TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Tuesday, February 23, 2016

le tour de langkawi 2016 - Peringkat Pertama (24 Feb 2016) melalui Pekan Kuala Nerang menuju ke Baling.


Edisi ke-21 Le Tour de Langkawai (LTdL) tahun ini akan menyaksikan wakil setiap benua menyertai perlumbaan yang melalui beberapa kawasan menarik seperti Kedah, Pulau Pinang, Cameron Highlands, Kuala Lumpur dan berakhir di Melaka.

Malah perlumbaan dari 24 Februari hingga 2 Mac itu turut menarik minat pasukan World Tour termasuk penampilan semula skuad Astana, Tinkoff dan Dimension Data.


Peringkat pertama le tour de Langkawi 2016 ini melalui pekan Kuala Nerang pada 24 Februari 2016 (Rabu). Peringkat pertama ini sejauh 165.5 km bermula di Kangar dan berakhir di Baling.


Pekan Kuala Nerang antara lalun untuk peringkat pertama le tour de langkawi 2016. Bermula di Kangar - Jitra - Perik - Jalan Semeliang - Pekan Kuala Nerang - Bulatan Padang Kerasak - Pekan Naka - Nami - Gulau - Tasik Beris - Pekan Baling.




Saturday, February 20, 2016

Tabung Bencana Kebakaran SMA As-Siddiqiah Al Islamiah


Dua blok bangunan asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) As-Siddiqiah, Padang Kerasah, dekat Naka, musnah dalam kebakaran pada 14 Februari 2016 (Ahad) sekitar jam 5 petang. Kebakaran tersebut dengan nilai kerugian dialami dianggar mencecah RM1 juta. 

Selain memusnahkan blok asrama lelaki dan perempuan menyebabkan 170 pelajar tinggal sehelai sepinggang, kebakaran kira-kira jam 5 petang itu turut menyebabkan surau yang berada di bahagian atas satu blok dua tingkat itu hangus. 

Berdasarkan maklumat, semua pelajar membabitkan 120 lelaki dan 50 perempuan berusia antara 13 tahun dan 17 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana berada di surau berikutan baru selesai menunaikan solat Asar.




PETA LOKASI SMA AS-SIDDIQIAH AL ISLAMIAH

Sunday, February 7, 2016

Laluan untuk jogging & rekreasi di Bukit Gedung

Pihak MDPT telah menyediakan satu kawasan taman rekreasi dan berjogging untuk kemudahan rakyat di Padang Terap. Taman ini berkonsepkan taman rimba di mana ianya masih di peringkat permulaan. Buat masa sekarang satu laluan untuk berjogging di bawah rimbunan pokok-pokok sejauh 450 meter disediakan untuk kemudahan semua pihak. 
Lokasi terletak di Bukit Gedong, berhadapan bangunan pejabat Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) & Pejabat Tanah & Daerah Padang Terap. Diharap semua pihak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan ini dengan sebaik mungkin.






Peta Lokasi 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...