TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Friday, June 19, 2015

Cuti-cuti Malaysia : D' Puncak Bris Lake Resort


D' Puncak Bris Lake Resort
08200 Sik, Kedah, Malaysia
Phone : 0134290084,  Email : puncakberis@yahoo.com
Lokasi : 5.954671, 100.789212

D' Puncak Bris Lake Resort terletak di tepi sebuah tasik yang sangat indah sekali. Lokasi D' Puncak Bris Lake Resort terletak tidak Jauh dari Ladang Anggur Tasik Beris. Keadaan persekitaran nyaman dan penuh dengan ketenangan. Ianya sesuai untuk merehatkan diri sambil menikmati keindahan alam sekeliling bersama keluarga. 

Antara kemudahan yang terdapat di D' Puncak Bris Lake Resort ini adalah Kemudahan Berkayak, Flying Fox, Wall Climbing, Kolam Mandi, Surau, Dewan Makan Terbuka, Lokasi untuk memancing, Ladang Ostrich & Rusa. Selain itu, di sini juga menyediakan Bilik Dorm yang luas untuk kegunaan ramai dan amat sesuai bagi Pihak Sekolah, Jabatan Kerajaan dan Swasta untuk mengadakan aktiviti outdoor.








Thursday, May 1, 2014

Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman


Menara Alor Setar merupakan menara telekomunikasi yang ke 19 tertinggi di dunia dan juga yang ke 2 tertinggi di Malaysia. Ketinggiannya 165.5 meter dan pembinaannya melibatkan kos sebanyak RM40 juta. Menara ini merupakan pusat pelancongan utama dan Mercutanda Kebanggaan Negeri Kedah Darul Aman.

Ruang pemerhati di Aras 88 Meter membolehkan pengunjung menikmati panorama Bandaraya Alor Setar. Di ruang ini juga terdapat 5 set teropong automatic, kaunter menjual cenderahati dan ais krim serta kemudahan pertukaran wang.

Menara Alor Star dengan rasminya telah membuka pintu kepada pelawat pada 14 ogos 1997 dan telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad,Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.



Panorama menghala ke Masjid Zahir & Jalan Putra  

 Panorama menghala ke Lebuhraya Darul Aman & Stadium Darul Aman

 Panorama menghala ke Bulatan Teluk Wanjah 


  Panorama menghala ke Jalan Tambang Badak & Menara Celcom

Wednesday, November 28, 2012

Trick Art Museum, i-City Shah Alam.

Sekiranya anda datang ke i-City Shah Alam jangan lupa berkunjung ke 'Trick Art Museum". Apa yang menarik ialah 'Trick Art Museum' ini mempamerkan lukisan-lukisan 3D yang dilukis pada dinding & lantai muzium ini. Kadar bayaran masuk ke 'Trick Art Museum' hanya RM5 seorang.











Thursday, June 28, 2012

Cuti-cuti Malaysia : Teluk Batik, Lumut, Perak


Pantai yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat pelancongan menarik.
Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa sahaja yang memandang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak. Kawasan pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di bukit-bukit yang terdapat di sekelilingnya. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah lebih kurang 60 ekar persegi manakala panjang pantainya adalah 1 km.

Bagi keluarga yang memerlukan penginapan, terdapat juga hotel resort, chalet dan mini chalet untuk disewa dengan harga bersesuai. Antaranya Teluk Batik Resort, Virgo Batik Resort, Marina Cove Resort, Chalet Kanangan Pak Man dan sebagainya.  




Antara kemudahan yang terdapat di sekitar Teluk Batik & Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung :-
* Muzium Siput
* Tapak perkhemahan (Camping site)
* Taman permainan kanak-kanak (Children's playground)
* Chalet (Chalet)
* Kedai cenderamata (Souveniour shops)
* Kedai makan
* Wakaf Rehat
* Bangku & Kerusi rehat (Rest chairs)
* Tandas & Bilik persalinan (Changing rooms)

 
Muzium Siput yang sentiasa menanti kunjungan para pelancong.



Saturday, June 9, 2012

Cuti-cuti Malaysia : Kompleks Sejarah Pasir Salak


Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak ini adalah salah satu destinasi pelancongan di Negeri Perak Darul Ridzuan. Kompleks Sejarah Pasir Salak ini terletak di kawasan Kg. Gajah, Daerah Perah Tengah. 

Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingati kita betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen bagi negara Malaysia. Kompleks Sejarah Pasir Salak juga akan dijadikan sebagai sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan yang bermanfaat kepada masyarakat seluruhnya.


Pembinaan Kompleks Sejarah Pasir Salak ini juga bertujuan untuk memperingati generasi-generasi muda akan peristiwa Pasir Salak pada tahun 1875 yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak serta memperingati akan jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara. Di samping dengan ciri-ciri sejarah kompleks ini juga sebagai bertujuan untuk pengumpulan bahan-bahan sejarah yang ada di Kompleks Sejarah Pasir Salak ini, pastinya juga menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk mengunjunginya.


Terowong Sejarah
Terowong Sejarah Kompleks Sejarah Pasir Salak merupakan sebuah bangunan muzium yang utama didirikan di kompleks ini. Bangunan yang panjangnya 157 kaki x 115 kaki lebar ini memuatkan 42 diorama-diorama episod sejarah perjuangan patriotisma dan nasionalisma anak watan Negeri Perak khususnya dan hubungkaitnya dengan perkembangan sejarah Malaysia amnya. Dalam perkembangan sejarah negara, diorama-diorama ini bermula dengan episod senario penempatan awal Kuala Selinsing, Perak yang wujud pada tahun 200 sebelum masihi hingga 1000 masihi.Kemudian diikuti dengan kemunculan Nila Pahlawan, Sang Nila Utama dan Krishna Pandita di Bukit Siguntang yang mana keturunan ini menjadi Raja di Temasik ( Singapura ), Pengasas Kesultanan Melaka dan Perak. Seterusnya diorama ini menceritakan mengenai bagaimana Malaysia menghadapi kuasa penjajah Portugis, Belanda, British, Jepun dan British sekali lagi, episod perjuangan penentangan serta pencapaian kemerdekaan. Puncak perjuangan patriotisma ditunjukkan dalam diorama life size seperti episod Perjanjian Pangkor dan pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British yang pertama di Negeri Perak. 

Dalam perkembangan perjuangan sejarah Malaysia yang bersepadu ini, setiap negeri-negeri di Malaysia telah terlibat dalam perjuangan patriotisma dan nasionalisma . Episod-episod ini ditunjukkan juga di dalam 13 diorama yang terakhir di dalam Terowong Sejarah Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Di bahagian tinggat bawah terowong sejarah ini memaparkan sejata melayu iaitu keris. Keris melayu adalah antara barangan yang dijadikan bahan pameran untuk para pelancong dan pengunjung yang hadir. Selain itu, pelbagai lagi barangan disediakan untuk dijadikan barangan pameran.


Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sekitar kompleks itu, bolehlah menginap di Pasir Salak Resort yang terletak  bersebelahan Kompleks Sejarah Pasir Salak.  Pasir Salak Resort yang terletak di tepi sungai perak ini menawarkan 50 chalet yang cukup indah untuk para pengunjung. Pengunjung berpeluang melihat keindahan Sungai Perak di samping menyaksikan matahari matahari terbit dan terbenam dari ruang balkoni chalet



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...