TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Showing posts with label MSSD Padang Terap. Show all posts
Showing posts with label MSSD Padang Terap. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Kejohanan Balapan & Padang MSSD Padang Terap Kali ke-5 Tahun 2013

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap Tahun 2013 telah dilansungkan pada 7, 8 dan 9 Mac 2012 di SMK Tunku Anum, Jitra, Kedah. Bagi Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Kebangsaan Naka berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas apabila muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap 2013 dengan pungutan pingat 11 Emas dan 3 Perak. Manakala Sekolah Kebangsaan Perik muncul Naib Johan Keseluruhan dengan Jumlah 7 kutipan pingat (2 Emas, 5 Perak & 2 Gangsa).


SENARAI KUTIPAN PINGAT
(SEKOLAH RENDAH)
* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar


Manakala SMK Dato' Syed Ahmad muncul Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah menengah dengan 54 pungutan pingat keseluruhan (22 Emas, 16 Perak dan 16 Gangsa).
Manakala SMK Naka muncul Naib Johan Keseluruhan dengan 34 jumlah kutipan pingat (11 Emas, 11 Perak & 12 Gangsa).

SENARAI KUTIPAN PINGAT
(SEKOLAH MENENGAH)
* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar


Wednesday, March 28, 2012

Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2012


Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap telah dijayakan pada 25, 26 & 27 Mac 2012 di Stadium Darul Aman. SMK Dato' Syed Ahmad muncul Johan Keseluruhan bagi Kategori Sekolah Menengah dengan mengumpul 227 Mata dengan kutipan 26 Pingat Emas, 19 Perak & 12 Gangsa.
Manakala Sekolah Kebangsaan Naka muncul Johan Keseluruhan bagi Kategori Sekolah Rendah dengan 76 Mata dan mendapat kutipan 8 Pingat Emas, 5 Perak & 10 Gangsa.

 Muhammad Hanif bin Muhamad Rufie (SMK Dato' Syed Ahmad) dinobatkan sebagai Olahragawan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2012 dengan pencapaian 4 Pingat Emas & 1 Pingat Gangsa.
Manakala Madihah binti Ideris dari SMK Padang Terap dinobatkan sebagai Olahragawati Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2012 dengan pencapaian 4 Pingat Emas & 1 Perak.





Senarai Penerima Anugerah
Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2012

a) Peserta Terbaik Kelas 3 (Lelaki)
Nama : Anas Farhan bin Ahmad Sukeri (SK Tandop Besar)
Pencapaian : 2 Emas (100M, 200M) & 2 Perak (4 x 100M, 4 x 200M)

b) Peserta Terbaik Kelas 3 (Perempuan)
Nama : Siti Nisrina Imtinan bt Ismail Tanjung (SKNaka)
Pencapaian : 4 Emas (100M, 200M, 4 x 100M, 4 x 200M)

c) Peserta Terbaik Kelas 2 (Lelaki)
Nama : Muhammad Hanif bin Muhamad Rufie (SMK Dato' Syed Ahmad)
Pencapaian : 4 Emas (100M Lompat Pagar, Lompat Tinggi, Lompat Jauh & 4 x 100M), 1 Gangsa (4 x 400M)

d) Peserta Terbaik Kelas 2 (Perempuan)
Nama : Madihah binti Ideris (SMK Padang Terap)
Pencapaian : 4 Emas (100M, 200M, 100M Lompat Pagar & 4 x 400M), 1 Perak (4 x 100M)

e) Peserta Terbaik Kelas 1 (Lelaki)
Nama : Ahmad Hakimey bin Ahmad Tajudin (SMK Kuala Nerang)
Pencapaian : 3 Emas (400M, 800M & 1500M), 1 Gangsa (4 x 400M)

f) Peserta Terbaik Kelas 1 (Perempuan)
Nama :Nur Afifah bt Ahmad Yazid (SMK Kuala Nerang)
Pencapaian : 4 Emas (100M Lompat Pagar, Lompat Tinggi, Lompat Jauh & 4 x 100M), 1 Gangsa (4 x 400M)

OLAHRAGAWAN KEJOHANAN
Nama : Muhammad Hanif bin Muhamad Rufie (SMK Dato' Syed Ahmad)
Pencapaian : 4 Emas (100M Lompat Pagar, Lompat Tinggi, Lompat Jauh & 4 x 100M), 1 Gangsa (4 x 400M)

OLAHRAGAWATI KEJOHANAN
Nama : Madihah binti Ideris (SMK Padang Terap)
Pencapaian : 4 Emas (100M, 200M, 100M Lompat Pagar & 4 x 400M), 1 Perak (4 x 100M)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...