TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Saturday, March 26, 2011

Pondok Pak Teh Mat

Sejarah
Pondok Pak Teh telah diwujudkan sejak tahun 1968. Pengasas dan pemilik pondok ialah seorang guru yang dikenali dengan nama Pakteh Mat atau nama sebenar Haji Ahmad bin Haji Md Nor. Beliau adalah seorang Tokoh Hijrah. Pondok tersebut merupakan sebuah pondok untuk pengajian yang paling lama dan sistem pembelajarannya secara tradisional. Golongan pelajar terdiri daripada golongan muda dan golongan tua.

Lokasi
Terletak di Jalan Padang Sanai, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.



Sumber : mdpt.gov.my

Wednesday, March 23, 2011

Info Sihat : Deman Chikungunya

Pengenalan
Deman Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti.

Tanda dan Gejala
Masa inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya adalah amat serupa dengan demam denggi, tetapi demam chikungunya jarang diikuti oleh pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome).

Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:
    * Demam
    * Kesejukan
    * Sakit kepala
    * Letih
    * Loya
    * Muntah
    * Sakit otot
    * Ruam
    * Sakit sendi.
   
Rawatan
Masa kini tiada ubat atau vaksin untuk rawatan demam chikungunya. Walau bagaimanapun dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak minum air dan mengambil ubat penahan sakit, boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan. Jika anda mempunyai gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.

Pencegahan
Tip-tip semasa mengembara/bersiar :-
* Guna sapuan pencegah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari.
* Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar.
* Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk



Walau bagaimanapun jika anda masih mengalami demam, berjumpalah doktor segera dan lakukan ujian darah. Jika ujian darah anda didapati positif dengan virus ini, tinggal di dalam rumah untuk mengurangkan gigitan nyamuk dan ini dapat mengelak bertambahnya rebakan jangkitan. Di rumah cara pencegahan demam chikungunya ini adalah sama dengan demam denggi. Pembersihan air takungan dalam pasu bunga, bekas bunga, saluran bumbung dan tin minuman dapat mengelak pembiakkan pembawa nyamuk Aedes.
http://www.infosihat.gov.my

Friday, March 18, 2011

Sistem e-Penyata Gaji Kakitangan Awam (Print Slip Gaji)

(Cara Nak Print Penyata Gaji Kakitangan Kerajaan)

Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010. Perisian yang diperlukan adalah Web browser seperti Internet Explorer (IE) atau FireFox adalah digunakan untuk akses Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan. Untuk memaparkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata gaji tahunan, perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah digunakan.
Capaian masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan adalah melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk mengakses, klik laman web Jabatan Akauntan Negara.


Bagi pengguna kali pertama sila klik pada "Pertama Kali Mendaftar" untuk mendaftarkan diri anda terlebih dahulu. Pastikan password anda dingati bagi digunakan pada masa akan datang.


Peta Ke Kuala Nerang

* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz

Thursday, March 17, 2011

Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Pejabat MARA Daerah Padang Terap


Pejabat MARA Daerah Padang Terap   
Tingkat 2, Bangunan Arked MARA Kuala Nerang   
06300 Kuala Nerang, Jalan Pegawai,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-7869208 Faks: 04-7865560



PENGENALAN DAN SEJARAH
Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.
Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

ORGANISASI
MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.
Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,  dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C., Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South Wales.

OPERASI PENGURUSAN
Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara.  Pusat-pusat operasi ini merangkumi:
•    Ibu Pejabat
•    Pejabat MARA Negeri
•    Pejabat MARA Daerah
•    MRSM
•    Kolej MARA
•    GIATMARA
•    IKM
•    Institut Kemahiran Tertinggi MARA
•    Kolej Poly-Tech MARA
•    Kenderaan Bas MARA
•    Pejabat MARA Luar Negara
•    Kolej Profesional MARA

 

Wednesday, March 16, 2011

TEKUN Nasional Kawasan Parlimen Padang Terap


TEKUN Nasional
Kawasan Parlimen Padang Terap
No. 1, Gerai Mara Sebelah Sungai Jln Tengku Bendahara 
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Tel / Fax : 04-7865621
www.tekun.gov.my

TEKUN Nasional telah diwujudkan hasil daripada resolusi Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada tahun 1994 yang mencadangkan agar satu sistem penyaluran modal tambahan dengan mudah, cepat dan tidak membebankan dilaksanakan bagi mengatasi masalah akses usahawan kecil Bumiputera kepada pembiayaan perniagaan. Dalam tahun 1995, Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan projek perintis Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Pulau Pinang. Seterusnya projek perintis ini dikembangkan ke Jeli, Kelantan pada tahun 1996 dan ke Besut, Terengganu pada tahun 1997.

