TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Sunday, December 27, 2015

Muat Turun Kalender Warna-warni Tahun 2016

Muat turun percuma Kalender Warna-warni Tahun 2016. Kalender 2016 ini bertemakan Negeri Kedah Darul Aman, di mana Tahun 2016 adalah tahun Melawat Kedah (Discover Kedah 2016 - Where It All Began). Kalender ini direka grafik oleh NBA Explorer Supplier dan boleh dimuat turun percuma. Bagi pihak yang ingin menggunakan Kalender 2016 untuk kepentingan tertentu serta bermurah hati untuk memberi kredit kepada syarikat NBA Explorer Supplier sila klik ke www.printing2u.blogspot.my
















Saturday, December 26, 2015

Discover Kedah 2016 - Where It All Began


Kedah Darul Aman (Abode of Peace) is one of the oldest civilizations in Southeast Asia. Centuries before Borobudur and Angkor Wat… and long before Malacca, Kedah’s Bujang Valley was a thriving trading capital in this part of the world. Before Malaysia became known as ‘Truly Asia’, Kedah was already a destination that was ‘Truly Asia’.

Blessed with unique natural beauty – from mountains, rivers, jungles, paddy fields to islands of ancient myths and legends – there’s so much waiting to be discovered. Aside from nature, Kedah is also home to talented and accomplished people who have contributed to Malaysia’s growth in the areas of arts, literature, music, religion, business, politics and more. Our first and fourth Prime Ministers are also from Kedah.

Fondly known as the “Rice Bowl of Malaysia”, Kedah’s rice plains produce more than half of Malaysia’s homegrown rice supply. It has also seen rapid growth in the high-technology industry to further support the economy of the state.

Rich in history, natural beauty and tradition, it’s time the world fell in love with Kedah – Where it All Began.





Sunday, December 20, 2015

Kedai Rakyat 1 Malaysia Kuala Nerang, Kedah


'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah.  Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak  diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat  berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.

Perbezaan Kedai Rakyat  1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti  beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”.  Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.

Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka.  Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.

Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran  Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah,  ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.

Lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia Kuala Nerang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT). Terletak di Simpang empat trafic light (Hadapan Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang). Kedai Rakyat 1 Malaysia Kuala Nerang ini mula dibuka pada hari Rabu 16 Disember 2015 yang lalu. 


KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA KUALA NERANG
Tingkat Bawah, Lot HS (D) PT 26,
Bangunan Majlis Daerah Padang Terap,
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman




Peta Lokasi Kedai Rakyat 1 Malaysia Kuala Nerang

Wednesday, December 9, 2015

Final TM Piala Malaysia 2015 : KEDAH vs SELANGOR


Sudah sekian lama para peminat Hijau Kuning dan seluruh Rakyat Kedah menanti Sang Helang Merah terbang tinggi...dan akhirnya Pasukan Kedah berjaya melayakkan diri ke Final TM Piala Malaysia 2015. Pada 12 Disember ini, bertempat di Stadium Shah Alam, Pasukan Kedah akan menentang pasukan Selangor bagi menentukan Juara TM Piala Malaysia 2015. 

Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada tahun ini adalah Perlawan Akhir Piala malaysia kali ke 11 bagi Pasukan Kedah. Ayuh kita memberi sepenuh sokongan kepada Pasukan Bola Sepak kita, agar berjaya merangkul Kejuaraan Piala Malaysia 2015 ini, seterusnya mengulangi kejayaan Gemilang 2007 & 2008 dan mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Negeri Kedah.


Pasukan Kedah telah berjaya melangkah keperlawanan akhir sebanyak 11 kali termasuk final tahun ini. Di mana Pasukan Kedah pernah bergelar Juara Piala Malaysia sebanyak 4 Kali dan 6 Kali bergelar Naib Juara. 


