerang.


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka
Mukim Tekai, Pekan Naka, 06350 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 04-7851108 Faks : 04-7851269
E-mel : ikbn_naka@kbs.gov.my


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir. Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.
Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 15 IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Tambahan 6 buah IKBN lagi sedang diperingkat pembinaan dan dijangka membuat pengambilan pertama pada tahun 2011.
Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan kursus dalam pelbagai bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.
Matlamat penubuhan IKBN ialah :
- Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah. 
- Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi.
- Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.
IKBN / IKTBN menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan :-
> Latihan Kemahiran 
> Kepimpinan dan Ketatanegaraan 
> Keagamaan dan Kerohanian 
> Keusahawanan 
> Kawad 
> Sukan dan Rekreasi

Peta ke IKBN Naka

* Sila klik pada peta bagi membesarkan saiz peta.

Senarai IKBN
1. IKBN Peretak, Selangor
2. IKBN Dusun Tua, Selangor
3. IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
4. IKBN Jitra, KEdah
5. IKTBN Sepang, Selangor
6. IKBN Seri Iskandar, Perak
7. IKBN Pagoh, Johor
8. IKBN Chembong, Negeri Sembilan
9. IKBN Alor Gajah, Melaka
10. IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
11. IKBN Bachok, Kelantan
12. IKBN Kuala Perlis, Perlis
13. IKBN Kinarut, Sabah
14. IKBN Miri, Sarawak
15. IKBN Temerloh, Pahang
16. IKBN Kemasik, Terengganu
17. IKBN Pekan, Pahang
18. IKBN Naka, Kedah
19. IKBN Bandar Penawar, Johor
20. IKBN Kuala Langat, Selangor
21. IKBN Tanah Merah, Kelantan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...