Wednesday, March 28, 2012

Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2012


Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap telah dijayakan pada 25, 26 & 27 Mac 2012 di Stadium Darul Aman. SMK Dato' Syed Ahmad muncul Johan Keseluruhan bagi Kategori Sekolah Menengah dengan mengumpul 227 Mata dengan kutipan 26 Pingat Emas, 19 Perak & 12 Gangsa.
Manakala Sekolah Kebangsaan Naka muncul Johan Keseluruhan bagi Kategori Sekolah Rendah dengan 76 Mata dan mendapat kutipan 8 Pingat Emas, 5 Perak & 10 Gangsa.

 Muhammad Hanif bin Muhamad Rufie (SMK Dato' Syed Ahmad) dinobatkan sebagai Olahragawan Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2012 dengan pencapaian 4 Pingat Emas & 1 Pingat Gangsa.
Manakala Madihah binti Ideris dari SMK Padang Terap dinobatkan sebagai Olahragawati Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2012 dengan pencapaian 4 Pingat Emas & 1 Perak.





Senarai Penerima Anugerah
Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2012

a) Peserta Terbaik Kelas 3 (Lelaki)
Nama : Anas Farhan bin Ahmad Sukeri (SK Tandop Besar)
Pencapaian : 2 Emas (100M, 200M) & 2 Perak (4 x 100M, 4 x 200M)

b) Peserta Terbaik Kelas 3 (Perempuan)
Nama : Siti Nisrina Imtinan bt Ismail Tanjung (SKNaka)
Pencapaian : 4 Emas (100M, 200M, 4 x 100M, 4 x 200M)

c) Peserta Terbaik Kelas 2 (Lelaki)
Nama : Muhammad Hanif bin Muhamad Rufie (SMK Dato' Syed Ahmad)
Pencapaian : 4 Emas (100M Lompat Pagar, Lompat Tinggi, Lompat Jauh & 4 x 100M), 1 Gangsa (4 x 400M)

d) Peserta Terbaik Kelas 2 (Perempuan)
Nama : Madihah binti Ideris (SMK Padang Terap)
Pencapaian : 4 Emas (100M, 200M, 100M Lompat Pagar & 4 x 400M), 1 Perak (4 x 100M)

e) Peserta Terbaik Kelas 1 (Lelaki)
Nama : Ahmad Hakimey bin Ahmad Tajudin (SMK Kuala Nerang)
Pencapaian : 3 Emas (400M, 800M & 1500M), 1 Gangsa (4 x 400M)

f) Peserta Terbaik Kelas 1 (Perempuan)
Nama :Nur Afifah bt Ahmad Yazid (SMK Kuala Nerang)
Pencapaian : 4 Emas (100M Lompat Pagar, Lompat Tinggi, Lompat Jauh & 4 x 100M), 1 Gangsa (4 x 400M)

OLAHRAGAWAN KEJOHANAN
Nama : Muhammad Hanif bin Muhamad Rufie (SMK Dato' Syed Ahmad)
Pencapaian : 4 Emas (100M Lompat Pagar, Lompat Tinggi, Lompat Jauh & 4 x 100M), 1 Gangsa (4 x 400M)

OLAHRAGAWATI KEJOHANAN
Nama : Madihah binti Ideris (SMK Padang Terap)
Pencapaian : 4 Emas (100M, 200M, 100M Lompat Pagar & 4 x 400M), 1 Perak (4 x 100M)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...