Friday, August 5, 2016

Tuan Guru Dato’ Haji Ahmad bin Haji Muhammad Nor (Pak Teh Mad)

Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Noor merupakan pengasas Madrasah Ahmadiah. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1925 di Kampung Tanjung Padang Terap Kanan,merupakan anak keempat daripada 12 orang adik beradik.

Beliau mendapat pendidikan awal pada tahun 1333 Hijrah di Sekolah Melayu Padang Terap sehingga darjah empat. Melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Madrasah Sa’adah Ad-Daroin, Merbok,Bidong,Kedah dari tahun 1935 hingga 1937,iaitu hingga tamat tingkatan empat. 

Setelah mengikut pengajian di beberapa buah pondok di Negeri Kedah ini, beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke Timur Tengah iaitu Madrasah Al- Sayuti, Mekah Al-Mukarramah selama lebih 10 dan berjaya mendapat Syahadah Al-`Ali dalam bidang Syariah Islamiah. Setelah kembali ke tanah air pada tahun 1961, beliau menubuhkan Madrasah Al-Ahmadiah Al-Solehiah Al-Islamiah. 

Perjalanan sekolah yang bermula secara sistem pondok, telah bertukar corak apabila pendaftaran sekolah ini diluluskan dengan rasminya pada 17 November 1986 dengan nama Madrasah Al Ahmadiah Al-Solehiah Al Islamiah.

Cetusan idea penubuhan sekolah yang lahir daripada kesedaran dan keinginan untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan serta memartabatkan ilmu, ternyata mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat. 

Bermula dengan sebuah bangunan kayu yang sederhana, sekolah ini berkembang dari masa ke semasa hasil muafakat masyarakat setempat serta bantuan daripada Pejabat Zakat Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan lain-lain. 

Pada tahun 1975 ,pelajar Sekolah Menengah Agama Ahmadiah buat pertama kalinya menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) disamping turut mengorak langkah menduduki peperiksaan-peperiksaan yang lain seperti SPM,STPM,SMRA,STA dan sebagainya.

Pada tahun 2003, di atas faktor keperluan semasa, pihak Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan rundingan dengan Lembaga Pengurusan Sekolah untuk mengambil alih Sek Men Agama Ahmadiah dan menjadikannya sekolah bantuan penuh kerajaan negeri. Hasil perbincangan dan rundingan, akhinya pada bulan Ogos 2003, Sek Men Agama Ahmadiah dengan rasminya diambil alih oleh Lembaga Maktab Mahmud sebagai cawangannya dengan nama Maktab Mahmud Padang Terap.

Tuan Guru Dato' Haji Ahmad Bin Haji Mohammad Nor, Ulama yang terkenal di Kedah semalam telah menerima Anugerah Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato' sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah. 

 Bersama Menteri Besar Kedah (Dato' Mukriz Tun Mahathir)

Biodata Tuan Guru :

Nama : Haji Ahmad bin Haji Muhammad Nor ( Pak Teh Mad )

Kelahiran :
Beliau dilahirkan pada malam jumaat 14 Syaaban 1328 bersamaa dengan 14 Mac 1925 di Kampung Bukit Sebelah,Kariah Padang Gelenggang, Padang Terap, Kedah.

Pendidikan :
-SekolahKebangsaan Padang Terap ( 1931 - 1935 )
-Pondok Merbok, Bedong Kedah (sehingga tahun 1940): Pondok Tuan Guru Mursyid di Raja Haji Abdurrahman bin Haji Abdullah (Tuan Guru Haji Abdurrahman Merbok) .
-Pondok Mogoi (sehingga tahun 1943) : Pondok Tuan Guru Haji Saad bin Lebai Awang
-Pondok Gajah Mati, Pendang (sehingga tahun 1947) :

Beliau berguru kepada Tuan Guru Pak Chu Him dan Tuan Guru Sheikh Abdul Qadir Al Mandili, Makkah al-Mukarramah ( bermukim di Mekah selama 10 tahun ) :

Di antara guru-guru beliau di Makmah ialah :
● Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir Al Fathani ( Pak Da Eil : pengarang Kitab Bakurah Al Amani ).
● Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al Mandili.
● Sheikh Daud Kelantan.
● Syeikh Afnan Al Jawi
● Syeikh Sulaiman Al Jawi,
● Syeikh Zakaria Bila
● Syeikh Hassan Al Masyath
● Sayyid Alawi al-Maliki dan lain-lain lagi.

Rumahtangga :
Pak Teh Mad mendirikan rumahtangga dengan anak gurunya sendiri Pak Chu Him iaitu Hajah Wan Solehah Binti Haji Wan Ibrahim Al-Fattani (Pak Chu Him). Pernikahannya diakadkan sendiri oleh Tuan Guru Pak Da Eil di Mekah.

Kembali ke tanah air :
Pada awal tahun 60an Pak Teh kembali ke tanah air dan mengasaskan sekolah Pondok Ahmadiah, Padang Nyior, Padang Terap,Kedah di atas tanah seluas 8 relung. Pondok beliau berkembang maju hingga terdapat 180 buah pondok ( 30 pondok pelajar putera,40 pondok pelajar puteri dan 90 pondok warga emas )

Sempat Admin bergambar dengan Tuan Guru Pak Teh Mad sewaktu Majlis Sambutan Aidilfitri SK Padang Terap 2016 (12 Julai 2016).

Sumber :
Facebook : Mohd Hazri

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...