Berikutan kejayaan projek perintis ini, Kerajaan memutuskan projek TEKUN diperluaskan ke seluruh negara untuk manfaat usahawan kecil Bumiputera.  Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD ) pada 9 November 1998 dan mula beroperasi pada 1 Februari 1999.

Selaras dengan kemajuan dan arus pemodenan, penjenamaan semula dan hala tuju baru Yayasan TEKUN Nasional pada 12 Februari 2008 telah memperlihatkan Yayasan TEKUN Nasional telah diberi nama baru iaitu TEKUN Nasional yang berperanan bukan hanya sekadar sebagai agensi memberi pembiayaan bahkan turut memainkan peranan dalam pembangunan keusahawanan dan memberikan perkhidmatan sokongan.

Berikutan penyusunan semula pentadbiran Kerajaan pada 1 April 2009, TEKUN Nasional telah diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Padang Terap


Amanah Ikhtiar Malaysia 
Cawangan Padang Terap
No. 5, Tingkat 2, Kompleks Pekan Selasa
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 04 790 1100 / 01   Faks : 04 790 1101
Web : http://www.aim.gov.my

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah ditubuhkan pada 17 September 1987 sebagai Badan Amanah Persendirian Berdaftar. Penubuhan AIM adalah rentetan daripada kejayaan Projek Ikhtiar yang merupakan satu projek penyelidikan bertindak dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia dari tahun 1986 hingga 1987 di Barat Laut Selangor. Penyelidikan bertindak ini yang diketuai oleh Profesor David S. Gibbons dan Profesor Sukor Kasim adalah untuk menguji Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.

Sehingga kini, dapat dilihat bahawa projek AIM dalam membantu golongan miskin untuk meningkatkan taraf hidup mereka adalah sangat berjaya dan sungguh memberangsangkan. Bagi melihat punca kejayaan ini kita haruslah meneliti pendekatan yang digunakan oleh AIM dan juga kelebihan-kelebihan lain yang dimiliki oleh AIM.

Kejayaan AIM adalah kerana konsep yang diamalkan oleh AIM sendiri iaitu memberikan pinjaman tanpa cagaran, tanpa penjamin mahupun tindakan undang-undang dalam mendapatkan semula wang pinjaman.

Sikap keterbukaan AIM dalam memberikan pinjaman ini menyebabkan AIM mudah menjangkau dan mendapatkan sahabat dalam menyertai AIM dan ini terbukti apabila sehingga pertengahan 2004, seramai 94000 telah menyertai AIM.

Sebagai Badan Amanah Persendirian yang berdaftar, AIM ditadbirurus oleh Lembaga Pemegang Amanah yang mana keahliannya terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, wakil dari Kerajaan Negeri Selangor dan juga mereka yang dilantik dalam kapasiti peribadi.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada pelbagai pihak ini memberikan jaminan yang segala urusan AIM adalah adil dan tiada penyelewengan memandangkan segala projek AIM diawasi oleh pelbagai pihak dan dengan ini memberikan keyakinan kepada orang ramai dalam menyertai AIM.

Dalam menjalankan projeknya, AIM menempatkan antara tujuh hingga sembilan Pembantu Amanah di setiap cawangan dengan bidang tugas mereka mengesan dan mencari isirumah miskin. Mereka melakukan tugas ini dengan mengendalikan ujian kelayakan, menyediakan pelan peningkatan kesejahteraan hidup isirumah dan akhirnya memperkukuhkan ekonomi golongan miskin ini dengan modal Ikhtiar yang diberikan serta pengurusan bersama yang dijalankan.

Mesyuarat Pusat yang diwajibkan kepada para Sahabat juga menjadi asas kepada kejayaan AIM, ini adalah kerana dengan mesyuarat mingguan ini AIM dapat menilai, memantau dan membimbing para Sahabat yang akhirnya menjamin kejayaan kepada semua sahabat.

Kejayaan AIM dalam menyalurkan modal kepada golongan miskin juga adalah kerana sumbangan yang banyak yang diterima oleh AIM dan ini mengelakkan AIM dari dibelenggu masalah untuk mendapatkan dana modal pusingan. Sokongan Kerajaan Malaysia menyalurkan dana sebagai modal pembiayaan untuk dana AIM.

