TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Thursday, June 28, 2012

Cuti-cuti Malaysia : Teluk Batik, Lumut, Perak


Pantai yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat pelancongan menarik.
Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa sahaja yang memandang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak. Kawasan pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di bukit-bukit yang terdapat di sekelilingnya. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah lebih kurang 60 ekar persegi manakala panjang pantainya adalah 1 km.

Bagi keluarga yang memerlukan penginapan, terdapat juga hotel resort, chalet dan mini chalet untuk disewa dengan harga bersesuai. Antaranya Teluk Batik Resort, Virgo Batik Resort, Marina Cove Resort, Chalet Kanangan Pak Man dan sebagainya.  




Antara kemudahan yang terdapat di sekitar Teluk Batik & Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung :-
* Muzium Siput
* Tapak perkhemahan (Camping site)
* Taman permainan kanak-kanak (Children's playground)
* Chalet (Chalet)
* Kedai cenderamata (Souveniour shops)
* Kedai makan
* Wakaf Rehat
* Bangku & Kerusi rehat (Rest chairs)
* Tandas & Bilik persalinan (Changing rooms)

 
Muzium Siput yang sentiasa menanti kunjungan para pelancong.



1 comments:

Adam said...

Assalam,

Masa aku p baru2 ni pada percutian aku dan keluarga hujung tahun 2012. Keadaan di Teluk Batik nampak sangat menjijikkan.
Keadaan nampak macam baru lepas sesuatu karnival @ perasmian dimana sampah sarap dan kerusi meja serta khemah2 masih dalam keadaan seperti selepas perang.Sepatutnya ia dikemas dan dibersihkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Walaubagimanapun orang tetap ramai. Mungkin terpaksa sebab dah datang dari jauh, so terpaksalah berkelah dalam keadaan sebegitu. Tetapi aku dan keluarga mengambil keputusan untuk jalan2 sahaja dan tidak mandi manda. sekitar 20-30 minit berada di gerai2 jualan kami pon pulang ke hotel kediaman kami iaitu Best western Marina Resort. Hotel yang berkonsepkan appartment.. murah dan selesa. Kadar yang 300++ hanya dpt RM228 sahaja sesuai untuk diinap oleh 2-3 keluarga kecil..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...