TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Friday, August 31, 2018

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-61

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-61 
Tahun 2018
Ikhlas daripada :
Admin Blog Komuniti Cyber Kuala Nerang
#SayangiMalaysiaku

Tuesday, September 1, 2015

Sambutan Hari Kebangsaan 2015.... #SehatiSejiwa



#sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun 2015 ini. Tema #sehatisejiwa dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.

Mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. "Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja,


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2015

Friday, August 22, 2014

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia kali Ke 57. "MALAYSIA ... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"


Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini menampilkan satu keunikan apabila salah satu baris lirik lagu Warisan, 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. Logo Hari Kemerdekaan untuk tahun ini dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57.
Semoga pemilihan tema 'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' ini dapat menyemai serta menyemarakkan rasa cinta kepada negara dalam diri setiap rakyat Malaysia. Ia juga diharap dapat memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati setiap rakyat Malaysia. Secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara yang kita kecapi selama ini akan berterusan pada jangka masa panjang.

RASIONAL LOGO


Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

MAKSUD WARNA LOGO

Warna Merah - Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru - Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Warna kuning - Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna putih - Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.


Lirik: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta 

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

Muat Turun Lagu Tema Kemerdekaan Ke 57 klik DISINI

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia kali Ke 57.
Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Ikhlas Daripada :
Admin Blog Komuniti Cyber Kuala Nerang

MERDEKA!  MERDEKA! MERDEKA!

Saturday, August 31, 2013

MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Hari ini 31 Ogos 2013 aku bangun dari tidur dan terfikir sejenak bahawa aku adalah seorang rakyat Malaysia yang berada di bumi tempat tumpahnya darahku. Amat bersyukur sekali kepada Allah swt kerana aku adalah insan bertuah yang berada disebuah negara aman dan makmur. Sebagai seorang rakyat malaysia kita harus bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan kepada kita kerana dilahirkan dibumi yang aman makmur yang mempunyai kemudahan pembangunan yang amat selesa untuk kita nikmati. Kita juga harus bersyukur kerana Allah swt telah menganugerahkan dan mengizinkan pemimpim-pemimpin terbaik bagi memerintah negara Malaysia yang kita cintai ini sehingga mencapai satu tahap yang amat membanggakan berbanding dengan negara merdeka lain. 

Tema sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-56 yang bakal disambut pada 31 Ogos ini amat menarik sekali kerana sejak kebelakangan ini rakyat amat begitu resah gelisah dengan kemelut yang melanda negara akibat terhakisnya perasaan hormat menghormati antara sesama sendiri.

Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku kena pada masanya sebagai memberi peringatan dan iktibar bahawa tiada siapa yang akan mempertahankan maruah negara kecuali rakyat Malaysia sendiri. Jika diteliti tema tersebut ia membawa maksud untuk menyemai sifat perpaduan yang berpaksikan kepada ungkapan patriotik dan kesatuan negara bangsa. Malaysiaku Berdaulat juga membawa maksud bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Negara kita Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum serta mempunyai Sistem Institusi Diraja Berperlembagaan. Setiap warganegara Malaysia semestinya menghormati undang-undang dan perlembagaan Negara yang kita cintai ini demi kesinambungan keamanan dan kesejahteraan untuk generasi mendatang.

Jika di imbas sambutan kemerdekaan tahun peristiwa di mana sambutan Hari Kemerdekaan dicemari oleh kerana perbezaan ideologi politik seperti yang telah menimpa pada tahun lepas. Terdapat segelintir kelompok masyarakat yang tidak mahu turut serta merayakan sambutan kemerdekaan kerana tidak sehaluan fahaman politik dan fenomena keengganan menyambut kemerdekaan kali ke-55 tahun lepas sudah mencapai tahap merunsingkan. Mempertikaikan logo, tema dan lagu kemerdekaan walaupun dianggap satu isu remeh dan agak lucu, tetapi hakikatnya adalah satu usaha untuk memperkecilkan dan seterusnya merosakkan sambutan kemerdekaan yang telah disusun pada ketika itu.

Mengambil pendekatan untuk tidak mahu turut serta dalam acara sambutan kemerdekaan akan hanya memberi modal politik yang cetek dalam jangka masa pendek. Tetapi apa yang lebih membimbangkan lagi adalah ia bakal memberi kesan kepada aspirasi negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka.

Tanah Tumpahnya Darahku membawa maksud yang begitu dalam dan penuh bermakna. Sebab itu tema sambutan kali ini boleh dirangkumi kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara yang amat begitu kritikal untuk dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia.

Pada hari yang mulia ini ada baiknya rakyat Malaysia tidak kira anutan agama, bangsa atau fahaman ideologi politik menilai kembali tahap patriotisme dalam diri kita atau dengan lebih mudah di mana letaknya jati diri kita sebagai warganegara Malaysia.


Ketika kemuncaknya peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini, majoriti rakyat telah mempamerkan semangat patriotik dan jati diri yang agak tinggi dengan memberi sokongan padu kepada anggota polis dan tentera yang dikatakan bersabung nyawa berhadapan dengan pengganas. Jika sebelum ini mungkin ada segelintir yang sangsi dengan kekentalan jiwa rakyat Malaysia apabila berhadapan dengan isu yang berkait rapat dengan kemerdekaan dan kedaulatan negara, sudah pasti akan membuat tafsiran bahawa jika berdepan dengan ancaman, rakyat Malaysia akan bersatu teguh di belakang pemerintah.

Tidak dapat dihindari bahawa terdapat rakyat Malaysia yang merasa begitu selesa dengan keadaan aman pada masa sekarang sehingga langsung alpa dengan patriotisme mereka. Mungkin ada yang merasakan apa perlu menunjukkan semangat patriotik pada Bulan Kemerdekaan kerana negara bukannya berada di rantau yang penuh dengan ancaman. Lagi pun, ada yang berpendapat Hari Kemerdekaan sudah menjadi perkara lazim kerana disambut pada setiap tahun.

Akhir kata bersamalah kita menyambut dan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda bahawa kita adalah Rakyat Malaysia yang sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan serta bersifat patriotik mempertahankan maruah negara seterusnya mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi bersama-sama ini. 


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56

MERDEKA!  MERDEKA!  MERDEKA!

Friday, August 31, 2012

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke-55 Tahun



Alhamdulillah, hari ini 31 Ogos 2012 kita menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-55. Peristiwa bersejarah yang begitu bermakna bagi kita ini seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan pengertian untuk kebaikan kita dan generasi mendatang.

Dalam kegembiraan kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ini haruslah kita ingat dan sedar bahawa negara kita Malaysia ada maruah dan kedaulatan sebuah negara yang perlu dipertahankan. Menjaga kedaulatan negara bukanlah hanya terletak pada bahu seorang askar, anggota polis atau ahli politik. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh insan yang mengaku diri kita rakyat Malaysia.

Marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan ini kerana sejarah telah membuktikan yang keharmonian, Keamanan & kemakmuran  hanya dapat dicapai dengan persefahaman dan pengertian akan erti hidup bermasyarakat.


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke-55 Tahun

"Janji Ditetapi"

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...