Tempahan Trophy & Medal

Tempahan Tshirt & Jersi

Tuesday, November 28, 2017

Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017.

Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017 Peringkat Kebangsaan berjaya dilaksanakan pada Hari Ahad 26 November 2017 bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Sebanyak 26 buah pasukan dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis menyertai kejohanan sulong bawah 10 tahun ini. Kejohanan ini dikelolakan oleh Akademi Bola Sepak SK Padang Terap, Pejabat Parlimen Padang Terap dan Akedemi B12 Padang Terap.

Pasukan The Fighter dari AT Perlis muncul Johan setelah menundukan pasukan Kenari Kid Langkawi KV melalui penentuan penalti setelah kedua pasukan terikat 0-0 selepas masa permainan tamat. Tahniah dan terima kasih buat semua pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak B10 Piala Menteri Pendidikan 2017 ini.

Tahniah juga buat jurulatih, pemain dan pengurusan pasukan Akademi Bola Sepak SK Padang Terap (KN Kiara Junior A & KN Kiara Junior B) yang berjaya layak ke peringkat suku akhir.

Terima kasih tak terhingga buat semua Jawatankuasa Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2017 yang bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan ini.

Sekalung penghargaan kepada YB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia), yang hadih untuk perasmian penutup dan penyampaian hadiah. Turut hadir YB Dato Hj Badrol Hisham (ADUN K.Nerang merangkap Naib Presiden KFA), Coach Lagenda Kedah Dato' Ahmad Shafiee, Pegawai Daerah Padang Terap, En. Lazit bin Ahmad Ketua Unit Sukan JPN Kedah & En. Abdul Rahman Timbalan PPD Padang Terap serta pegawai-pegawai PPD yang bersama-sama hadir memeriahkan program.

Pihak pengelola sangat menghargai semua pihak yang membantu menyumbang dalam menjayakan kejohanan ini, antaranya Pejabat Parlimen Padang Terap, KN Kiara Enterprise, Atan Barokhas, NBA Explorer Supplier & Caltex Kuala Nerang dan Ganding Jaya Enterprise (Pengusaha Kantin SKPT).






YB Dato' Seri Haji Mahdzir bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia sanggup meredah hujan dan padang yang becak berselut untuk menyaksikan perlawanan Akhir Bola Sepak Bawah 10 Tahun Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2017.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...