Tempahan Trophy & Medal

Tempahan Tshirt & Jersi

Saturday, May 12, 2018

Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh


Tarikh bersejarah Khamis 10 Mei, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh selepas 15 tahun meninggalkan pentas politik. Tun M mencipta sejarah negara sebagai Perdana Menteri yang dilantik buat kali kedua mengikut sistem demokrasi dan Perlembagaan Malaysia. Malah, usia Tun M yang mencecah 93 tahun pada tahun ini menjadi perdana menteri tertua dalam sejarah Malaysia dan dunia.

Beliau sebelum ini dikenali ramai sebagai sebagai Perdana Menteri keempat Malaysia yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun iaitu bermula tahun 1981 sehingga tahun 2003.

Tun Mahathir, lelaki yang mempunyai aura hebat ini dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Kejayaan Tun M kembali memimpin negara juga bersejarah apabila beliau sendiri menjadi watak penting dalam Pakatan Harapan berjaya menggantikan parti Barisan Nasional yang memerintah sejak mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Pengerusi Pakatan Harapan itu mengetuai gabungan parti komponen terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Amanah, Warisan dan DAP membentuk kerajaan selepas menang majoriti 122 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Sebagai rakyat Malaysia saya sangat berbangga mempunyai Tun M seorang pemimpin yang sangat hebat, menjadi Perdana Menteri Malaysia 2 kali dalam sejarah. Semoga Tun Mahathir dapat memikul amanah yang dimandatkan dengan penuh tanggungjawab untuk menerajui negara Malaysia yang dicintai. Semoga Tun M diberikan kesihatan yang baik dan dipangjangkan umur.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...