TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Thursday, April 11, 2013

D'Herbs Healthy Marketing - Yatie


D'HERBS HEALTHY MARKETING

ROSMIZAWATI BINTI CHE TEH (YATIE)
013-5847911
No 80A, Kampung Belukar Luas
06300 Kuala Nerang, Alor Setar
Kedah Darul Aman

Sunday, April 7, 2013

Mahaaz Gold Collection

MAHAAZ GOLD COLLECTION
Batu 19, Kampung Bukit, Jalan Naka,
06350 Naka, Alor Setar, Kedah Darul Aman 

Menjual & Menbeli Emas Perhiasan dan Pelaburan
Membeli Emas Terpakai & Surat Pajak Gadai / Ar-rahnu
 



Saturday, March 23, 2013

Cemara Homestay


Cemara Homestay
No 12, Taman Cemara, 06300 Kuala Nerang, 
Kedah Darul Aman

Hubungi :
Kak Nab  017-484 6310, Rizal 019-244 7978, Siti 019-444 2933


Peta Ke Cemara Homestay
* Sila klik pada peta bagi membesarkan saiz peta

Saturday, March 9, 2013

Kejohanan Balapan & Padang MSSD Padang Terap Kali ke-5 Tahun 2013

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap Tahun 2013 telah dilansungkan pada 7, 8 dan 9 Mac 2012 di SMK Tunku Anum, Jitra, Kedah. Bagi Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Kebangsaan Naka berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas apabila muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap 2013 dengan pungutan pingat 11 Emas dan 3 Perak. Manakala Sekolah Kebangsaan Perik muncul Naib Johan Keseluruhan dengan Jumlah 7 kutipan pingat (2 Emas, 5 Perak & 2 Gangsa).


SENARAI KUTIPAN PINGAT
(SEKOLAH RENDAH)
* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar


Manakala SMK Dato' Syed Ahmad muncul Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah menengah dengan 54 pungutan pingat keseluruhan (22 Emas, 16 Perak dan 16 Gangsa).
Manakala SMK Naka muncul Naib Johan Keseluruhan dengan 34 jumlah kutipan pingat (11 Emas, 11 Perak & 12 Gangsa).

SENARAI KUTIPAN PINGAT
(SEKOLAH MENENGAH)
* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar


Friday, March 1, 2013

Saloon & Butik Pengantin (Pesona Bidadari)


Pesona Bidadari
Saloon & Butik Pengantin
No 11, Tingkat 1, Kompleks Pekan Selasa, 
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

SALMAH AZIZ
0175254096

Saturday, February 23, 2013

Petua merawat kulit terkena air / minyak panas.

 Kulit anda terkena minyak / air panas?
Cubalah rawat kulit melecur tersebut dengan mana-mana ikhtiar petua di bawah :-

1. Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.

2. Oleskan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering oleskan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

3. Tepek kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4. Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

6. Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.

7. Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

Selamat mencuba.
Sumber : 101 Petua

Sunday, February 17, 2013

Homestay / Sewa Bilik (Taman Akasia)

Homestay & Sewa Bilik 
Dengan Kelengkapan Penuh, Harga Terbaik (Boleh Dirunding)

HOMESTAY KUALA NERANG
(Corner Lot)
No 89, Taman Akasia,
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
019-5486518


Saturday, February 16, 2013

Perkhidmatan DJ & Sewa PA Sistem


Menyediakan Perkhidmatan Sewa PA Sistem & Perkhidmatan DJ
untuk semua jenis majlis 
seperti Majlis Perkahwinan, Majlis-majlis Rasmi,
Majlis Sukan & Sukaneka dan sebagainya.

Hubungi : 019-4630035, 013-4083601

Wednesday, February 13, 2013

"Khutbah Terakhir" oleh Ustaz Muhammad Kazim Elias di Padang SK Kuala Nerang 16 Februari 2013

Program Ceramah Perdana oleh Ustaz Mohammad Kazim Elias "Khutbah Terakhir" di Padang Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang pada hari Sabtu 16 Februari 2013, Jam 9:00 malam.Turut dilancarkan Tabung Dana Pembinaan Semula Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang.

Dijemput muslimin & muslimat seluruh warga padang terap ke Program tersebut.


Sunday, February 10, 2013

Siput Gondang Emas


Pengenalan

Siput Gondang Emas (SGE) merupakan perosak tanaman padi yang utama di Malaysia. SGE ini berasal daripada kawasan paya dan sungai di Argentina dan Brazil di Amerika Selatan. Ia juga dikatakan sebagai perosak utama kepada kawasan padi di Negara Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand dan Indonesia. Di kawasan Muda terdapat 2 jenis SGE yang dikesan iaitu Pomacea canaliculata (warna keemasan) dan Pomacea incerlarus (warna kehitaman). SGE sejenis herbivor, kerosakannya pada tanaman padi adalah secara menyerang pangkal anak pokok padi sebelum memusnahkan pada bahagian lain. Ianya menyerang dan merosakan anak-anak padi yang berumur sehingga 30 hari selepas menabur dan ianya boleh menyebabkan kehilangan 93% hasil padi. Tanda- tanda kehadirannya menyebabkan tompok-tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh dan kehadiran telur pada batas sawah dan rumpai. Dengan ini tinjauan bendang secara berterusan perlu dilakukan jika terdapat SGE.



Kawalan

Kawalan siput gondang emas terbahagi kepada 4 kaedah iaitu:

1. Kawalan Kultura dan Fizikal
Kawalan ini melibatkan kerja-kerja mengutip dan memusnahkan telur dan siput. Pancang-pancang kayu diletakkan di tempat yang terdapat siput untuk menjadi tempat bertelur. Rumpai di sawah perlu dibersihkan pada peringkat padi membesar.

2. Kaedah Mekanikal
Pasang jaring di gelung air keluar dan masuk bagi menghalang siput ini masuk ke dalam sawah.

3. Kaedah Biologi Ternakan itik Khaki Campbell dan Muscovy boleh digunakan sebagai agen kawalan. Itik akan memakan telur dan siput di dalam bendang.

4. Kaedah Kimia
Terdapat beberapa jenis racun yang disyorkan untuk kawalan SGE. Antara racun yang boleh digunakan ialah niclosamide, saponin dan lain-lain.

Sumber : www.mada.gov.my

Kejohanan Bola Sepak '3S Cup" 2013

Pasukan Felcra B Tualak meraikan kejayaan setelah muncul Juara Kejohanan Bola Sepak 3S Cup Tertutup Padang Terap 2013. Pasukan Felcra B berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.00. Tahniah buat Pasukan Felcra B Tualak dan tahniah kepada Dato' Syed Sobri (ADUN Kuala Nerang) & Pihak Penganjur kerana berjaya menganjurkan satu aktiviti sukan untuk warga penduduk di Padang Terap. Semoga kejohanan bola sepak seperti ini dapat dijadikan acara tahunan di Daerah Padang Terap.

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H


Umat Islam seluruh Malaysia menyambut hari Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Khamis, 24 Januari 2013, bersamaan 12 Rabiulawwal 1434 Hijrah. Tema Maulidur Rasul Tahun 2013 yang dipilih ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' selaras dengan tema Maal Hijrah 1434.

Pemilihan tema kali ini bertepatan dengan usaha kerajaan mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Nabi Muhammad SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik.

Pendekatan ini diharapkan akan terus wujud dalam jiwa rakyat bagi menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi negara menuju ke tahap lebih cemerlang.

"Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...