TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Friday, August 31, 2012

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke-55 Tahun



Alhamdulillah, hari ini 31 Ogos 2012 kita menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-55. Peristiwa bersejarah yang begitu bermakna bagi kita ini seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan pengertian untuk kebaikan kita dan generasi mendatang.

Dalam kegembiraan kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ini haruslah kita ingat dan sedar bahawa negara kita Malaysia ada maruah dan kedaulatan sebuah negara yang perlu dipertahankan. Menjaga kedaulatan negara bukanlah hanya terletak pada bahu seorang askar, anggota polis atau ahli politik. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh insan yang mengaku diri kita rakyat Malaysia.

Marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan ini kerana sejarah telah membuktikan yang keharmonian, Keamanan & kemakmuran  hanya dapat dicapai dengan persefahaman dan pengertian akan erti hidup bermasyarakat.


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke-55 Tahun

"Janji Ditetapi"

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Saturday, August 25, 2012

Perkhidmatan Sewa Lori (Ismail bin Muhamad)


Kami menyediakan perkhidmatan SEWA LORI. Sesuai untuk pelbagai perkhidmatan memindah barangan, pindah rumah, pindah pejabat dan sebagainya. 

Harga perkhidmatan sangat berpatutan dan boleh dirunding 
Kami menyediakan perkhidmatan pindah barang ke seluruh destinasi di Semenanjung Malaysia.
Pekerja mahir juga disediakan.

Hubungi kami untuk maklumat atau pertanyaan lanjut.
Sila hubungi : Ismail bin Muhammad - 017-4843969, 04-7860586
No 32-D, Kampung Baru, 
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.



Thursday, August 23, 2012

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)



Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00

Sehubungan itu, para pelajar digalakkan membuka akaun SSPN di Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembukaan akaun. Baki akaun SSPN-i boleh disemak terus/ keesokan hari di laman web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank manakala keesokan hari bagi pembukaan akaun di Bank Islam Malaysia Berhad

Dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun ialah:
Salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis Pemohon;
Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Anak; dan
Surat Perakuan/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat dibawah jagaan sah mereka) 

Jumlah simpanan minimum bagi tujuan pembukaan akaun dan penambahan simpanan ialah sebanyak RM20.00 bagi setiap akaun penerima manfaat yang dinamakan. Penambahan simpanan boleh dibuat sebaik sahaja Kad SSPN-i diterima atau apa-apa bentuk penentusahan keahlian Skim Simpanan Pendidikan Nasional.


Terdapat 3 kategori had umur pembukaan SSPN-i iaitu:

Kategori 1: 
Akaun dibuka oleh ibubapa/penjaga atau warganegara Malaysia yang lain untuk mana-mana warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke bawah dan boleh mengekalkannya sehingga umur genap 28 tahun.

Kategori 2: 
Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun sendiri atau dibuka oleh ibu bapa/penjaga.

Kategori 3: 
Warganegara yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun sendiri.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline PTPTN di talian 03-2080 4455 atau ajukan kepada Aduan Online (http://icare.ptptn.gov.my) Atau Layari http://www.ptptn.gov.my

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Ampun Maaf Di Pinta andainya
Terkasar Bahasa, Tersilap Bicara,
buat seluruh Warga Kuala Nerang serta seluruh Umat Islam.


Bagi Warga Kuala Nerang yang berada di perantauan, 
semoga selamat sampai ke kampung halaman dan 
berhati-hati ketika memandu.


Ikhlas Dari :
Admin Blog
Komuniti Cyber Kuala Nerang

Saturday, August 11, 2012

Tabung Dana Pembinaan Semula Masjid Kuala Nerang & Kompleks Islam Padang Terap


Tabung Dana Pembinaan Semula Masjid Kuala Nerang & Kompleks Islam Padang Terap. Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut :-

CIMB Islamic : 0206 0003 193 204
MAYBANK Islamic : 1520 6892 699 30
BANK ISLAM : 0207 5020 2941 60


‘Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya’
Maksud Surah Al-Baqarah : 261



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...