TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Saturday, August 22, 2015

Kedah Juara Liga Premier 2015


Sudah sekian lama para peminat Hijau Kuning dan seluruh Rakyat Kedah menanti Sang Helang Merah terbang tinggi ................

Dengan berakhirnya penantian tiga tahun di Liga Premier, maka perlawanan terakhir malam tadi menjadi malam bersejarah di mana pasukan Kedah akan kembali ke saingan liga elit Malaysia pada tahun depan.

Pasukan Kedah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim 2015 apabila menewaskan DRB-Hicom FC 5-1 pada perlawanan akhir saingan Liga yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil

Kemenangan tiga mata berharga itu membolehkan Kedah kekal selaku pendahulu liga dengan 48 mata sekali gus layak beraksi dalam saingan Liga Super musim 2016 dan menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana 2015

Tahniah buat Pasukan Bola Sepak Kedah kerana telah menjuarai Liga Premeir 2015, dengan mengumpul 48 mata hasil dari 14 kemenangan, seri 6 kali dan kalah 2 kali sepanjang kempen Liga perdana 2015.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjulang trofi Liga Perdana bersama pemain Kedah, Sandro Da Silva selepas tamat perlawanan terakhir dengan DRB-Hicom di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


 Tahniah jua buat seluruh peminat setia Hijau Kuning yang sentiasa memberi sokongan terhadap Pasukan Bola Sepak Kedah.

Tahniah buat Pasukan Hijau Kuning atas Kejuaraan Liga Perdana 2015
Ikhlas Daripada : Blog Komuniti Cyber Kuala Nerang

Thursday, August 13, 2015

Tahniah YB Dato' Seri Mahawangsa Dato' Seri Diraja Haji Mahzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia)


Sekalung Penghargaan dan Tahniah 

Kepada

YB Dato' Seri Mahawangsa Dato' Seri Diraja Haji Mahzir bin Khalid 

atas perlantikan sebagi

Menteri Pendidikan Malaysia

Artis Managment & DJ Group



Artis Managment & DJ Group
017-5978716 - Rashidi (Edy)

Wednesday, July 1, 2015

Julai 2015 - Ramadhan kian berlalu & Syawal bakal menjelma


Bulan Julai 2015, Ramadhan kian berlalu dan Syawal bakal menjelma.....

Ramadhan kian berlalu...
Semoga amalan kita pada Ramadhan ini lebih baik daripada ramadhan yang lalu...

Ramadhan kian berlalu...
Adakah kita masih dikurniakan kudrat dan hayat untuk bertemu pada Ramadhan yang akan datang?
Hanya Allah yang tahu...

Ramadhan kian berlalu...
HambaMu ini berharap ibadat kami kepadaMu tidak terputus..
Ya Allah, terimalah amalan hambaMu yang fakir ini..
Moga kami sempat berjumpa Ramadhan yang akan datang.

Ramadhan kian berlalu...
semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua,
semoga keampunanNya meliputi kita semua,
dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang yang
dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah),
amin ya rabbal alamin.



Ramadan  kian berlalu.... Syawal bakal menjelma. Dengan kedatangan Eidul Fitri ini bermakna hari kemenangan umat Islam, perlu disambut dengan rasa gembira dan bersyukur di atas kemenangan iman menakluki nafsu dalam bulan Ramadan. Eid bermakna hari kejayaan dan Fitri bermakna fitrah iaitu nurani yang bersih.

Hari lebaran membuka ruang untuk bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan, kasih sayang dan berlemah lembut sesama Mukmin.

Sambutlah Eidul Fitri dengan sederhana. Sederhana dalam makanan dan perhiasan. Yang meriah ialah hati kerana iman yang diperolehi.

Saturday, June 27, 2015

Malaysia ke Perlawanan Akhir Ibercup 2015 kategori B13

 
Pasukan Bola Sepak NFDP Malaysia ke Perlawanan Akhir Ibercup 2015 kategori B13. Penjaga gol Malaysia B13, Sikh Izhan Nazrel menyelamatkan tendangan penalti terakhir Sevilla FC B13, sekaligus membawa Malaysia B13 ke perlawanan akhir untuk bertemu pasukan Sporting Lisbon B13, esok jam 1230 waktu Sepanyol.

Perlawanan sepenuh masa tamat dengan jaringan 0-0, namun Malaysia B13 ke final setelah tewaskan Sevilla FC B13 dengan jaringan penalti 7-6.


NFDP Malaysia Juara Kumpulan D

Keputusan Suku & Separuh Akhir Iber Cup 2015 U13


Tahniah buat Pasukan NFDP Malaysia, semoga terus berjaya. Seluruh Rakyat Malaysia mengharapkan generasi ini membawa sinar baru dalam sukan bola sepak Malaysia di masa depan, seterusnya memartabatkan bola sepak di peringkat antarabangsa. Malaysia Boleh!


