Wednesday, January 5, 2011

Banjir di Kuala Nerang.

Tarikh 01.11.10 & 02.11.10 mungkin tak dapat dilupa oleh sebahagian penduduk yang terlibat dengan banjir di Daerah Padang Terap. Banjir di Daerah Padang Terap pada Nov 2010 ini agak besar berbanding Banjir Besar yang melanda Daerah Padang Terap pada tahun 2005. Di Padang Terap, banjir melanda 28 kampung, antaranya termasuk Kampung Padang Sanai, Kampung Pokka, Kampung Tanjong, Kampung Padang Cenderai, Kampung Tanjung Gorek, Kampung Padang Gelanggang, Kampung Kuala Janing, Kampung Mani A, Kampung Mani B, Kampung Mani C, Kampung Bendang Raja dan Kampung Labi.

Di Sekitar pekan Kuala Nerang juga menyebabkan beberapa kawasan Taman Perumahan & Bangunan kedai dinaiki air. Sembilan jalan di Padang Terap juga ditutup kerana ditenggelami air iaitu Jalan Kuala Nerang-Padang Sanai, Jalan Kampung Tanjung-Pokka, Jalan Tualak, Jalan Barokhas-Kuala Nerang, Jalan Semeliang, Jalan Kampung Rambutan, Jalan Kampung Tengah-Kubu, Jalan Kuala Pai dan Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena. Jumlah mangsa banjir yang terlibat kali ini melibatkan 3,821 orang.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...