TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Showing posts with label Kemudahan Tempat. Show all posts
Showing posts with label Kemudahan Tempat. Show all posts

Sunday, February 7, 2016

Laluan untuk jogging & rekreasi di Bukit Gedung

Pihak MDPT telah menyediakan satu kawasan taman rekreasi dan berjogging untuk kemudahan rakyat di Padang Terap. Taman ini berkonsepkan taman rimba di mana ianya masih di peringkat permulaan. Buat masa sekarang satu laluan untuk berjogging di bawah rimbunan pokok-pokok sejauh 450 meter disediakan untuk kemudahan semua pihak. 
Lokasi terletak di Bukit Gedong, berhadapan bangunan pejabat Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) & Pejabat Tanah & Daerah Padang Terap. Diharap semua pihak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan ini dengan sebaik mungkin.






Peta Lokasi 

Thursday, September 8, 2011

Gimnasium Rakyat Padang Terap


GYM 1 MALAYSIA PADANG TERAP
ALAMAT
Gimnasium Rakyat Padang Terap
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
(Bersebelahan Dewan Tunku Putra)

PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PADANG TERAP
Arked MPPT 1, Jalan Bendahara,
06300 Kuala Nerang, Kedah
Tel : 04-7866381     Faks : 04-7865671
http://www.jbskedah.gov.my

YURAN
• Bukan Ahli - RM2.00 Sekali Masuk
• Ahli Biasa - RM20.00 Sebulan (Harga Ahli)

MASA OPERASI
• Ahad - Rabu (5.30 p.m - 7.30 p.m)
• Ahad – Khamis (8.30 p.m - 10.30 p.m)
• Khamis ( 5.30 p.m - 7.30 p.m)
• Perempuan Sahaja SABTU  (9.00 a.m - 1.00 p.m)

Sunday, April 24, 2011

Jeram Tok Din

SEJARAH :
Jeram Tok Din adalah satu nama yang wujud sejak tahun 90-an lagi dan sehingga kini nama tersebut dikekalkan. Pada dahulu kala, tempat peranginan tersebut hanyalah tempat kanak-kanak di kampung tersebut bermain. Pada ketika itu, Jeram Tok Din tidak menjadi tumpuan orang ramai dan hanya menjadi tumpuan orang Kampung di situ sahaja. Sehingga akhir tahun 1992, Raja Muda Kedah telah dibawa melawat dan berkelah di kawasan Jeram tok Din tersebut. Selepas dari itu, nama Jeram Tok Din menjadi popular di sekitar Padang Terap dan kawasan lain di Negeri Kedah.

LOKASI :
Kawasan Kampung Pinang, Jalan Tasik Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

KEMUDAHAN :
-    Tempat Rehat
-    Tempat Riadah

AKTIVITI :
-    Berakit
-    Berkayak
-    Perkelahan

Sumber : www.mdpt.gov.my

Pengkalan Tok Mas

SEJARAH :
Pangkalan Tok Mas telah ditubuhkan oleh Hj Idris Bin Ibrahim atau dikenali dengan nama Pakcik Yeh. Nama Pangkalan Tok Mas adalah sempena dengan nama isterinya. Tempat peranginan tersebut diwujudkan sejak tahun 2007 lagi dan mula beroperasi secara meluas bermula pada awal tahun 2008. Pangkalan Tok Mas tersebut telah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar Kedah iaitu Dato’ Seri setia Diraja Mahadzir bin Khalid. Dalam perasmian tersebut sebanyak 3 ekor kambing telah dikorbankan dalam majlis tersebut.

LOKASI :
Jalan Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

KEMUDAHAN :
-    Dewan orang ramai
-    2 bilik tandas
-    5 tempat rehat/riadah
-    Tapak khemah
-    Gelanggang Sepak takraw
-    Padang untuk sukaneka

AKTIVITI :
-    Berkayak
-    Berakit
-    Kem/kursus
-    Sukaneka
Sumber : www.mdpt.gov.my

Charok Batang Padi

SEJARAH :
Charok Batang Padi dikenali sejak tahun 60-an lagi. Menurut pendapat masyarakat dahulu kala, di kawasan Empangan Pedu, terdapat beberapa carok. Salah satu Caroknya adalah Charok Batang padi yang berhampiran dengan perkampungan melayu di kawasan Munggajah. Tetapi Perkampungan yang wujud pada ketika itu, telah terhapus dek ditelan oleh air Empangan Pedu, Bukti wujudnya perkampungan di kawasan tersebut ialah suatu ketika dulu, air diempangan surut, dan pada ketika itu, penduduk Kampung terlihat beberapa buah kubur di dasar empangan tersebut. Itu menunjukkan bahawa perkampungan tersebut wujud. Selepas dari kejadian itu, nama Carok tersebut dikekalkan dengan nama “Charok Batang Padi”. Kini carok tesebut dijadikan kawasan rehat dan memancing yang popular di Daerah Padang Terap.

