TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Wednesday, May 22, 2013

Fix Error Enterprise



FIX  ERROR ENTERPRISE
No 25, Taman Sri Kenangan, Kuala Nerang, Kedah
Contact: 016-4608830  (Asraf Azami)

Kami Menyediakan Perkhidmatan Servis, Format, Upah Taip 
Dan Juga Membekal Aksesori Laptop, PC, Printer dan Telefon....

Friday, May 10, 2013

Datuk Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah ke-10


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Istana Anak Bukit pada 6 Mei 2013 lalu. Mukhriz, 49, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 itu dibuat selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad. BN menang dengan majoriti mudah selepas memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu PAS yang sebelum ini mentadbir kerajaan negeri selepas PRU 2008 hanya berjaya memenangi sembilan kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing memperoleh empat dan dua kerusi. Bagi kerusi Parlimen, BN menang di 10 daripada 15 kerusi sementara PAS mendapat satu kerusi dan PKR mendapat empat kerusi. Pada PRU 2008, Mukhriz menang buat kali pertama di kerusi Parlimen Jerlun dan diangkat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009.
Pada PRU13, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz  Mahathir (BN) meraih 13,165 undi menewaskan Abdul Ghani Ahmad (PAS) 11,024 dengan majoriti 2,141 undi.


"Alhamdulillah majlis pelantikan Menteri Besar Kedah berjalan lancar. Watikah pelantikan telah diserahkan kepada Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan mendapat perkenan Tunku Bendahara (Tunku Annuar). "Saya bersedia untuk menggalas cabaran sebaik mungkin," katanya

Pihak Komuniti Cyber Kuala Nerang mengucapkan tahniah buat Datuk Mukriz Mahathir di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah . Harapan kami rakyat Padang Terap/Kuala Nerang semoga Datuk Mukriz dapat menunaikan tanggungjawab dan Amanah Rakyat sebaik mungkin seterusnya bagi menggalas harapan dan cabaran mendatang.


Monday, May 6, 2013

Keputusan PRU 13 Padang Terap

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 Daerah Padang Terap

P007 PARLIMEN PADANG TERAP
Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid (BN) - 20 654 undi
Mohd Nasir Bin Zakaria (PAS) - 16, 212 undi
Muhamad Bazli Abdullah (BEBAS) - 243 undi
Majoriti : 4,442 undi

Jumlah  pengundi : 41 960
Peratusan kaum : 
Melayu : 92.28%, Cina : 1.33%, India  : 0.10%, Lain-Lain : 6.29%
Penyandang 2008 : MOHD. NASIR BIN ZAKARIA (PAS) – Majoriti : 369 Undi

DUN KUALA NERANG 
Badrol Hisham bin Hashim (BN) - 10,363 undi
Syed Ibrahim Syed Ibrahim (PAS) - 8366 undi
Ahmad bin Mad Daud (BEBAS) - 235 undi
Majoriti : 1,997 undi

Jumlah  pengundi : 21, 651
Peratusan kaum :
Melayu : 96.99%, Cina : 1.82%, India  : 0.14%, Lain-Lain : 1.06%
Penyandang 2008 : SYED SOBRI BIN SYED HASHIM (BN) – Majoriti : 805 Undi

DUN PEDU
Kama Noriah binti Ibrahim (BN) - 10,522 undi
Zamri bin Yusuf (PKR) - 7,562 undi
Majoriti : 2,960 undi

Jumlah  pengundi : 20, 309
Peratusan kaum :
Melayu : 87.27%, Cina : 0.82%, India  : 0.05%, Lain-Lain : 11.86%
Penyandang 2008 : MAHDZIR BINKHALID (BN) – Majoriti : 2733 Undi

Thursday, May 2, 2013

Tunaikan Tanggungjawab Sebagai Pengundi pada PRU13 nanti


Tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi besar maknanya di sebalik perkataan tunai tanggungjawab ini. Banyak perkara boleh dikaitkan dengan perkataan ini. Namun di sini saya ingin melemparkan sedikit pandangan mengenai tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat.


5 Mei 2013 adalah tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 di mana rakyat perlu mengundi dalam menentukan barisan kerajaan yang akan mewakili rakyat dan seterusnya memegang mandat dalam pentadbiran negara. Walaupun 1 undi dari setiap individu, undi kita tetap bermakna kerana undi kita boleh menentukan kemenangan& kekalahan seseorang calon seterusnya menentukan Parti yang bakal mentadbir Negara Malaysia yang kita cintai ini. Memandangkan undi dari setiap rakyat amat penting kerana undi itu menentukan barisan mana pilihan rakyat untuk mentadbir negara Malaysia, maka pemilihan wakil rakyat amat penting. Sekali tersilap merana selama 4-5 tahun untuk menunggu pilihanraya akan datang. Oleh itu sebagai rakyat, kita perlu bijak mentafsir semua manifesto dan janji-janji calon/parti pilihanraya agar memilih calon/parti yang benar-benar menunaikan janji kepada pengundinya dan bukan hanya janji-janji kosong sahaja.  Calon yang bakal kita pilih juga haruslah seorang yang mampu membawa satu perubahan dan kemajuan untuk kawasan kita supaya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat khususnya di kawasan Padang Terap.

Adalah amat penting sebagai rakyat untuk memberikan sokongan kepada mana-mana pilihan parti yang menjadi undi di dalam pilihanraya. Namun masih ada segelintir rakyat bersikap acuh tidak acuh dengan pilihanraya dan ada juga yang berpendapat yang buat apa nak kisahkan dengan pilihanraya kerana bukan untungkan diri mereka tetapi hanya menguntungkan wakil rakyat itu. Ada juga berpendapat kalau tidak pergi mengundi hanya 1 undi sahaja yang kurang. Dan ada juga yang malas dan tidak kisah mengenai pilihanraya sehingga tidak turun mengundi serta masih ada yang layak mengundi tidak mendaftarkan diri di SPR.

Bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Padang Terap, sedarlah kerana ini tanggungjawab anda dalam menentukan pemimpin kita di Malaysia. Tindakan anda hanya mementingkan diri sendiri akan memberikan impak kepada keputusan pilhanraya. INGAT.. tanggungjawab sebagai rakyat yang menentukan proses pemilihan kerajaan di sesebuah negara demokrasi. Tanpa sokongan rakyat, tiada parti ataupun mana-mana individu akan dapat mandat sebagai kerajaan dan juga wakil rakyat.
Semoga pilihanraya Umum pada 5 Mei 2013 ini berjalan dengan lancar, aman dan makmur.
UNDI ADALAH RAHSIA... JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PENGUNDI..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...