Wednesday, June 24, 2015

Majlis Daerah Padang Terap (MDPT)


Merupakan sebuah agensi pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab merancang, mengawal dan menggalakkan kemajuan seluruh kawasan Padang Terap selaras dengan dasar , objektif, strategi serta program Kerajaan Persekutuan , Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah. Kawasan perkhidmatan majlis Daerah padang Terap meliputi sebahagian daripada Padang Terap yang merangkumi Kuala Nerang, Naka, Pedu, Padang Sanai dan pintu masuk Malaysia, Thailand iaitu Durian Burung.

Majlis Daerah Padang Terap ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap. Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.


Majlis Daerah Padang Terap
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7866 328     Fax : 04-7866 639

Friday, June 19, 2015

Cuti-cuti Malaysia : D' Puncak Bris Lake Resort


D' Puncak Bris Lake Resort
08200 Sik, Kedah, Malaysia
Phone : 0134290084,  Email : puncakberis@yahoo.com
Lokasi : 5.954671, 100.789212

D' Puncak Bris Lake Resort terletak di tepi sebuah tasik yang sangat indah sekali. Lokasi D' Puncak Bris Lake Resort terletak tidak Jauh dari Ladang Anggur Tasik Beris. Keadaan persekitaran nyaman dan penuh dengan ketenangan. Ianya sesuai untuk merehatkan diri sambil menikmati keindahan alam sekeliling bersama keluarga. 

Antara kemudahan yang terdapat di D' Puncak Bris Lake Resort ini adalah Kemudahan Berkayak, Flying Fox, Wall Climbing, Kolam Mandi, Surau, Dewan Makan Terbuka, Lokasi untuk memancing, Ladang Ostrich & Rusa. Selain itu, di sini juga menyediakan Bilik Dorm yang luas untuk kegunaan ramai dan amat sesuai bagi Pihak Sekolah, Jabatan Kerajaan dan Swasta untuk mengadakan aktiviti outdoor.








Thursday, June 18, 2015

Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri Kedah Tahun 1436H / 2015M

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1436H / 2015M
BAGI SELURUH NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Zon 1 : Kota Setar, Kubang Pasu & Pokok Sena 
Zon 2 : Pendang, Kuala Muda & Yan
Zon 3 : Padang Terap & Sik
Zon 4 : Baling 
Zon 5 : Kulim & Bandar Bharu
Zon 6 : Langkawi 
Zon 7 : Puncak Gunung Jerai







* Sila klik pada imej bagi membesarkan saiz Imej

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1436H / 2015 (Zon 3 : Padang Terap & Sik)


Hati ibarat pokok yang kekeringan..
suburkanlah ia dengan zikrullah..
pastinya ia mekar membuahkan
amal seranum halawatul iman..
usah biarkan ia layu dengan racun dunia..
pagarilah ia dengan tembok puasa kerana
puasa menundukkan nafsu serta mendidik jiwa.
SELAMAT BERPUASA


Sunday, June 14, 2015

Vendor Butik Affina

Vendor Butik Affina
Jalan Semeliang,06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
Tel: 019-4432050



Sunday, June 7, 2015

Taman Akasia, Kuala Nerang, Kedah

Perumahan Taman Akasia ini siap dibina sekitar tahun 2010. Lokasi taman ini tidak jauh dari Taman Mesra dan terletak di jalan Padang Sanai. Taman Akasia adalah jenis rumah teres dua tingkat & rumah teres 1 tingkat




Saturday, June 6, 2015

Cetak Slip Keputusan Peperiksaan Anak-anak di SAPS

SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. 

SAPS ini juga dapat dicapai oleh para Ibu Bapa untuk melihat pencapain anak-anak dalam setiap peperiksaan di sekolah. Para Ibu Bapa boleh memuat turun dan mencetak terus slip keputusan peperiksaan Anak-anak setiap kali selepas peperiksaan. Hanya perlu memasukkan No KP / No Sijil Lahir dan Pilihan Sekolah bagi mendapatkan slip peperiksaan anak-anak. 

Beberapa Langkah mudah untuk Memuat Turun & Mencetak Slip Keputusan Peperiksaan 


Langkah 1 : 
- Selepas Laman Web SAPS terpapar, sila klik pada SEMAKAN IBUBAPA


Langkah 2 :
- Masukkan No. Kad Pengenalan @ Sijil Lahir anak tuan/puan
- Pilih SEKOLAH RENDAH @ SEKOLAH MENENGAH
- Pilih TAHUN
- Klik pada Butang "Semak Laporan"


Langkah 3 :
- Selepas Maklumat Anak di Paparkan, Anda perlu PILIH JENIS PEPERIKSAAN
- Klik pada Butang "Papar Slip Keputusan"

Selamat Mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...