JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1436H / 2015M BAGI SELURUH NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Zon 1 : Kota Setar, Kubang Pasu & Pokok Sena
Zon 2 : Pendang, Kuala Muda & Yan
Zon 3 : Padang Terap & Sik
Zon 4 : Baling
Zon 5 : Kulim & Bandar Bharu
Zon 6 : Langkawi
Zon 7 : Puncak Gunung Jerai
Dalam sejarah bola sepak moden, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi pemangkin kepada kejayaan program pembangunan bola sepak di sesebuah negara. Antaranya ialah persekitaran semula jadi sukan (natural sport surrounding) yang wujud dalam satu masyarakat yang kemudiannya dioptimumkan melalui program pembangunan bola sepak yang rapi. Ada juga negara yang telah berjaya mewujudkan satu ekosistem tersusun yang dilaksanakan dengan berkesan. Pokok pangkalnya, pendekatan yang diguna pakai oleh kuasakuasa besar bola sepak di dunia adalah pelan jangka panjang yang memakan masa agak lama untuk membuahkan hasil.
Menyedari hakikat itu, hasil inisiatif guru-guru yang sangat berminat dan berkemahiran dalam bidang bola sepak, berusaha membantu membentuk satu ekosistem pembangunan bola sepak akar umbi yang lebih sistematik dan menyeluruh. Maka cadangan mewujudkan sebuah Akademi Bola Sepak Bawah 12 Tahun Padang Terap telah dihasilkan pada November 2015.
Objektif utama Akademi Bola Sepak Bawah 12 Tahun ini adalah untuk melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi dalam membantu sukan bola sepak negara dalam melahirkan pemain bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Daerah Padang Terap sebuah daerah yang mempunyai bakat pemain bola sepak yang berkualiti.
SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN BOLA SEPAK
Pihak Akademi berharap program pembangunan yang telah dilaksanakan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dalm tempoh masa yang panjang. Pihak kami berharap semua pihak yang bermurah hati untuk memberi sumbangan dan sokongan dalam menjayakan program pembangunan ini,
Bagi NGO, syarikat-syarikat swasta serta individu yang bermurah hati ingin menyumbang sila hubungi pihak Akademi. Setiap sumbangan yang diberikan oleh semua pihak, kami akan senaraikan setiap nama penyumbang di Laman Web Akademi (www.akademib12pt.blogspot.my) & di Laman Facebook Akademi (www.facebook.com/bolasepaku12) sebagai tanda penghargaan dari pihak kami.
Kerjasama & Sokongan dari semua pihak amat di harapkan dalam membantu Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap, seterusnya dapat melahirkan bakat muda bawah 12 tahun yang berkualiti dan konsisten untuk diketengahkan diperingkat yang lebih tinggi dalam membantu sukan bola sepak negara dalam melahirkan pemain bertaraf dunia.
Sekiranya ada pihak yang bermurah hati ingin membantu Akademi Bola Sepak B12 Padang Terap, anda boleh hubungi 013-5336302.
Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi (6 Jun 2016)... InsyaAllah, semoga kita diberi kesempatan untuk menyambutnya lagi dan semoga dengan kehadiran bulan yang mulia pada tahun ini akan membukakan lautan rahmat dari Allah swt untuk kita semua... Amin
Bulan Mei 2016 (Rejab & Syaaban 1437H), terdapat cuti 3 cuti Umum:-
* Hari Pekerja - 1 Mei 2016
* Israk Mikraj - 5 Mei 2016 / 27 Rejab 1437H
* Hari Wesak - 21 Mei 2016
Bulan Mei 2016 terdapat beberapa sambutan untuk Hari Guru (16 Mei 2016), Hari Jururawat (12 mei 2016), Hari Ibu (8 Mei 2016).
Edisi ke-21 Le Tour de Langkawai (LTdL) tahun ini akan menyaksikan wakil setiap benua menyertai perlumbaan yang melalui beberapa kawasan menarik seperti Kedah, Pulau Pinang, Cameron Highlands, Kuala Lumpur dan berakhir di Melaka.
Malah perlumbaan dari 24 Februari hingga 2 Mac itu turut menarik minat pasukan World Tour termasuk penampilan semula skuad Astana, Tinkoff dan Dimension Data.
Peringkat pertama le tour de Langkawi 2016 ini melalui pekan Kuala Nerang pada 24 Februari 2016 (Rabu). Peringkat pertama ini sejauh 165.5 km bermula di Kangar dan berakhir di Baling.
