TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H


Umat Islam seluruh Malaysia menyambut hari Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Khamis, 24 Januari 2013, bersamaan 12 Rabiulawwal 1434 Hijrah. Tema Maulidur Rasul Tahun 2013 yang dipilih ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' selaras dengan tema Maal Hijrah 1434.

Pemilihan tema kali ini bertepatan dengan usaha kerajaan mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Nabi Muhammad SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik.

Pendekatan ini diharapkan akan terus wujud dalam jiwa rakyat bagi menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi negara menuju ke tahap lebih cemerlang.

"Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia.

Saturday, January 19, 2013

Kursus Asas Haji Tahun 1434H - 2013



 Kursus Asas Haji Tahun 1434H- 2013
Anjuran Bersama :
 LUTH, PEJABAT AGAMA & MASJID MUADZAM SHAH

Tempat : Masjid Muadzam Shah
Bermula : 02/02/2013 - 25/05/2013 (17 Minggu)
Jam : 2:00 Petang Setiap Sabtu

Dijemput Hadir Beramai-ramai


Thursday, January 17, 2013

Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah ke-85



 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Pada hari Ahad, 15 Januari 2012, bersamaan 21 Safar 1433 H


Ampun Tuanku,

Adalah patik dan sekalian rakyat Negeri Kedah dengan segala hormat dan takzimnya ingin menyembahkan ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sempena Ulang Tahun Keputeraan yang ke- 85 . Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa diberkati Allah Subhanahu Wata'ala dan dilanjutkan usia serta beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan.

Sekianlah sahaja persembahan ucapan patik dan disudahi dengan penuh hormat dan takzimnya.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

Saturday, January 12, 2013

Kejohanan Bola Sepak Tertutup 9 Sebelah Padang Terap 2013 (3S Cup 2013)



Berita baik untuk Penggemar Sukan Bola Sepak di Padang Terap

Kejohanan Bola Sepak Tertutup 9 Sebelah Padang Terap bagi merebut Piala Syed Sobri Super Cup "3S CUP 2013" bakal menemui anda.

Kejohanan akan di adakan pada 24-26 Januari 2013 (Khamis, Jumaat & Sabtu) Di Mini Stadium Kuala Nerang, Kedah. Borang Penyertaan boleh dapatkan di Pejabat Adun Kuala Nerang mulai 13 Januari 2013.

Hadiah Lumayan Menanti Pemenang.
Johan : RM7,000.00
Naib Johan : RM5,000.00
Tempat Ke-3 : RM3,000.00
Tempat Ke 4 : RM1,000.00
Ke 5 - 10 : RM500.00
Serta Cabutan Bertuah Menanti Anda.


**Sebarang pertanyaan hubungi Sekretariat "3S CUP 2013"

-Anis 019-5682554
-Roslan 019-4776230



Thursday, January 3, 2013

Pengedar Gas Memasak

Pengedar Gas Memasak untuk kedai-kedai runcit dan sebagainya.
Hubungi :
MOHD. HAFIZAN 019-4958608



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...