TEMPAHAN BANNER & STREAMER

Tempahan Trophy & Medal

Saturday, June 6, 2015

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong


Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala Memberkati Pemerintahan

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Sembah Takzim Daripada :
Admin Blog Komuniti Cyber Kuala Nerang
www.knerangkedah.blogspot.com


"RAKYAT HARUS PERTAHAN KESTABILAN, PERPADUAN NEGARA" – YANG DI-PERTUAN AGONG

KUALA LUMPUR : Rakyat Malaysia perlu mempertahankan kestabilan dan perpaduan negara bagi memastikan Malaysia terus mengecapi kemajuan dan kemakmuran berterusan, titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Beta berasa amat prihatin dengan pelbagai cabaran dan beberapa isu yang sedang kita hadapi ketika ini.

“Antaranya, bibit-bibit perpecahan yang diapi-apikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab,” titah Tuanku Abdul Halim dalam ucapan sempena sambutan Hari Keputeraan rasmi baginda yang disiarkan secara langsung menerusi TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jumaat malam.

Baginda bertitah bukan mudah untuk membina kesatuan dalam kalangan pelbagai kaum negara ini, namun jika tidak dijaga semua perkara mungkin hilang dalam sekelip mata.

Malaysia, titah baginda harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan kemelut yang berlaku di beberapa negara di dunia sama ada daripada sudut politik, persengketaan antara kaum mahupun pelbagai gejala negatif yang boleh memporak-perandakan keadaan.

Ulang tahun Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong disambut Sabtu.

Tuanku Abdul Halim melahirkan kebimbangan jika masalah-masalah seumpama itu tidak dibendung dan ditangani segera, dikhuatiri boleh merebak di negara ini.

“Maka akan runtuhlah keharmonian masyarakat dan bangsa. Umumnya pula akan jatuh tamadun manusia yang dibina selama ini,” titah baginda.

Baginda bertitah seluruh anggota masyarakat haruslah berganding bahu dan mengambil inisiatif membendung perkara itu secara kolektif.

Baginda menyeru rakyat pelbagai peringkat dan lapangan untuk terus bersatu padu demi kepentingan ummah dan negara.

“Jika memilih untuk berbalah dan berpecah belah hanya untuk kepentingan masing-masing, pada hemah beta, di akhirnya nanti, tiada siapa yang untung.

“Barangkali pihak-pihak yang menangguk di air keruhlah akan bertepuk tangan dan mendapat labanya,” titah baginda.

Baginda merakamkan ucapan tahniah kepada pucuk pimpinan negara yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh anggota pentadbiran lain.

Baginda bertitah tanpa kerajaan yang berkemampuan dan komited seperti yang ada hari ini, tidak mungkin negara boleh terus mencipta kejayaan serta mengecap kemajuan dan kemakmuran secara berterusan.

“Kita wajib bersyukur ke hadrat Allah kerana negara kita masih dikurniakan keamanan dan kemakmuran oleh sebab wujudnya kestabilan dan perpaduan di peringkat kebangsaan.

“Ini semua pastinya hasil pentadbiran kerajaan yang cekap dan bertanggungjawab sejak berpuluh-puluh tahun,” titah baginda.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...