Pekan Kuala Nerang antara lalun untuk peringkat pertama le tour de langkawi 2016. Bermula di Kangar - Jitra - Perik - Jalan Semeliang - Pekan Kuala Nerang - Bulatan Padang Kerasak - Pekan Naka - Nami - Gulau - Tasik Beris - Pekan Baling.
Dua blok bangunan asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) As-Siddiqiah, Padang Kerasah, dekat Naka, musnah dalam kebakaran pada 14 Februari 2016 (Ahad) sekitar jam 5 petang. Kebakaran tersebut dengan nilai kerugian dialami dianggar mencecah RM1 juta.
Selain memusnahkan blok asrama lelaki dan perempuan menyebabkan 170 pelajar tinggal sehelai sepinggang, kebakaran kira-kira jam 5 petang itu turut menyebabkan surau yang berada di bahagian atas satu blok dua tingkat itu hangus.
Berdasarkan maklumat, semua pelajar membabitkan 120 lelaki dan 50 perempuan berusia antara 13 tahun dan 17 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana berada di surau berikutan baru selesai menunaikan solat Asar.
Pihak MDPT telah menyediakan satu kawasan taman rekreasi dan berjogging untuk kemudahan rakyat di Padang Terap. Taman ini berkonsepkan taman rimba di mana ianya masih di peringkat permulaan. Buat masa sekarang satu laluan untuk berjogging di bawah rimbunan pokok-pokok sejauh 450 meter disediakan untuk kemudahan semua pihak.
Muat turun percuma Kalender Warna-warni Tahun 2016. Kalender 2016 ini bertemakan Negeri Kedah Darul Aman, di mana Tahun 2016 adalah tahun Melawat Kedah (Discover Kedah 2016 - Where It All Began). Kalender ini direka grafik oleh NBA Explorer Supplier dan boleh dimuat turun percuma. Bagi pihak yang ingin menggunakan Kalender 2016 untuk kepentingan tertentu serta bermurah hati untuk memberi kredit kepada syarikat NBA Explorer Supplier sila klik ke www.printing2u.blogspot.my
PAPAN IKLAN (Diharap para pengunjung dapat gunakan bahasa yang sopan pada ruangan ini.
Perniagaan Yang Masih dibuka Pada Waktu Malam
KEDAI RUNCIT -GSSN Trading (Sebaris Bank Rakyat Jln Semeliang) buka hingga 9.30 mlm -D'Purple (Arked MDPT 1 - Sebelah Pejabat Pos) buka hingga 12 mlm -FnZ Maju Taman Bersatu
FARMASI -Farmasi MEDICPlus (Sebelah KFC) buka hingga 9.30 mlm
PUSAT INTERNET -Smartgoal Enterprise Kompleks Pekan Selasa -Jingga Internet Cafe Pekan Baru K. Nerang
Keputusan Undian Piala Malaysia 2016
-
Keputusan Undian TM Piala Malaysia 2016 Kumpulan A 1- T-Team 2- Kedah 3-
Sarawak 4- JDT II Kumpulan B 1- Selangor 2- Kelantan 3- Pahang 4- K.Lumpur
Kumpula...
Undian TM Piala Malaysia 2015
-
Keputusan Undian TM Piala Malaysia 2015 Kumpulan A 1- Terengganu 2- Lions
XII 3- Kedah 4- JDT 2 Kumpulan B 1- JDT 2- Perak 3- Sarawak 4- ATM Kumpulan
C 1- ...
Kedah Juara Liga Perdana 2015
-
Kedah mengesahkan gelaran selaku juara Liga Perdana 2015 selepas melakar
kemenangan besar 5-1 ke atas DRB Hicom di Stadium Nasional, Bukit Jalil
semalam. P...
KEDAH KEMBALI BERNAFAS
-
Oleh Mohd. Shariza Abdullah
utusankedah@utusan.com.my
*Pemain Kedah, Vedran Gerc (kiri) mengasak pemain Terengganu, Erison Da
Silva dalam perlawanan di S...
JobMalaysia2u bertukar ke Job Malaysia Kita
-
Adalah dimaklumkan bahawa blog Jawatan Kosong JobMalaysia2u telah bertukar
dan berpindah kepada nama dan alamat yang baharu iaitu :
http://jobmalaysiakita....