Umat Islam seluruh Malaysia menyambut hari Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Khamis, 24 Januari 2013, bersamaan 12 Rabiulawwal 1434 Hijrah. Tema Maulidur Rasul Tahun 2013 yang dipilih ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' selaras dengan tema Maal Hijrah 1434.
Pemilihan tema kali ini bertepatan dengan usaha kerajaan mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Nabi Muhammad SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik.
Pendekatan ini diharapkan akan terus wujud dalam jiwa rakyat bagi menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi negara menuju ke tahap lebih cemerlang.
"Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia.

0 comments:
Post a Comment