Saturday, October 31, 2015

Perkhidmatan Bas Ekspres - InterCity Coach


Kaunter Tiket InterCity
(BAKAWAN SDN. BHD. 388187-X)
Kompleks Stesen Bas
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 0111-2895575



Thursday, October 22, 2015

Pesta Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Peringkat Negeri Kedah 2015 (PSKPPK)


Pesta PSKPP Negeri Kedah Darul Aman adalah satu hari perhimpunan warga pendidikan seluruh Negeri Kedah yang melibatkan penyertaan seluruh warga pendidikan dari setiap daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Pesta tahunan ini memberi tumpuan kepada acara sukan dan kebudayaan bagi mencungkil calon-calon dari warga pendidikan yang berkebolehan dan berpotensi tinggi bagi mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan. Pesta ini juga diharap dapat memupuk rasa persaudaraan dan menanamkan semangat juang yang tinggi di kalangan warga pendidikan.


Pada tahun ini Daerah Padang Terap telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menjayakan Pesta Sukan dan Kebudayaan Peringkat Negeri Kedah (PSKPPK) 2015. Pesta sukan ini berlansung pada 22 hingga 24 Oktober 2015 di sekitar Daerah Padang Terap mengikut venue pertandingan acara masing-masing.

Bagi Pertandingan Bola Sepak (Veteran) Venue Pertandingan di SMK Pedu & SMK Padang Terap. Manaka bagi Pertadingan Bola Sepak (Senior) venue pertandingan di SMK Kuala Nerang & SMK Naka.




PSKPPK 2015 ini juga memberi sedikit ruang & peluang rezeki kepada para peniaga kedai makan, pengusaha Homestay dan sebagainya, sepanjang kejohanan tersebut.


Wednesday, October 7, 2015

Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi & 8 Makanan Yang Mampu Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.

Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.


Tekanan Darah (Hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut. Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.

2.Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

3.Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

4.Jangan merokok : Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

5.Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
- Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
-Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
- Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
- Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

7.Jangan leka : Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.


 8 Makanan Yang Mampu Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

1.   Susu Skim
–   Putih susu ibarat kalsium yang membentuk tulang, susu berskim sememangnya mengandungi gabungan kalsium dan vitamin D (juga terdapat dalam sinaran cahaya matahari di awal pagi) – dua nutrien penting yang bekerja erat membantu menurunkan tekanan darah sebanyak 3-10%! Tidak cukup dengan itu, ia juga merendahkan risiko penyakit jantung sebanyak 15%. Susu skim – bukan sekadar susu atau skim biasa!

2.   Bayam
–   Berdaun hijau menyerlah, bayam bukan sahaja mempunyai kandungan kalori yang rendah, malahan kaya dengan fiber dan nutrien-nutrien seperti potasium, magnesium dan folat – kunci untuk merendah dan menstabilkan tekanan darah. Cubalah untuk menambah bayam ke dalam salad atau sandwich dalam hari-hari anda! Pasti anda tidak akan mengalami kekecewaan!

3.   Kuaci
–   Kuaci ataupun biji bunga matahari selalunya dikunyah sebagai makanan ringan. Tapi tahukah anda? Kuaci adalah antara sumber magnesium yang utama. 1/4 cawan kuaci menjadikannya makanan ringan yang berkhasiat! Pastikan anda tidak membeli kuaci yang bergaram kerana garam mengandungi sodium yang tinggi, yang perlu dielakkan. Rajin-rajinkan diri mengunyah kuaci mulai sekarang!

4.   Kekacang
–   Penuh nutrisi dan versatil! Kekacang sama ada hitam, putih, merah atau hijau, masing-masing mengandungi fiber, magnesium dan potasium – bahan-bahan yang diperlukan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh! Tambahkan kekacang ke dalam salad atau sup anda. P/s: Ianya menjimatkan!

5.   Ubi Kentang
–   Ubi kentang juga kaya dengan magnesium dan potasium – nutrien vital untuk jantung. Jika badan kekurangan potasium, sodium yang tersimpan akan bertambah (terlalu banyak sodium akan menyebabkan meningkatnya tekanan darah). Sebaliknya, diet yang kaya dengan potasium akan membantu mengeluarkan sodium yang tidak diperlukan dari badan! Manakala bagi melancarkan aliran darah, rahsianya adalah dengan magnesium!

