TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Sunday, April 24, 2011

Jeram Tok Din

SEJARAH :
Jeram Tok Din adalah satu nama yang wujud sejak tahun 90-an lagi dan sehingga kini nama tersebut dikekalkan. Pada dahulu kala, tempat peranginan tersebut hanyalah tempat kanak-kanak di kampung tersebut bermain. Pada ketika itu, Jeram Tok Din tidak menjadi tumpuan orang ramai dan hanya menjadi tumpuan orang Kampung di situ sahaja. Sehingga akhir tahun 1992, Raja Muda Kedah telah dibawa melawat dan berkelah di kawasan Jeram tok Din tersebut. Selepas dari itu, nama Jeram Tok Din menjadi popular di sekitar Padang Terap dan kawasan lain di Negeri Kedah.

LOKASI :
Kawasan Kampung Pinang, Jalan Tasik Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

KEMUDAHAN :
-    Tempat Rehat
-    Tempat Riadah

AKTIVITI :
-    Berakit
-    Berkayak
-    Perkelahan

Sumber : www.mdpt.gov.my

Pengkalan Tok Mas

SEJARAH :
Pangkalan Tok Mas telah ditubuhkan oleh Hj Idris Bin Ibrahim atau dikenali dengan nama Pakcik Yeh. Nama Pangkalan Tok Mas adalah sempena dengan nama isterinya. Tempat peranginan tersebut diwujudkan sejak tahun 2007 lagi dan mula beroperasi secara meluas bermula pada awal tahun 2008. Pangkalan Tok Mas tersebut telah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar Kedah iaitu Dato’ Seri setia Diraja Mahadzir bin Khalid. Dalam perasmian tersebut sebanyak 3 ekor kambing telah dikorbankan dalam majlis tersebut.

LOKASI :
Jalan Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

KEMUDAHAN :
-    Dewan orang ramai
-    2 bilik tandas
-    5 tempat rehat/riadah
-    Tapak khemah
-    Gelanggang Sepak takraw
-    Padang untuk sukaneka

AKTIVITI :
-    Berkayak
-    Berakit
-    Kem/kursus
-    Sukaneka
Sumber : www.mdpt.gov.my

Charok Batang Padi

SEJARAH :
Charok Batang Padi dikenali sejak tahun 60-an lagi. Menurut pendapat masyarakat dahulu kala, di kawasan Empangan Pedu, terdapat beberapa carok. Salah satu Caroknya adalah Charok Batang padi yang berhampiran dengan perkampungan melayu di kawasan Munggajah. Tetapi Perkampungan yang wujud pada ketika itu, telah terhapus dek ditelan oleh air Empangan Pedu, Bukti wujudnya perkampungan di kawasan tersebut ialah suatu ketika dulu, air diempangan surut, dan pada ketika itu, penduduk Kampung terlihat beberapa buah kubur di dasar empangan tersebut. Itu menunjukkan bahawa perkampungan tersebut wujud. Selepas dari kejadian itu, nama Carok tersebut dikekalkan dengan nama “Charok Batang Padi”. Kini carok tesebut dijadikan kawasan rehat dan memancing yang popular di Daerah Padang Terap.

LOKASI :
Kawasan rehat berhampiran (R&R) TEKIH.27 km dari Pekan Kuala Nerang, Jalan Pedu Lake Resort.

KEMUDAHAN :
-    Anjung rehat yang selesa
-    Tandas


Sumber : www.mdpt.gov.my

Saturday, April 23, 2011

Sekolah Menengah Agama Negeri/Rakyat


 SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI

Maktab Mahmud Padang Terap
Jalan Padang Sanai
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7860900  Fax : 04-7864788
http://maktabmahmudpadangterap.blogspot.com


SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT (SMAR)

SMA Al-Khairiah, 
Jalan Empangan Pedu,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7866721  Fax : 04-7869582

SMA Assiddiqiah Al-Islamiah
Kg. Padang Kerasak,  
06350 Naka, 
Kedah Darul Aman.
Tel :  04-7852703  Fax : 04-7852703


MADRASAH TAHFIZ / SEKOLAH PONDOK

Madrasah Tahfiz Saidina Abu Bakar
Kampung Pokok Macang
Mukim Padang Temak
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman.

Pondok Inabah Remaja 1 Malaysia
Jabal Suf, Kg Paya
Mukim Padang Temak
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7823996
Fax : 04-7823997

Pondok Pak Teh Mat
Jalan Padang Sanai
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman

Sunday, April 10, 2011

Perkhidmatan Bas Ekspres Cosmic Ekspres


Kaunter Tiket Cosmic Ekspres
Kompleks Stesen Bas
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7860240

Ataupun boleh membeli secara online di

Cosmic Ekspres menyediakan perkhidmatan bas :-
Dari Kuala Nerang ke Hentian Duta K. Lumpur dan Hentian Pudu Raya.
Dari Hentian Pudu Raya & Hentian Duta K. Lumpur  ke Kuala Nerang

Perkhidmatan Bas Ekspres MARA Liner


Kaunter Tiket MARA Liner
Kompleks Stesen Bas
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7866337

Ataupun boleh membeli secara online di

Bas Ekspres MARA Liner menyediakan perkhidmatan bas :-
Dari Kuala Nerang ke Hentian Duta K. Lumpur dan Hentian Pudu Raya.
Dari Hentian Duta K. Lumpur & Hentian Pudu Raya ke Kuala Nerang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...