TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Friday, July 26, 2013

Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya

Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha. 

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.


Ruang Waktu dan Waktu Afdal 

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Perlaksanaan


Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:


Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:


Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”


Nota
  
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.

Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.


Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 

Kredit : 

Saturday, July 20, 2013

Info IT : Cara nak pastikan Handphone Original @ Tidak

Pengenalan Handphone AP Set & Original

Tahukan anda, kebanyakan model handphone sekarang telah mengeluarkan AP set yang mirip dengan original. Diingatkan anda supaya berhati-hati terutama semasa hendak membeli handphone baru. Terdapat beberapa perbezaaan antara handphone original dengan handphone AP set. Mari kita kongsikan bersama maklumat mengenai handphone ini memandangkan masih ramai lagi belum mengetahui akan hal ini.

Produk AP Set (Authorized Product) mempunyai kualiti yang sama 100% seperti Original tetapi, anda perlu tahu bahawa dia bukanlah pengedar yang diiktiraf oleh pengeluar handphone tersebut. Misalnya Nokia, Asia Mobile, uTNT dan VSCOM merupakan di antara pengedar AP Set bagi Nokia tetapi mereka tidak diiktiraf. Untuk original pula, Zithron dan Avaxx adalah pengedar Nokia yang sah. Perbezaaan Handphone Original vs AP Set

Pertama, dari segi warranty. Handphone original akan mendapat warranty dari syarikat pengeluar utamanya sendiri contohnya seperti Samsung mendapat warranty daripada Samsung Malaysia Electronic (SME) dan iphone dan ipad mendapat warranty daripada Apple. Jangkamasa warranty bergantung kepada syarikat terbabit. Selalunya warranty bagi handphone original adalah 12 bulan atau 24 bulan. untuk handphone AP pula, warranty adakah daripada syarikat yang mengedarkan handphone terbabit. Jadi warranty tersebut tidak akan diterima oleh mana-mana syarikat pengeluar utama. Sebarang kerosakan handphone AP mestilah dirujuk kepada syarikat atau kedai yang mereka beli.

Kedua, perbezaannya adalah dari segi harga. Harga AP Set adalah jauh lebih murah berbanding original. Bukan sikit tau tapi beratus jugak perbezaan harga kedua handphone ni. Tapi AP Set selalunya tak dapat Free Gift seperti original dapat contohnya Galaxy Y AP Set takkan dapat 4 Free Back Cover.

Kalau anda tanya pendapat saya, saya akan beli handphone AP set. Mengapa? Kerana kualitinya adalah sama 100% dan cuma beza pada warranty sahaja. Saya nak tanya, adakah anda akan pergi ke Samsung SME contohnya jika anda pandai jaga handphone anda dengan baik? Sayang rasanya kita membazir, kalau kita pandai jaga nescaya handphone tu akan kekal lama dan takkan mudah rosak. Harga AP Set murah la, jadi dah ada penjimatan kat situ. Kalau AP Set murah RM200 daripada original? Teruja kan? RM200 tu boleh buat macam-macam la. Kalau nak makan pula, boleh kenyang lebih seminggu.

Cara Nak Kenal AP Set / Original / CLONE

1. Original warranty 1 tahun kebiasaannya bagi (Samsung,Nokia,Sony Ericsson, iPhone Etc) kecuali HTC dan Blackberry mempunyai 2 tahun warranty dari Brightstar / Brightpoint. Kadangkala warranty Samsung juga ada 2 tahun bagi model yang baru keluar tetapi hanya boleh didapati di Samsung sahaja.

2. Kalau clone, pastikan anda check internal memory. Kebiasaannya internal memory handphone Clone adalah 2GB - 4 GB sahaja. Jarang ada 8GB dan sangat jarang untuk menjumpai 16GB. Contohnya Original Samsung Galaxy S3 adalah 16GB manakala S3 Clone yang banyak dijual yang mempunyai rupa yang mirip dengan S3 Original adalah 4GB sahaja.

3. Pastikan ada sticker Original di belakang tempat letak battery. Kebiasannya akan terdapat 1 stocker berbentuk bulat. Contohnya Samsung = Sticker bulat ada logo samsung dan bersaiz kecil sahaja.

Cara nak pastikan Handphone Original @ Tidak

1. Dail *#06#
2. Lepas tu akan keluar nombor IMEI [International Mobile Equipment Identity]  handphone korang
  Contoh : 345671047335724
3. Semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
  Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 04
4. Semak no kat bawah ni:
  02 atau 20 dari China = Kualiti Rendah
  08 atau 80 dari Germany = Kualiti Sederhana
  01 atau 10 dari Finland = Terbaik
  00 atau 03 atau 04 dari kilang asal = Sangat Terbaik
  13 dari Azerbaijan = Sangat Kurang Kualiti dan Merbahaya!


Mengenalpasti Original dan AP Set

1. Keluarkan bateri handphone
2. Set Original mempunyai pelekat rasmi syarikat seperti Zitron, Avaxx, T-Choice, Midland dll
3. Set AP pula mempunyai pelekat syarikat seperti Final Choice, CSL dll
4. Tekan *#06# untuk memeriksa 15 digit nombor siri (IMEI)
5. Bandingkan dengan IMEI yang ada ditempat letak bateri dan juga pelekat di kotak telefon
6. Unuk Set Original, nombor siri adalah sama

List sticker Original mengikut model :
HTC - Sis Distribution
Motorola - Midlands / Thorus / Brightstar
Nokia - Zitron AvaXX / i Mobile
Blackberry - Isamart / Brightstar
LG - Thorus
Samsung - Samsung / FMG
Sony Erricson - Midlands / Grandtech / T Choice

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...