TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Thursday, August 23, 2012

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)



Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00

Sehubungan itu, para pelajar digalakkan membuka akaun SSPN di Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembukaan akaun. Baki akaun SSPN-i boleh disemak terus/ keesokan hari di laman web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank manakala keesokan hari bagi pembukaan akaun di Bank Islam Malaysia Berhad

Dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun ialah:
Salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis Pemohon;
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Anak; dan
Surat Perakuan/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat dibawah jagaan sah mereka) 

Jumlah simpanan minimum bagi tujuan pembukaan akaun dan penambahan simpanan ialah sebanyak RM20.00 bagi setiap akaun penerima manfaat yang dinamakan. Penambahan simpanan boleh dibuat sebaik sahaja Kad SSPN-i diterima atau apa-apa bentuk penentusahan keahlian Skim Simpanan Pendidikan Nasional.


Terdapat 3 kategori had umur pembukaan SSPN-i iaitu:

Kategori 1: 
Akaun dibuka oleh ibubapa/penjaga atau warganegara Malaysia yang lain untuk mana-mana warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke bawah dan boleh mengekalkannya sehingga umur genap 28 tahun.

Kategori 2: 
Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun sendiri atau dibuka oleh ibu bapa/penjaga.

Kategori 3: 
Warganegara yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun sendiri.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline PTPTN di talian 03-2080 4455 atau ajukan kepada Aduan Online (http://icare.ptptn.gov.my) Atau Layari http://www.ptptn.gov.my

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...