6.   Pisang
Ramai yang tidak tahu pisang sebenarnya mengandungi kandungan potasium yang hebat. Pilihan terbaik untuk sebagai pelengkap hidangan anda! Mulakan hari anda dengan gulungan pisang keju atau pisang salai di waktu minum petang, anda pasti kekal bertenaga. Pisang sejuk beku – Nyum!

7.   Kacang Soya
Satu lagi sumber potasium dan magnesium yang utama adalah kacang soya. Bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung, malahan juga untuk kulit yang kekal berseri! Amalkan pengambilan susu soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Kacang soya – hasil yang terbaik dari ladang!

8.   Coklat Gelap
–   Hooray untuk coklat gelap! Hanya 30 kalori sehari (satu petak kecil) selama 18 minggu mampu menghasilkan penurunan tekanan darah, menurut Journal of the American Medical Association (JAMA). Pilihlah coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% serbuk koko. Tapi awas, jangan berlebih-lebihan, kerana coklat juga tinggi kalorinya.


Sumber :www.kevinzahri.com
www.drhidayat.com

Monday, October 5, 2015

Senarai Pasar Malam Kawasan Padang Terap


Pasar malam adalah salah satu keistimewaan di Malaysia. Hampir di seluruh Malaysia terdapat pasar malam yang menawarkan pelbagai barangan seperti ikan, ayam, sayur, buah-buahan, makanan, pakaian, barangan keperluan harian dan sebagainya. Pasar malam juga adalah tempat paling mudah dan murah untuk rakyat Malaysia mendapatkan pelbagai keperluan harian terutamanya bagi mereka yang tiada masa untuk ke pasaraya ataupun mereka yang pulang lewat dari kerja. Keistimewaan serta kemeriahan pasar malam bukan sahaja menarik pelanggan tempatan untuk berbelanja malahan mendapat perhatian dari para pelancong bagi merasai keunikan pasar malam. Secara tidak langsung pasar malam menjadi salah satu produk pelancongan khususnya bagi Malaysia. Disekitar kawasan Padang Terap,Kedah boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat pasar malam. 


Jadual & Lokasi Pasar Malam di sekitar Kawasan Padang Terap & Pokok Sena (Jalan Langgar).
* Pasar Malam Kg. Belukar Luas - Jumaat
* Pasar Malam Kg Bukit Nyamuk - Sabtu
* Pasar Malam Kilang Gula - Isnin & Khamis
* Pasar Malam Naka - Rabu
* Pasar Malam Taman Akasia - Rabu
* Pasar Malam Pedu - Selasa
* Pasar Malam Felcra Tualak - Khamis
* Pasar Malam Felcra Bukit Tampoi - Rabu
* Pasar Malam Kg Perik - Isnin
* Pasar Malam Felda Lubuk Merbau - Salasa
* Pasar Malam KEDA Pokok Sena - Selasa
* Pasar Malam Kebun 500 - Jumaat

Thursday, October 1, 2015

Oktober 2015 : Awal Muharram 1437H

Oktober 2015 (Zulhijjah 1436H / Muharram 1437H)

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Wednesday, September 30, 2015

Pasar Malam Taman Akasia



Pasar malam Taman Akasia ini bakal dibuka mulai Rabu 30 september 2015. Pasar malam Akasia ini adalah antara pasar malam yang paling dekat dengan kawasan Pekan Kuala Nerang. Terletak di kawasan Taman Akasia, Kuala Nerang.


Tuesday, September 29, 2015

Aman Central

Aman Central akan menjadi pusat membeli-belah terbesar di Alor Setar, Kedah. Terletak d tengah-tengah bandar, Aman Central terletak berhadapan Menara Alor Setar dan di sepanjang Lebuhraya Darul Aman yang sibuk. Sebuah syurga membeli-belah dengan 6 tingkat terapi runcit yang terdiri daripada persembahan terbaru dalam fesyen, kecantikan, hiburan, makanan & minuman, pawagam, bowling dan gimnasium yang semuanya terletak di satu tempat. Aman Central bersedia untuk menjadi hab gaya hidup baru di Alor Setar.



