TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Saturday, March 21, 2015

Kesakitan "Adhesion Colic"

Orang yang mengalami adhesion colic ni akan rasa sakit perut (cramp-like pain) disebabkan kelekatan yang berlaku melibatkan saraf. Simptomnya, perut akan rasa kembung disebabkan oleh small bowel obstruction, rasa loya atau muntah, tidak boleh buang air besar akibat usus tersumbat (intestinal obstruction), jika lebih kritikal najis akan terkeluar dari mulut. Dan yang paling serius jika usus pecah (perforation). Ada juga pesakit yang mengalami semua symptom tersebut diatas secara serentak iaitu muntah, kesakitan dan abdomen menjadi kembung berterusan melebihi 12 jam, maka seharusnya membuat pemeriksaan doktor kerana dikhuatiri mengalami usus tersumbat tanpa disedari. Dalam kes ini usus bukan lagi menyempit tetapi tersumbat sepenuhnya, sehinggakan gas dan makanan tidak boleh bergerak langsung. Ini sudah dikira sebagai musibah kecemasan yang perlu dibawa ke hospital segera dan kemungkinan memerlukan pembedahan segera. Jika tidak, usus boleh pecah atau necrosis dan membusuk di dalam abdomen. Ramai yang terpaksa dihantar ke Jabatan Kecemasan kerana kesakitan yang tidak tertanggung. Setelah didiagnosakan sebagai adhesion colic, doktor akan memberikan suntikan penahan sakit yang agak kuat kesannya spt tramadol, morphine atau pethedine.  Untuk mereka yang masih tidak pasti atau masih disyaki sebagai Adhesion Colic , adalah lebih baik untuk melakukan pemeriksaan sehingga kombinasi lengkap ultrasound , ct scan dan juga abdominoscopy ( scop ) untuk membantu mendiagnosis masalah dengan lebih cepat.
Walaubagaimanapun, punca terjadinya adhesion colic adalah disebabkan oleh faktor kesan / komplikasi akibat pembedahan organ dalaman terdahulu. Semakin banyak pembedahan terdahulu di bahagian Abdomen semakin mudah untuk terjadinya kesakitan Adhesion Colic. Contohnya pembedahan di bahagian Abdomen adalah appendicectomy (buang appendix) ataupun Appendicectomy – Peritonitis (Appendix Pecah), Caesarean (Pembedahan Bersalin)  dan sebagainya.  Masalah yang timbul berlaku apabila tubuh kita memberikan respon yang berlebihan kepada tisu yang luka. Ia adalah proses di luar kawalan. Tiada siapa yang dapat mengawal dan menghalangnya. Sama ada pesakit atau doktor, sama-sama mengharapkan penyembuhan luka berlaku secara natural dan sederhana. Dalam proses penyembuhan (healing proses) yang normal, parut (scar) terbentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut ini dibentuk dari tisu fibrous. Ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tak langsung ia akan mengganggu fungsi usus itu sendiri. Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ini akan menyebabkan usus itu mengecil atau ‘mencekik’. Ini mengakibatkan makanan dan gas tidak dapat bergerak melalui usus itu. Makanan dan gas yang tidak bergerak akan mengembang dan menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung dan menyebabkan muntah dan pesakit tidak boleh kentut lalu menyebabkan usus tersumbat. Pembentukan parut ini juga akan menyebabkan usus akan melekat sesama sendiri. Kedua-dua keadaan ini juga menyebabkan kesakitan melampau yang turut dinamakan sebagai Adhesion Colic. 

Selain itu punca terjadinya Adhesion Colic ini juga disebabkan oleh amalan minum pati haruan / gamat. Statistik hasil kajian perubatan ada membuktikan bahawa wanita yang bersalin secara caesarean ni paling berisiko tinggi untuk dapat 'adhesion colic' jika mengamalkan pati haruan atau gamat. 'Adhesion colic' ialah keadaan dimana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman. Rahim (uterus) wanita yang mengandung, lalu bersalin (caesarean) lazimnya mengembang membawa kandungan bayi. Selepas bersalin, pastinya rahim itu akan melalui proses penguncupan ke saiz asal dalam tempoh masa semulajadinya sendiri. Dalam proses penguncupan itulah, ramai wanita mengambil pati haruan/gamat di mana yang terlalu awal melangkaui healing proess pada luka akibat dibedah kerana ingin sembuh dalam masa singkat. Banyak terjadi kes-kes admitted ward adalah di kalangan mereka yang asalnya dulu pernah czer tapi ada masalah lain pula untuk di bedah semula seperti dinding rahim dan isi perut melekat antara satu sama lain. Yang paling sedih bila rahim terpaksa dibuang pada usia yang baru 30 tahun sebab rahim rosak teruk. Rosak teruk tu bermaksud organ dalam badan melekat-lekat antara isi dan dinding sampai bersilang-silang. Ada juga yang masih boleh mengandung walaupun dalam keadaan rahim melekat-lekat, tetapi menghadapi komplikasi lain apabila kandungan makin membesar kerana rahim telah hilang sifat elastiknya. Setelah disoal rata-rata mereka mengamalkan minum pati haruan/gamat

Pengalaman Kisah "Adhesion Colic".
Ini adalah pengalaman pembedahan terdahulu seorang wanita yang tabah, yang telah melalui pembedahan lebih dari 5 kali pembedahan di bahagian Abdomen. Antara pembedahan tersebut adalah :
1. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 27 Disember 2007
2. Pembedahan Batu Hempedu (Open Cholecystectomy + on table cholangiogram + choledocoscope) pada 23 Disember 2009
3. Pembedahan Appendic Pecah (Appendicectomy - peritonitis) pada 31 Disember 2009.
4. Pembedahan Adhesion Colic (Laparotomy and adhesion for adhesion colic secondry to multiple surgery) - ketika mengandung 31 minggu pada - Januari 2013
5. Pembedahan Bersalin (Caesarean) 10 Mac 2013

