TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Showing posts with label Aktiviti/Program. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti/Program. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Kedah Aman Makmur "Bicycle Fun Ride" 2014 (17 Mei 2014)


Sukacita dimaklumkan bahawa Pemuda UMNO Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah, Majlis Belia Negeri Kedah dan Persatuan Berbasikal Negeri Kedah akan menganjurkan program riadah berbasikal yang diberi nama Kedah Aman Makmur "Bicycle Fun Ride".

Program ini akan berlangsung selama 1 hari iaitu pada 17hb Mei 2014. Acara kayuhan ini akan bermula di Bangunan UMNO Bahagian Padang Terap, Daerah Kuala Nerang sehingga ke destinasi penamat di Jeti Carok Batang Padi, Tasek Pedu. 

Penyertaan adalah percuma dan beg cenderahati akan diberikan kepada setiap peserta. Pihak penganjur mensasarkan penyertaan seramai 5000 peserta dari seluruh negeri Kedah bagi memeriahkan lagi acara ini.

Bagi memeriahkan lagi acara ini sesi cabutan bertuah turut diadakan, pihak penganjur juga menyediakan jamuan makan tengahari berkonsepkan Kenduri Jamuan Rakyat kepada semua peserta dan majlis juga turut diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, Y.A.B Dato' Seri Haji Mukhriz Bin Tun Mahathir. 

Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan.
(Sila  right click mouse anda & Save Image As)

Borang penyertaan juga boleh diperolehi daripada Pejabat Sekretariat  di alamat : 
No. 184, Tingkat 2, Jalan Shahab 5,
Shahab Perdana, 05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman

atau dimuat turun melalui 

Sila lengkapkan dan email ke
kedahfunride@gmail.com atau faks ke 04-732 9541

Saturday, October 20, 2012

Pertandingan Seni Suara Merbah Jambul


Pertandingan Seni Suara Merbah Jambul telah diadakan pada 20 Oktober 2012 bertempat di Kg. Semeliang, Kuala Nerang, Kedah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Merbah Jambul Semeliang Kuala Nerang.  Sejumlah 112 ekor burung Merbah Jambul telah menyertai pertandingan kali ini.

Keputusan Pertandingan :
Johan : Merbah Jambul milik Dee Kato Taman Merbau
Naib Johan : Merbah Jambul milik Man Ayam Kuala Nerang
Ketiga : Merbah Jambul milik Moro Kuala Pai




Maklumat lanjut hubungi Kelab Merbah Jambul Semeliang Kuala Nerang iaitu En Hadi (Setiausaha) - 019-4250128

Friday, October 19, 2012

Kejohanan Tomoi Piala YDP Padang Terap 2012



KEJOHANAN TOMOI PIALA YDP PADANG TERAP
Tarikh : 8 & 9 November 2012
Masa : 8:00 malam
Tempat : Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, Kedah

Untuk kali ini kejohanan dijalankan secara jemputan sahaja, peserta dari seluruh kedah dan utara perak serta thailand.
 Untuk pertanyaan & Tiket sila hubungi 0194211101


Saturday, May 26, 2012

Program Karnival Pekerjaan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2012 & Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS)

Tarikh : 26 & 27 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Perkarangan Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, Kedah


Adakah Anda Sedang Mencari Kerja??
Pelbagai Peluang Kerja Menanti Anda!!!

Sila Bawa Bersama :-
* Kad Pengenalan
* Sijil-sijil Kelayakan
* Resume Terkini
* Berpakaian Kemas & Sopan

Cepat Sebelum Terlambat!!

Aktiviti :-
* Pertunjukan dan Persembahan Basikal Fixie & BMX
* Persembahan Band Akustika
* Wayang Kulit Seri Asun
* Persembahan Tarian "Q-Daz Dance"
* Persembahan Artis Ezad Exist
* Persembahan Artis Kebudayaan Negeri Kedah
* Persembahan Tarian Kebudayaan Negeri Kedah
* Pelbagai Hadia-hadiah Cabutan Bertuah.

Anjuran : Penyelaras Parlimen Padang Terap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...