Selain itu, kejayaan AIM juga adalah disebabkan para sahabat sendiri, terutamanya kaum wanita. Ini kerana daripada kajian yang dijalankan didapati golongan wanita miskin ini adalah lebih bertanggungjawab, meningkatkan kesejahteraan keluarga terutamanya terhadap anak-anak mereka dan pandai mengambil peluang yang ada bagi memperbaiki taraf hidup diri sendiri dan keluarga. Golongan wanita miskin ini juga didapati sanggup berkorban untuk masa depan keluarga yang lebih cerah. Dengan motivasi yang tinggi inilah telah mendorong para sahabat ini untuk berusaha dengan gigih di samping mendapat bimbingan daripada AIM dan akhirnya menjamin kejayaan AIM.

Oleh itu secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa kejayaan AIM dan berkembangnya projek AIM adalah kerana objektif AIM itu sendiri dan hal ini dibantu pula dengan sikap keterbukaan AIM kepada para Sahabat dalam melaksanakan programnya. Jumlah jangkauan yang luas serta sikap para sahabat yang bermotivasi untuk mengubah cara hidup mereka juga antara penyumbang kepada perkembangan AIM.

Friday, March 11, 2011

Tempahan Kad Undangan Majlis Perkahwinan

Kami Menerima Tempahan
Kad Undangan Majlis Perkahwinan


FBA Explorer Enterprise (AS0311933-A)
No 1-8 (Tingkat 1), Kompleks Pekan Selasa,
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7864340  Fax : 04-7864341
http://fbaexplorer.blogspot.com

Kami juga menerima Tempahan Kad Secara Online
http://kadkenduri.blogspot.com

Hubungi :
013-5336302 (Faisal)
019-5908565 (Norazreen)

SAMPEL KAD

KAD TEBAL 







 


KAD BIASA (PELBAGAI WARNA)
 

Untuk maklumat lanjut sila layari
http://kadkenduri.blogspot.com

Thursday, March 3, 2011

Flood in Kota Setar (Nov 2010)

Lirik Lagu Hijau Kuning "Biar Jasa Jadi Kenangan"

 
Biar Jasa Jadi Kenangan

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

Untuk memuat turun lagu Hijau Kuning ini sila klik 

Pasukan Bola Sepak Kedah Darul Aman

Kedah Era Awal 1990an vs Kedah Era 2007/2008


Pasukan Kedah Era awal 90an (1992-1994) ini merupakan pasukan yang berjaya menjuarai Piala Malaysia buat kali ke 2 pada tahun 1993 dan menjadi Naib Juara Piala Malaysia pada tahun 1992. Pasukan kedah pada waktu itu juga berjaya merangkaul kejuaraan Liga Division 2 tahun 1992 & menjuarai Liga Division 1 tahun 1993. Pasukan Kedah pada masa ini dibarisi oleh Azmi Mahmud, Radhi Mat Din, Norazam Ishak, Mohd Ramli, K.Ravichandran dan lain-lain serta diperkuatkan lagi oleh 3 orang pemain import yang cukup hebat iaitu Olubunmi Adigun (Nigeria), Peter Nieketien (Nigeria) & Tibor Szaban (Slovakia).
Pasukan Kedah mencipta sejarah menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1990 setelah berjaya menewaskan pasukan Singapura (3-1) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.


Pasukan Bola Sepak Kedah Era 2007/2008 terus melakar sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan di mana berjaya mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu Juara liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut. Pasukan Kedah pada waktu ini dibarisi oleh ramai pemain muda yang memiliki semangat juang yang tinggi. Antaranya ialah Badrol Bahtiar, Khyril Muhymeen, Thiru, Fauzi (Pak Long), Shafizan, Victor, Sabree Abu dan lain-lain.
Pasukan Kedah juga diperkuatkan oleh gandingan mantap 3 orang pemain import yang cukup berpengalaman. Dua permata hitam dari Saint Vincent and the Grenadines iaitu Marlon Alex James & Cornelius Bernard Huggins serta pemain tengah yang licik Nelson San Martin dari Chile.

Kejayaan seperti ini amat ditagih oleh peminat Bola Sepak Kedah pada masa ini. Para peminat amat mengharapkan Pasukan Bola Sepak Kedah dapat menjelma semula Zaman Kegemilangan Bola Sepak Kedah.

"Pulun Kedah Pulun"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...