LOKASI :
Kawasan rehat berhampiran (R&R) TEKIH.27 km dari Pekan Kuala Nerang, Jalan Pedu Lake Resort.

KEMUDAHAN :
-    Anjung rehat yang selesa
-    Tandas


Sumber : www.mdpt.gov.my

Wednesday, February 9, 2011

Dewan Naka


Penubuhan Dewan Naka yang terletak di dalam Pekan Naka adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pertubuhan-pertubuhan kerajaan/swasta dan orang ramai khususnya penduduk Naka dan yang berdekatan dengannya bagi mengadakan majlis keramaian seperti ceramah, seminar, mesyuarat, pameran, pertunjukan pentas, majlis perkahwinan dan sebagainya. Dewan Naka juga mempunyai 2 buah gelanggang untuk permainan badminton dan sepak takraw. Dewan ini boleh memuatkan 100 orang bagi satu-satu majlis. Kadar sewa yang dikenakan untuk sebuah dewan ialah RM100 sehari. Manakala untuk 1 gelanggang, dikenakan sebanyak RM5 sejam.

Sumber : MDPT http://www.mdptk.gov.my

Tuesday, February 8, 2011

Dataran Putra Kuala Nerang



Dataran Putra yang terletak di dalam Pekan Kuala Nerang bertujuan memberi kemudahan untuk mengadakan majlis atau acara yang memerlukan kawasan terbuka. Contohnya seperti majlis ceramah, senamrobik, ekspo perniagaan dan sebagainya. Sewa yang dikenakan untuk satu dataran ialah RM300 sehari. Manakala untuk satu kanopi, sewa dikenakan sebanyak RM50.

Sumber : MDPT  http://www.mdptk.gov.my

Dewan Komuniti


Dewan Komuniti yang dibina berdekatan dengan Dewan Tunku Putra, adalah hak milik  Majlis Daerah Padang Terap. Ianya bertujuan memberi kemudahan kepada orang awam dan pertubuhan-pertubuhan kerajaan/swasta bagi mengadakan majlis seperti ceramah, mesyuarat, seminar, pameran dan sebagainya. Ianya mempunyai kemudahan seperti penghawa dingin. Dewan ini boleh memuatkan 100 orang bagi satu-satu majlis. Kadar sewa yang dikenakan untuk sebuah dewan ialah RM80 sehari, manakala kadar sewa mengikut jam ialah RM45 bagi sejam yang pertama dan jam berikutnya dikenakan RM5 sejam

 Sumber : MDPT http://www.mdptk.gov.my

Tuesday, January 25, 2011

Taman Awam Tunku Putra "Garden"

Taman Awam Tunku Putra atau lebih dikenali dengan panggilan 'Garden' merupakan satu kawasan rekreasi untuk orang awam beriadah, melakukan senaman seperti berjoging dan sebagainya. Kanak-kanak juga dapat bermain di taman ini kerana ianya mempunyai taman permainan. Taman ini terletak berdekatan dengan Kediaman Rasmi Tuan Pegawai Daerah Padang Terap. Ianya turut menyediakan kemudahan asas seperti tandas awam.


Saturday, January 8, 2011

Dewan Tunku Putra

  

Penubuhan Dewan Tunku Putra adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai dan pertubuhan-pertubuhan kerajaan/swasta bagi mengadakan majlis keramaian seperti ceramah, seminar, mesyuarat, pameran, pertunjukan pentas, majlis perkahwinan dan sebagainya. Dewan Tunku Putra juga mempunyai 3 buah gelanggang untuk permainan badminton bagi satu-satu majlis. Kadar sewa yang dikenakan untuk sebuah dewan ialah RM100 sehari. Manakala untuk 1 gelanggang, dikenakan sebanyak RM5 sejam.

Sumber : MDPT http://www.mdptk.gov.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...