Terletak pada 7.03 ekar hartanah utama di Alor Setar, Kedah; Aman Central akan menjadi destinasi gaya hidup terbesar dan paling hangat di rantau ini terutama di utara Semenanjung Malaysia. Ia mempunyai kawasan binaan sebanyak 2 juta kaki persegi dan kawasan sewaan bersih sebanyak 800,000 kaki persegi tersebar di 6 tingkat dan kira-kira 330 lot runcit serta lebih daripada 1,700 tempat letak kereta.

Perayaan dan keseronokan akan menanti kerana Aman Central memperkenalkan dirinya dengan gabungan menarik kedai-kedai, 10 skrin pawagam, 30 lorong bowling, kedai-kedai makan dan perkhidmatan yang akan meningkatkan aktiviti membeli-belah di Aman Central.

Satu struktur pemilikan entiti Aman Central dan pengurusan profesional dengan pengalaman dalam menjalankan pusat membeli-belah lain yang berkembang maju di rantau ini menawarkan persekitaran runcit yang lebih menarik bagi pembeli dan peruncit tidak pernah dijumpai di mana-mana di persekitaran Alor Setar. Apa yang dinanti-nantikan Aman Central pasti akan membantu meningkatkan dan mengukuhkan status Alor Setar sebagai sebuah bandar yang santai dan keseronokan.

Tuesday, September 1, 2015

September 2015 - Hari Raya Haji


Bulan September 2015 (Zulkaedah & Zulhijjah 1436H). Antara tarikh & peristiwa penting sepanjang bulan september ini ialah :-

1. Hari Malaysia 2015 - 16 September 2015

2. Peperiksaan UPSR 2015 bagi murid tahun 6 sekolah rendah - 8, 9 & 10 September 2015

3. Cuti Sekolah (Cuti Pertengahan Penggal 2) - 18 Sept 2015 hingga 26 Sept 2015

4. Hari Raya Haji - 23 & 24 September 2015.
Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Sambutan Hari Kebangsaan 2015.... #SehatiSejiwa



#sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun 2015 ini. Tema #sehatisejiwa dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.

Mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. "Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja,


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2015

Saturday, August 22, 2015

Kedah Juara Liga Premier 2015


Sudah sekian lama para peminat Hijau Kuning dan seluruh Rakyat Kedah menanti Sang Helang Merah terbang tinggi ................

Dengan berakhirnya penantian tiga tahun di Liga Premier, maka perlawanan terakhir malam tadi menjadi malam bersejarah di mana pasukan Kedah akan kembali ke saingan liga elit Malaysia pada tahun depan.

Pasukan Kedah mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim 2015 apabila menewaskan DRB-Hicom FC 5-1 pada perlawanan akhir saingan Liga yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil

Kemenangan tiga mata berharga itu membolehkan Kedah kekal selaku pendahulu liga dengan 48 mata sekali gus layak beraksi dalam saingan Liga Super musim 2016 dan menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana 2015

Tahniah buat Pasukan Bola Sepak Kedah kerana telah menjuarai Liga Premeir 2015, dengan mengumpul 48 mata hasil dari 14 kemenangan, seri 6 kali dan kalah 2 kali sepanjang kempen Liga perdana 2015.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjulang trofi Liga Perdana bersama pemain Kedah, Sandro Da Silva selepas tamat perlawanan terakhir dengan DRB-Hicom di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


 Tahniah jua buat seluruh peminat setia Hijau Kuning yang sentiasa memberi sokongan terhadap Pasukan Bola Sepak Kedah.

Tahniah buat Pasukan Hijau Kuning atas Kejuaraan Liga Perdana 2015
Ikhlas Daripada : Blog Komuniti Cyber Kuala Nerang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...