Disebabkan kesan pembedahan terdahulu ini, Wanita ini sering kali terpaksa menanggung kesakitan disebabkan Adhesion Colic. Wad Kecemasan adalah tempat terpaksa dicari tatkala mengalami kesakitan. Kadang kala terlintas perasaan malu di hati terhadap kakitangan hospital kerana terlalu kerap mengunjungi Wad Kecemasan. Tatkala berada di hospital amat mengharap Doktor, Pembantu Perubatan, Jururawat memahami & mengetahui masalah pesakit secara lebih terperinci. Sehingga kini Pihak Hospital Pakar masih belum memberi keputusan untuk penyelesaian masalah Adhesion Colic. 

Amat sedih sekali apabila Doktor Pakar sendiri memberitahu kepada pesakit "Noting much we can do to help you". Pihak Hospital Pakar hanya mencadangkan untuk menguruskan kesakitan  (Pain Managment) Adhesion Colic dengan memberi ubat penahan sakit. Hanya kesabaran, kekuatan dan ketabahan yang diperlukan untuk menanggung kesakitan ini. Mungkin wanita ini adalah antara insan terpilih untuk oleh Allah swt untuk menerima ujian Allah terhadap hambanya.

Sumber : 
* http://www.sumarz.com/
* Pengalaman Hidup

19 comments:

Unknown said...

Hi sis sya nk tnya . Time sis skit prut adhesion colic . Sis ada cirit x ?

KOMUNITI CYBER KUALA NERANG said...

Sharifah Syazanas>
Saya tak cirit tapi lebih kepada mengalami masalah chronic untuk buang air besar dan muntah disebabkan usus yg hampir tersumbat disebabkan parut yg tumbuh..

Unknown said...

Salam, sy nak tanya sekarang dah sembuh ke dari adhesion colic tu? Normal ke bila ada adhesion colic makanan lambat dihadam dan mudah mengalami asid reflux? Sy mengalaminya sekarang.

NOVEMBER INDIA said...

Sis, sy penderita adhesion colic after laporatomy 2010 & 2015...now 2019 sekali lg sy warded sbb sakit adhesion colic...dokter beritahu yg sma...x ada cara hnye bgntung pain killer...��

Unknown said...

Sy jg penderita adhesion colic..tiap tahun warded..doc pakar kata xbole bt operation lg..hanya boleh bergantung kpd pain killer.sy ambil special pain killer di pain clinic GH

Unknown said...

Doc kata cara merawat adhesion colic adalah dgn operation..tapi sekiranya kita x operate dan bergantung pada pain killer tak apa ke? Kalau ikut pembacaan, usus boleh tersumbat dan pecah..

NOVEMBER INDIA said...

sy nak nangis sbb stiap kali sakoy dtg ggu kerja sy..dn hnye nak baring je..perlu ke sy buka file dkt GH???...sbab now sy ppum..tp nothing they can do..

NOVEMBER INDIA said...

ye betul bdasarkan apa yg sy baca itu la usus boleh pecah..tp x ada cara lain ke??..seumur hidup sy kena tggung kesakitan nie..

Unknown said...

Operation usus makanan pecah MCM mna ye

Suzie said...

Sy caeser 2016,n bsalin normal 2019.slps bslin ank ke3 ni skt bhgn abdomen lg ketara.urat kat bhgn prt mmg blh pgang keras mcm straw.buat ms ni sy blh hilangkn skt dgn ubt t-pred n voltaren shj.cuma dktr ada bgtaw side effect for long term.sy pn xtaw mcmn lg nk handle.lg2 ank tgh lasak

Rubiah Kadir said...

Kesiannya Puan 😭

Kelas Pn Zulaiha SMKBC said...

Samala kita. Keluar msuk wad. Doktor kata bole jd balik. Jd xambil mknn yg kembung dan berangin. Pnh mnum teh, jd berangin perut.

Unknown said...

sama ank saya..dah 4 thn operate apendix pecah dalam...doktor kata usus melekat..ank kerap sakit..

ae sarra said...

Siapa yg pernah buang hempedu dppan alami sakit perut selepas pembedahan belah kanan. Boleh hubungi 0169338126. Banyak sy nak tanya. Tengah alami skang. X tertanggung rasanya

Unknown said...

Saya dah 4 tahun operate appendix dan 4 tahun jugak la menahan sakit adhesian colic ni...pergi hospital doktor tak boleh nak operate lagi sbb saya masih muda..saya dah tak tahu dah cara mcm mana lagi saya nak tanggung sakit ni..saya baru je keluar ward 2 hari yang lepas tapi sakit dia lagi teruk sampaikan tak boleh nak makan nak minum air langsung...sampaikan nurse dkt ward tu kata saya bukannya sakit betul² pun cuma mengada ngada je..saya sakit mcm nak mati tahan sakit boleh kata mcm tu pula aihh

Unknown said...

Sy pn..ad sape2 nk kogsi pglmn x

NOVEMBER INDIA said...

cba try pi PPUM dik. sbab kak doc suggest pi pain clinic..nti pain clinic akn suggest utk kite...kawal skit..sbnrnye adhesion colic ni mmg x de ubat..ckp la mkn shaklee ke apa ke smua mmbohong..buat prhabis duit je..skit x bransur pulih..cayelah

NOVEMBER INDIA said...

blh share ngn sy 0 1 0 8 1 8 5 4 8 8

Teknik Informatika said...

Bagaimana adhesion colic dapat menyebabkan small bowel obstruction dan apa dampaknya pada tubuh?
Greting Telkom University

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...